Penulis: Mardiana Nordin, Hasnah Hussiin
Tahun: 2014
Penerbit: Oxford Fajar Sdn Bhd, Shah Alam, Selangor.
Muka Surat: 574
Buku Pengajian Malaysia Edisi Kelima ini disediakan sebagai rujukan pelajar IPTA dan IPTS untuk kursus Pengajian Malaysia pada peringkat sijil, diploma dan sarjana muda di institusi pendidikan masing-masing.
Buku ini juga wajar dijadikan rujukan oleh pelajar-pelajar asing yang menuntut di negara ini. Pada masa yang sama, buku ini juga bermanfaat kepada seluruh rakyat Malaysia yang ingin mengetahui dan memperdalam ilmu berhubung negara Malaysia sejak awal sehinggalah kini. Ilmu yang terdapat dalam buku ini diyakini dapat melahirkan warganegara yang teguh jati dirinya, cinta akan negara dan mempunyai jiwa patriotik.
Buku ini dipecahkan kepada lapan bab yang mencakupi semua tema utama seperti yang digarikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dalam silibus mata pelajaran umum.
Keseluruhan inti pati buku merangkumi aspek sejarah, sistem pemerintahan dan perundangan, dasar-dasar penting negara, pembangunan sosioekonomi negara, kemasyarakatan, perpaduan dan meliputi isu-isu semasa yang melatari perkembangan negara akhir-akhir ini.
No comments:
Post a Comment