Friday, January 20, 2012

Jaga kesihatan diri





Semasa menunggu pesanan makanan di sebuah restoran, mata saya melihat ke sana-sini untuk memerhati ragam pengunjung. Lalu mata saya terhenti pada susuk tubuh seorang lelaki yang saya fikir sudah separuh abad umurnya. Ketika itu dia sedang makan nasi tetapi menggunakan sudu dengan tangan kiri untuk menyuap nasi ke dalam mulutnya.

Pada saya, situasi tersebut cukup menarik kerana ia memberi keinginan untuk saya mengetahui lebih lanjut sebab-musabab keadaan begitu. Dari jauh saya perhati tangan kanan lelaki itu tidak berangkat kerana ada masalah. Selepas makan, lelaki itu beredar dengan berjalan kaki ke arah keretanya.

Fahamlah saya. lelaki itu telah hilang upaya anggota tangan kanannya. Kaki kanannya masih boleh digerakkan cuma tidak sempurna apabial berjalan. Dia terpaksa mengangkat kaki perlahan-lahan dan mengatur langkah supaya tidak tersadung. Berdasarkan pemerhatian, dia telah diserang angih ahmar atau strok yang agak teruk.

Bagi orang-orang muda, baiklah kita menjaga kesihatan diri, sentiasa melakukan aktiviti kecergasan diri secara berkala, jaga makan dan minum, tidur awal dan membaca al-quran setiap hari. Apabila usia semakin meningkat, banyak aspek kesihatan diri yang perlu diberi perhatian supaya tidak menyusahkan diri dan juga orang lain.