Bagaimana kita boleh kembalikan tenaga dan keghairahan terhadap hidup dan masa depan? Ia biasa berlaku dalam hidup kita iaitu ada kalanya kita bersemangat melakukan tugasan di pejabat, sekolah dan universiti, bersemangat dengan bisnes kita dan bersemangat dengan keluarga, namun ada masanya kita langsung hilang motivasi, fikiran berserabut dan tidak bahagia.
Tip untuk kembalikan semangat dan dorongan untuk ghairah dalam hidup ialah bersedia dengan risiko kerana bila-bila masa sahaja risiko akan datang.
Pemikiran terhadap risiko mesti dilatih dengan persepsi positif. Risiko mengundang rasa gerun dalam diri kita tetapi ia juga menjadikan kita lebih berhati-hati dalam menjayakan usaha dan ikhtiar. Keberanian menjangkakan risiko menjadikan kita dapat melihat lebih banyak peluang yang cerah berbanding orang yang tidak bersedia dengan risiko.
Jadi, risiko wajar dihadapi, sediakan strategi dan lakukan tindakan pada masa yang tepat.
No comments:
Post a Comment