Karisma diri ada dalam setiap orang, bezanya ialah sama ada karisma ini ditonjolkan atau disembunyikan. Karisma berasal dari perkataan charisma, dalam bahasa kita ia lebih difahami dengan istilah personaliti. Sangkaan bahawa karisma hanya wujud dalam diri individu terpilih adalah tidak tepat kerana karisma boleh dibentuk dan dipupuk. Konsep karisma yang dimaksudkan dalam pemahaman kita ialah keupayaan dan kebolehn untuk menarik minat dan perhatian orang lain.
Jika kita sebagai orang biasa, tanpa gelaran dalam masyarakat, bagaimana kita boeh memancarkan karisma diri kepada orang lain?
Ada beberapa panduan mudah untuk membentuk karisma diri. Pertama, sentiasa harapkan yang terbaik. Harapkan yang terbaik bermaksud menaikkan semangat dan keyakinan diri orang-orang yang berada di sekeliling kita supaya melakukan yang terbaik. Kedua, sentiasa berikan harapan. Jika kita dapat berikan harapan kepada orang lain, mereka juga akan pasti tertarik dan berterima kasih kepada kita. Ketiga, doakan kebahagiaan diri dan orang lain. Kuasa doa sangat hebat. Walaupun kadang kala kita merasakan doa kita lambat diperkenankan Allah swt, pasti ada hikmah kerana setiap doa akan diperkenankan, jika bukan di dunia, akan dibawa ke akhirat kelak.