Kita telah kerap mendengar ceramah, hadir seminar dan konferen, menerima nasihat dan kata-kata motivasi yang dapat menjadikan diri kita seperti orang baru setiap hari. Baru yang dimaksudkan ialah fikiran kita penuh dengan maklumat, menjadikan kita penuh dengan azam yang membara.
Boleh dikatakan sebaik sahaja kita mendapat suntikan semangat ini, membuak-buak dalam hati untuk bertindak. Malah ada yang menulis senarai tindakan yang akan dilaksanakan.
Namun, dari hari ke hari, seminggu ke sebulan, dari sebulan ke setahun, senarai tindakan tetap tidak memberi sebarang hasil. Ia tersimpan kukuh dalam diari.
Kebanyakan orang tidak dapat mencapai kejayaan yang mereka impikan kerana tidak melakukan apa yang didengar. Tidak nampak pada diri mereka kesungguhan untuk bersusah payah, berfikir dan merancang strategi ke arah matlamat yang diimpikan.
Ingat, untuk berjaya, kita mesti bertindak.
No comments:
Post a Comment