Tuesday, January 24, 2012

Orang yang mendapat naungan Allah





Salah satu kelompok atau golonan yang akan mendapat syafaat atau pertolongan Allah swt di akhirat ialah mereka yang bertemu, berhimpun dan berpisah kerana Allah swt. Hadis Nabi saw ini memberi ingatan kepada kita untuk bersama-sama membina hubungan persahabatan kerana hanya satu matlamat iaitu Allah swt.

Banyak sebab kenapa kita berjumpa dan berpisah. Antaranya adalah kerana hal-hal keluarga, bisnes, ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Namun, biar apa pun matlamat kita, yang paling penting ialah aktiviti tersebut mestilah dalam keadaan melakukan amal soleh supaya Allah swt memberi pahala kepada kita. Ini yang dikatakan berjumpa dan berpisah kerana Allah swt.

Sebenarnya dalam hidup ini, kita kena cari dan miliki peluang-peluang untuk mendapat naungan Allah swt semasa di akhirat nanti.