Di mana-mana sahaja hari ini, ramai yang bercakap dan berbual tentang kecemerlangan. Di pejabat, bos akan sentiasa mengingatkan staf untuk mencapai KPI kerana itulah ukuran pencapaian dan aras kecemerlangan diri. Di sekolah atau universiti, ukuran kecemerlangan ialah subjek yag mendapat A atau CGPA 4.0. Ukuran kecemerlangan berbeza-beza mengikut tempat, tahap umur, pendidikan ataupun pekerjaan.
Kenapa hendakkan kecemerlangan? Kerana kecemerlangan adalah harapan, hasrat, impian dan matlamat akhir setiap usaha.
Kadangkala kita menyempitkan erti kecemerlangan. Kita menyangka kalau mendapat semua A dalam peperiksaan atau mendapat 85 peratus dalam markah kenaikan pangkat, kita telah menjadi cemerlang dalam hidup. Sebenarnya tidak kerana kecemerlangan mempunyai maksud yang luas.
Jika tidak berjaya dalam pelajaran, Insya Allah berjaya dalam bisnes, berjaya menjadi anak soleh, berjaya membentuk keluarga yang sejahtera dan bermacam-macam lagi kejayaan.
Hidup kita terlalu snigkat untuk memikirkan kecemerlangan yang berterusan. Justeru kalau kita gagal, sebenarnya itupun adalah sebagai daripada proses untuk meraih kecemerlangan.