Umurnya hanya sampai di sini. Kemalangan jalan raya telah meragut nyawa Nils, pelajar dari Fachhochschule Hannover University of Applied Sciences, German. Dalam gambar di bawah, Nils duduk di barisan hujung seorang diri.
Selama dua bulan, Nils hadir ke kelas Bahasa
Melayu. Walapun agak pendiam dan kurang bercakap, dia lebih kerap senyum dan
sengih. Apabila ditanya soalan, dia malu-malu untuk menjawab. Dalam ujian lisan
dan kefahaman, sebutan ayatnya amat baik, boleh menjawab soalan dengan tepat,
peperiksaan akhir juga amat baik bagi pelajar antarabangsa.
Sebelum cuti rehat antara semester, Nils memaklumkan saya
untuk pergi bercuti ke Bali bersama rakan-rakan. Dalam kelas berikutnya, saya
tanya ada hadiah dari Bali, katanya ada, nanti akan dibagi.
Kelas terakhir Bahasa Melayu merupakan kelas yang penuh
keceriaan. Semua pelajar dalam mood
yang gembira kerana sudah dapat bercakap dan menulis ayat-ayat pendek dalam Bahasa Melayu walaupun ringkas. Kami
sempat bergambar bersama-sama dan itulah pertemuan terakhir kami bersama Nils.
No comments:
Post a Comment