Wednesday, October 21, 2015

Kita dapat apa yang kita mahu








Kita adalah generasi utama dalam sejarah yang mendapat idea bagi konsep “kita dapat apa yang kita mahu”. 

Ibu bapa dan generasi datuk nenek kita berhadapan dengan pelbagai kesukaran dan mengukur kejayaan berdasarkan kemampuan mendapatkan makanan dan melindungi keluarga daripada panas dan hujan. 

Namun dengan sikap tidak mahu berpuas hati, mereka mencari dan menambah baik makna kejayaan dengan meletakkan harapan besar pada kebahagiaan hidup, kemakmuran dan hidup yang stabil. 

Lama-kelamaan definisi kejayaan atau sukses berubah, antaranya ialah keyakinan, kepuasan, pencapaian dan kebebasan. Lebih banyak kejayaan yang kita dapat, lebih banyak impak positif yang kita beri kepada orang lain di sekeliling kita.


No comments:

Post a Comment