Wednesday, January 25, 2012

Faham untuk selesai masalah





Kefahaman adalah kunci kepada setiap persoalan hidup, pendidikan, kewangan dan apa-apa sahaja. Memahami sesuatu isu, perbahasan atau masalah menjadi punca kepada semua masalah tersebut. Katakan kita menghadapi masalah komunikasi dalam kalangan keluarga, adik-beradik atau rakan-rakan baik, bagaimana kita hendak merungkai masalah ini?

Suami bermasam muka dengan isteri, adik bermasam muka dengan kakak, kita pula bemasam muka dengan rakan-rakan, jadi apakah isu utama dalam masalah emosi ini?

Ia bergantung kepada punca masalah dan untuk mengetahui punca masalah ini, kita boleh meggunakan pelbagai pendekatan seperti berbincang, dapatkan khidmat kaunselor ataupun mewakilkan pihak ketiga.

Dengan memahami, ibu dan anak yang sudah lama terpisah bertahun-tahun dapat hidup bersama, kasih sayang yang luntur kembali segar dan salah faham yang tidak berpenghujung dapat ditamatkan.

Memahami adalah kunci kepada penyelesaian masalah dalam hidup.


No comments:

Post a Comment