Wednesday, October 07, 2015

Spirit bekerja










Apakah bezanya bermain bowling dengan bekerja? Dalam permainan bowling, kita hanya perlu menunggu dua atau tiga saat untuk mengetahui prestasi kita, kalau bekerja, ia mungkin mengambil masa sehari. 

Maknanya ialah prestasi kerja kita boleh diketahui lebih lama berbanding bersukan. Oleh kerana itulah ramai orang yang lebih suka bermain daripada bekerja kerana bermain atau bersukan memberikan keseronokan. 

Jika kita dapat membawa spirit bersukan ini ke dalam ruang pekerjaan kita, tentulah kita dapat menikmati keseronokan bekerja itu. Kita dapat menikmati hari-hari bekerja yang aktif, dinamik dan bertenaga, suasana kerja yang lebih ceria dan tidak bosan untuk pergi dan pulang dari kerja.


No comments:

Post a Comment