Tuesday, October 06, 2015

Budaya dan adat resam masyarakat Minangkabau di Negeri Sembilan











1.0 Pengenalan

Negeri Sembilan sememangnya terkenal dengan adat dan kebudayaan warisan Minangkabau. Adat ini masih diamalkan terutama di beberapa kawasan seperti Kuala Pilah dan Rembau. Adat warisan ini dipelihara bagi memastikan ianya tidak pupus ditelan zaman. Dalam kesibukan mengejar kemajuan, warisan tinggalan nenek moyang tidak harus dibiarkan hilang begitu sahaja tanpa diperturunkan kepada generasi yang baru.

Perkataan Minangkabau dikatakan berdasarkan dari dua gabungan perkataan iaitu minang yang bermaksud “menang” dan kabau yang bermaksud “kerbau”. Perkataan ini diperolehi dalam cerita rakyat yang disampaikan secara turun-temurun. Menurut lagenda, berlaku perselisihan antar kerajaan Minagkabau ketika itu dengan seorang putera dari Jawa. Bagi mengelakkan diri mereka dari berperang, rakyat Minangkabau ketika itu mencadangkan pertandingan beradu kerbau. Mereka mempertaruhkan seekor anak kerbau yang tidak diberi susu ibunya. Tanduk anak kerbau tersebut diasah tajam. Ketika pertandingan diadakan, anak kerbau menyangka kerbau pihak lawan adalah ibunya dan ia berlari mendapatkan susu. Maka dengan itu, kerbau pihak lawan telah mati tertusuk tanduk anak kerbau, maka rakyat Minangkabau menjerit kegembiraan dengan menyebut menang kerbau. Lahirlah nama masyarakat Minangkabau berdasarkan peristiwa ini.

Asal penubuhan Negeri Sembilan adalah oleh Dato’ Pepatih Nan Sebatang. Beliau juga merupakan pengasas bagi adat pepatih yang sangat dikenali umum. Seperti yang diketahui umum, adat pepatih lebih mementingkan kaum wanita daripada lelaki. Pada dasarnya, adat ini adalah adat yang terbaik di Negeri Melayu kerana ia sangat mencakupi segala aspek. Keutamaan wanita dalam adat pepatih sebenarnya lebih kepada mewarisi harta pusaka dan membawa darah keturunan. Berbeza dengan kesultanan Melayu yang lain, harta dan darah keturunan diwarisi oleh kaum lelaki. Menurut adat pepatih, wanita yang mengandungkan dan melahirkan Datuk Perpatih Nan Sebatang dan Datuk Ketemanggungan dipercaya sebagai  peletak dasar sistem sosial dan politik Minangkabau. Mereka adalah dua saudara seibu tetapi berlainan ayah. Tambo menyebut Datuk Perpatih sebagai seorang datuk yang banyak mengelana ke berbagai-bagai pelosok dunia sebelum merumuskan dasar-dasar adat Minangkabau, sebaliknya Datuk Ketemanggungan tetap tinggal di daerah ini. Latar belakang pengalaman yang berbeza itu ternyata melahirkan pula dua gagasan tentang adat Minangkabau. Datuk Perpatih Nan Sabatang melahirkan tradisi Bodi Chaniago yang lebih demokratis dan Datuk Ketemanggunggan melahirkan tradisi Koto-Piliang yang lebih aristokatis. Inti dari ajaran yang mereka kembangkan itulah yang dikatakan pendiri Partai Adat Rakyat sebagai asas partinya.

Dari segi harta pula, hanya harta pusaka iaitu termasuk tanah dan rumah induk diwarisi oleh wanita bertujuan agar kaum wanita tidak terabai sekiranya dicerai suami. Namun demikian, harta sepencarian adalah milik bersama lelaki dan wanita dan dibahagi mengikut hukum Islam. Hasil positif daripada pengamalan adat pepatih ini, harta pusaka tidak tergadai kerana tidak boleh dijual malah di dalam sesebuah kampung, biasanya terdiri daripada saudara-mara kerana tanah pusaka telah dibahagi dari awal keturunan kepada generasi sekarang. Dalam erti kata lain, di dalam sebuah kawasan, biasanya terdiri daripada keluarga dari satu keturunan. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

Negeri Melayu lain berpegang pada Adat Temenggong tetapi Datuk Perpatih dan Datuk Temenggong adalah dua bersaudara di Sumatera dan terus berkembang di Malaysia. Kesultanan Melaka pada kurun ke-15 menjadikan Adat Temenggong menjadi dominan di Alam Melayu. Raja Melaka memberi perlindungan kepada penghijrah dari Minangkabau untuk menetap di Naning. Selepas Portugis menguasai Melaka, perlindungan itu dilanjutkan oleh Kesultanan Johor sebagai pewaris Kesultanan Melaka.

Tiga kumpulan utama masyarakat Adat Pepatih ialah Perut, Suku dan Luak. Perut terdiri daripada anggota sesuatu perut yang berasal daripada moyang dari keturunan perempuan yang sama. Ia merupakan sosiopolitik yang terkecil yang diketuai oleh seorang ketua yang bergelar Buapak dan mereka lazimnya tinggal di kawasan atau perkampungan yang sama.

Suku terdiri daripada beberapa Perut dan diketuai oleh Dato' Lembaga. Terdapat 12 suku yang membentuk pengwilayahan iaitu Suku Biduanda/Waris, Suku Batu Hampar, Suku Paya Kumbuh, Suku Mungkal, Suku Tiga Nenek, Suku Seri Melanggang, Suku Seri Lemak, Suku Batu Belang, Suku Tanah Batu dan Suku Anak Melaka.

Luak yang diketuai oleh seorang Undang, merupakan unit kawasan pentadbiran dari segi adat. Terdapat empat luak utama iaitu Rembau, Sungai Ujung, Johol dan Jelebu. Luak Tanah Mengandung merupakan luak kelima yang terdiri daripada lima luak kecil iaitu Luak Inas, Luak Ulu Muar, Luak Gunung Pasir, Luak Terachi dan Luak Jempol yang semuanya adalah di Seri Menanti dan diketuai seorang ketua bagi setiap luak kecil yang bergelar Penghulu Luak.

Negeri Sembilan mempamerkan secara keseluruhan reka bentuk bumbung panjang yang bersifat Minangkabau. Ia mempunyai sifat reka bentuk atap yang bertingkat yang dialas daun rumbia. Rumah ini mempunyai serambi hadapan dan anjung yang meneduhkan tangga utama kemasukan ke Rumah Ibu melalui serambi. Serambi dihiasi ukiran kerawang yang bercorak silang-menyilang. Rekaan tangga adalah ringkas. Tangga diikat atau dimatikan dengan rekaan kekunci di papan yang menarik.

Rumah ini dihiasi ukiran kayu yang banyak di sekeliling rumah, lebih-lebih lagi di sekitar serambi hadapan rumah. Ukiran adalah bermotifkan silang dan bunga yang agak bersifat grafik. Bahagian anjung, serambi dan rumah ibu mempunyai aras yang berbeza.

Rumah ibu mempunyai ruang yang terluas dan tertinggi. Terdapat bilik di rumah ibu dan tangga menghala ke loteng. Loteng ini mengambil lebihan ketinggian dan tingkat atap yang diberi ruang oleh struktur rumah ini.

Orang Negeri Sembilan memang terkenal dengan masak lemaknya yang sangat lemak dan pedas. Berbagai-bagai jenis juadah dari sumber santan yangg banyak terdapat pada jenis masakannya. Seperti yang kita telah sedia maklum, masakan dan makanan tradisional masyarakat Negeri Sembilan berbeza dengan negeri-negeri lain, sama ada lauk-pauk, kuih- muih mahupun air minuman. Bagi masyarakat Melayu Negeri Sembilan, masakan dan makanan mereka mempunyai cara pengadunan yang berbeza sehingga melahirkan cita rasa yang cukup istimewa dan unik. Sebagai warisan tradisi, masakan dan makanan tradisional Melayu Negeri Sembilan begitu banyak mengandungi pelbagai bentuk, rupa dan cara membuatnya yang berlainan sehingga timbul identiti Negeri Sembilan yang tersendiri yang kebanyakkannya menggunakan santan dan cili padi seperti masak lemak kuning lada api, rendang, masak salai, masakan bakar, masak lemak putih, rebus celur dan sebagainya.

Dialek atau loghat Negeri Sembilan kebiasaannya adalah dari bangsa Minang. Tidak semua perkataan memerlukan penggunaan konsonan “O” dalam tutur kata. Kadangkala mereka yang cuba belajar bercakap dialek ini akan berbunyi dan bercampur dengan dialek negeri Kelantan. Namun uniknya dialek Negeri Sembilan adalah mereka yang mendengarnya akan (menyonggey) tersengih walaupun dimarahi ketika itu. Loghatnya mungkin seperti bunyi yang lucu.

1.1 Objektif Kajian    

Antara objektif yang terdapat dalam kajian ini adalah eksplorasi budaya dan adat resam masyarakat di Negeri Sembilan mengenai suku kaum dan adat resam masyarakat di Negeri Sembilan, mengenal pasti budaya (spesifik) terhadap budaya, makanan dan seni bina serta memahami kaitan antara budaya dan kemajuan di Negeri Sembilan.

Adat Perpatih ini diwariskan dari generasi ke generasi melalui kata-kata perbilangan. Ia merangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat termasuk soal harta pusaka, perlantikan pemimpin, hukum nikah kahwin, amalan bermasyarakat, sistem menghukum mereka yang melanggar adat atau melakukan kesalahan dan pelbagai aspek lagi. Setiap peraturan atau adat itu ada perbilangannya dan setiap peraturan itu ada rasional atau sebab-sebab terjadinya hukum atau adat itu.

Hasil positif daripada pengamalan adat pepatih ini, harta pusaka tidak tergadai kerana tidak boleh dijual. Dalam sesebuah kampung, biasanya terdiri daripada saudara-mara kerana tanah pusaka telah dibahagi dari awal keturunan kepada generasi sekarang. Dalam erti kata lain, di dalam sebuah kawasan, biasanya terdiri daripada keluarga dari satu keturunan. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Justeru, sehingga hari ini, suasana itu terbukti apabila daerah Port Dickson bukan merupakan pengamal Adat Perpatih, sementara daerah seperti Rembau, Jelebu dan Kuala Pilah dinobat sebagai antara pengikut kuat kepada adat ini.      

Walaupun Adat Perpatih pada masa ini masih terus diamalkan oleh masyarakat Melayu Negeri Sembilan tetapi ia kini telah mengalami perubahan mengikut arus zaman iaitu berubah dari segi bentuknya, tetapi isi atau prinsipnya masih kekal sehingga hari ini. Ini jelas dilaksanakan dalam adat perkahwinan dan adat resam semasa. Pelaksanaan adat ini mempunyai kelebihan dan hujahnya sendiri demi kebaikan anggota masyarakat yang mengamalkan adat tersebut. Setiap peraturan dalam Adat Perpatih ada perbilangannya dan setiap peraturan itu ada rasional atau sebab-sebab terjadinya hukum atau adat tersebut.


2.0 Kajian Literatur

Negeri Sembilan merupakan sebuah negeri yang penuh dengan adat istiadat yang masih mengekalkan adat pada zaman dahulu kala. Malah, adat-istiadat Negeri Sembilan telah menarik sebilangan masyarakat untuk melakukan kajian sama ada dari luar negara atau dalam negara. Hal ini dapat memberi pendedahan kepada masyarakat bahawa masih terdapat lagi negeri yang masih mengamalkan adat-adat yang telah wujud pada sejak dahulu lagi malah sangat dikagumi oleh bangsa asing.
                                   
Sekali lagi Norhalim Ibrahim, mantan pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang  menunjukkan bahawa beliau bukan calang penulis dalam bidang adat resam di Negeri Sembilan. Dengan bantuan Kerajaan Negeri Sembilan, Norhalim mengusahakan Glosari Istilah Adat Negeri Sembilan. Sejak satu dekad lalu, Norhalim berjaya menerbitkan Adat Perpatih (1993), Negeri Yang Sembilan (1995), Perkahwinan Adat di Negeri Sembilan (1996) dan Sejarah Linggi (1998). Bersama Mohamad Tainu dan Dharmala NS, Norhalim menyusun Adat Merentas Zaman (1994), Luak Tanah Mengandung (1994) dan Luak Jelebu (1994). Akhirnya bersama Asmawati Baharuddin Norhalim menulis Adat Idtiadat Perkahwinan Melayu, Cina dan India (1996).

Kelahiran Glosari Istilah Adat Negeri Sembilan dianggap kemuncak penulisannya tentang adat, walaupun katanya akan ada beberapa buah buku lagi bakal disiapkan. Semuanya tentang adat di tanah-tanah luak seperti Johol, Sungai Ujong, Jelebu, Tampin dan Naning. Norhalim, sarjana lulusan University of Hull, United Kingdom, bukan orang baru dalam adat. Pandangannya tentang Adat Perpatih sering diminta oleh Datuk-Datuk Lembaga pelbagai luak, malah oleh Yang Dipertuan Besar sebagai Ketua Dewan Adat Negeri Sembilan. Norhalim bicara tentang adat bagai air lalu, dan jarang sekali dia menolak pelawaan asal sahaja isu yang dibangkitkan adalah tentang adat itu sendiri bukan pribadi pemimpin adat, misalnya.

Di samping itu pengasingan adat dalam hampir semua aspek kehidupan bermasyarakat. Minangkabau atau yang biasa disingkat Minang adalah kelompok etnik Nusantara yang berbahasa dan menjunjung adat Minangkabau. Wilayah penganut kebudayaannya meliputi Sumatera Barat, separuh daratan Riau, bahagian utara Bengkulu, barat Jambi, pantai barat Sumatera Utara, barat daya Aceh dan juga Negeri Sembilan di Malaysia. Dalam percakapan awam, orang Minang seringkali disamakan sebagai orang Padang, merujuk kepada nama ibukota provinsi Sumatera Barat yaitu kota Padang. Namun, masyarakat ini biasanya akan menyebut kelompoknya dengan sebutan urang awak (bermaksud sama dengan orang Minang itu sendiri).

Menurut A.A. Navis, Minangkabau lebih kepada kultur etnis dari suatu rumpun Melayu yang tumbuh dan besar kerana sistem monarki serta menganut sistem adat yang khas yang dicirikan dengan sistem kekeluargaan melalui jalur perempuan atau matrilineal, walaupun budayanya juga sangat kuat diwarnai ajaran agama Islam sedangkan Thomas Stamford Raffles, setelah melakukan ekspedisi ke pedalaman Minangkabau tempat kedudukan Kerajaan Pagaruyung menyatakan bahwa Minangkabau adalah sumber kekuatan dan asal bangsa Melayu yang kemudian penduduknya tersebar luas di Kepulauan Timur.

Saat ini masyarakat Minang merupakan masyarakat penganut matrilineal terbesar di dunia. Selain itu, etnik ini juga telah menerapkan sistem proto-demokrasi sejak masa pra-Hindu dengan adanya kerapatan adat untuk menentukan hal-hal penting dan permasalahan hukum. Prinsip adat Minangkabau tertuang singkat dalam pernyataan “Adat basandi syarak, syarak basandi Kitabullah” (Adat bersendikan hukum, hukum bersendikan Al-Quran) yang berarti adat berlandaskan ajaran Islam.

Orang Minangkabau sangat menonjol di bidang perniagaan, sebagai profesional dan intelektual. Mereka merupakan pewaris terhormat dari tradisi tua Kerajaan Melayu dan Sriwijaya yang gemar berdagang dan dinamik. Hampir separuh jumlah keseluruhan anggota masyarakat ini berada dalam perantauan. Minang perantauan pada umumnya bermukim di kota-kota besar seperti Jakarta, Bandung, Pekanbaru, Medan, Batam, Palembang dan Surabaya.

Dalam masyarakat Minangkabau, ada tiga tiang yang membangun dan menjaga keutuhan budaya serta adat istiadat. Mereka adalah alim ulama, cerdik pandai dan ninik mamak yang dikenal dengan istilah Tali nan Tigo Sapilin. Ketiganya saling melengkapi dan bahu- membahu dalam posisi yang sama tingginya. Dalam masyarakat Minangkabau yang demokratik dan egaliter, semua urusan masyarakat dimusyawarahkan oleh ketiga unsur itu secara mufakat.

Matrilineal merupakan salah satu aspek utama dalam mendefinisikan identiti masyarakat Minang. Adat dan budaya mereka menempatkan pihak perempuan bertindak sebagai pewaris harta pusaka dan kekerabatan. Garis keturunan dirujuk kepada ibu yang dikenal dengan Samande (se-ibu). Sedangkan ayah mereka disebut oleh masyarakat dengan nama Sumando (ipar) dan diperlakukan sebagai tamu dalam keluarga.

Kaum perempuan di Minangkabau memiliki kedudukan yang istimewa sehingga dijuluki dengan Bundo Kanduang, memainkan peranan dalam menentukan keberhasilan pelaksanaan keputusan-keputusan yang dibuat oleh kaum lelaki dalam posisi mereka sebagai mamak (paman atau saudara dari pihak ibu) dan penghulu (kepala suku). Pengaruh yang besar tersebut menjadikan perempuan Minang disimbolkan sebagai Limpapeh Rumah nan Gadang (tiang utama rumah). Walau kekuasaan sangat dipengaruhi oleh penguasaan terhadap aset ekonomi namun kaum lelaki dari keluarga pihak perempuan tersebut masih tetap memegang autoriti atau memiliki legitimasi kekuasaan pada komunitinya.

Matrilineal tetap dipertahankan masyarakat Minangkabau sampai sekarang walau hanya diajarkan secara turun temurun dan tidak ada sanksi adat yang diberikan kepada yang tidak menjalankan sistem kekerabatan tersebut. Pada setiap individu Minang misalnya, memiliki kecenderungan untuk menyerahkan harta pusaka yang seharusnya dibahagi kepada setiap anak menurut hukum faraid dalam Islam hanya kepada anak perempuannya. Anak perempuan itu nanti menyerahkan pula kepada anak perempuannya pula. Begitu seterusnya sehingga Tsuyoshi Kato dalam disertasinya menyebutkan bahawa sistem matrilineal akan semakin menguat dalam diri orang-orang Minangkabau walau mereka telah menetap di kota-kota di luar Minang sekalipun dan mulai mengenal sistem patrilineal

Negeri Sembilan merupakan sebuah negeri yang sangat penuh dengan adat-adat resam yang masih diamalkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan. Malah adat pepatih yang sering kita dengar masih diamalkan lagi di negeri tersebut. Hasil keseluruhan kajian telah mengatakan bahawa Negeri Sembilan merupakan sebuah negeri yang masyarakatnya ialah masyarakat matrilineal yang merupakan salah satu identiti masyarakat di sana.

Hasil kajian mendapati masyarakat di negeri tersebut menjadikan wanita sebagai ketua seluruh aspek malah hasil pembahagian harta juga kaum wanita lebih diberi keutamaan berbanding kaum lelaki. Kaum wanita di negeri tersebut dianggap paling berkuasa. Namun para ayah atau kaum lelaki dianggap sebagai tetamu dalam sesuatu keluarga itu.

Malah, perkahwinan mereka hanya dibenarkan berkahwin dengan masyarakat Negeri Sembilan sahaja supaya mereka dapat mengekalkan adat resam mereka sejak turun-temurun itu. Malah mereka juga akan dibuang keluarga sekiranya  tidak mengahwini dalam masyarakat mereka sendiri.


3.0 Metodologi Kajian

Metodologi kajian yang digunakan adalah merujuk kepada cara-cara yang paling berkesan bagi mendapatkan maklumat yang berfaedah dengan penggunaan instrumen yang minimum untuk mencapai matlamat penyelidikan. Kegagalan menggunakan kaedah pengumpulan data yang berkesan akan menghasilkan maklumat yang tidak tepat dan kabur. Ianya dibahagikan kepada tujuh bahagian iaitu reka bentuk kajian, populasi kajian, persampelan kajian, kaedah persampelan, instrumen kajian, pengumpulan dan penganalisisan data. 

3.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk deskriptif dan inferensi bagi mengetahui tentang eksplorasi budaya dan adat resam masyarakat di Negeri Sembilan yang diamalkan di negeri tersebut. Kajian deskriptif merupakan kajian berbentuk tinjauan serta menggunakan kaedah soal selidik dalam memperolehi data bagi mendapatkan maklumat, informasi, pandangan dan maklumat semasa.

Kajian inferensi adalah bertujuan bagi melihat pengaruh dan hubungan antara pembolehubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar. Pembolehubah bersandar adalah seperti pencapaian responden dalam bidang masing-masing manakala pembolehubah tidak bersandar mengambil kira aspek jantina dan umur responden.

Kaedah soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Melalui penggunaan soal selidik dapat menjimatkan masa dan tenaga serta dapat mengurangkan kos perbelanjaan jika dibandingkan dengan instrumen kajian yang lain. Setiap soalan soal selidik mengandungi arahan soalan-soalan jenis tertutup untuk dijawab oleh responden yang terlibat dalam kajian ini. Semua maklumat yang diperolehi diklasifikasikan mengikut aspek yang telah ditentukan dan dianalisis secara kuantitatif.

3.2 Sampel Kajian

Sampel kajian ini melibatkan seramai 10 orang masyarakat dari Negeri Sembilan. Seramai 5 orang perempuan dan 5 orang lelaki.

3.3 Instrumen Kajian

Semasa melaksanakan kajian ini, dua jenis data diperlukan dalam proses menyiapkan kajian ini iaitu data primer dan data sekunder. Instrumen yang digunakan dalam kajian adalah berbentuk soal selidik dan secara rujukan. Instrumen berbentuk soal selidik merupakan cara yang paling berkesan bagi mendapatkan maklumat daripada responden. Instrumen berbentuk soal selidik merupakan instrumen yang mudah ditadbir, senang untuk diedarkan kepada responden dan mudah untuk mendapatkan data yang tepat. Manakala rujukan dibuat untuk memperoleh maklumat lanjut berkaitan kajian.

Dalam melaksanakan kajian ini, satu set borang soal selidik telah disediakan sebagai instrumen kajian. Soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat yang tepat berkenaan fakta-fakta seperti kepercayaan, kesesuaian, pengunaan bahasa, usaha-usaha, pengaruh dan sebagainya. Soal selidik ini diedarkan setiap satu kepada responden mengikut daerah  masing-masing.

3.4 Analisis Data

Data-data yang diperolehi dianalisis berdasarkan tujuan dan hipotesis kajian. Analisis deskriptif dan peratus digunakan untuk mengetahui tentang budaya dan adat resam dalam kalangan masyarakat di Negeri sembilan. Analisis kekerapan dan peratusan digunakan untuk melihat taburan latar belakang responden seperti jantina, umur, bangsa, taraf pendidikan dan pengaruh budaya dan adat resam yang menjadi keutamaan. Untuk tujuan pengujian hipotesis, data yang diperolehi dianalisis secara manual menggunakan kaedah peratusan.


4.0 Hasil Kajian

Kesemua maklumat yang diperoleh dianalisis ke dalam bentuk jadual, gambar rajah, carta pai, graf dan sebagainya. Hasil daripada analisis maklumat ini atau dapatan kajian, satu kesimpulan atau rumusan berkenaan dengan kajian yang dibuat dikeluarkan terhadap kajian ini. Responden mengenai budaya dan adat resam masyarakat Negeri Sembilan ini adalah terdiri daripada masyarakat Negeri Sembilan dari setiap daerah. Sebanyak 10 orang responden telah menjawab borang kaji selidik yang telah diedarkan secara rawak.

Sebanyak lima atau 50% responden yang memberi maklum balas adalah lelaki dan selebihnya juga sebanyak 5 atau 50% responden adalah wanita. Jumlah keseluruhan soalan kaji selidik yang diedarkan secara rawak adalah sebanyak 10. Responden yang dipilih secara rawak adalah terdiri daripada pelbagai peringkat umur, sektor pekerjaan dan sebahagianya adalah pelajar.

Semasa menganalisis maklum balas yang telah diterima daripada responden, jawapan yang diberikan di dalam borang kaji selidik telah disediakan dalam dua pilihan untuk memenuhi objektif-objektif kajian. Kaedah ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklum balas mengenai budaya dan adat resam masyarakat Negeri Sembilan. Selain itu ia juga bertujuan untuk memudahkan kami membuat analisis terhadap maklum balas yang telah dikumpulkan dalam mencapai objektif kajian.

Rajah 1 menunjukkan hasil keputusan soal selidik ini terbukti bahawa budaya dan adat resam di Negeri Sembilan masih diamalkan. Sebanyak 100% responden menyatakan ‘ya’ apabila ditanya adakah budaya dan adat resam Negeri Sembilan masih diamalkan pada masa kini.

Rajah 1: Amalan budaya dan adat resam pada masa kini.

Hasil analisis berpandukan maklum balas kaji selidik mendapati bahawa keseluruhan responden lelaki dan wanita memberi jawapan ‘ya’. Budaya adalah sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia, berlawanan dengan ‘perkara semula jadi’ yang bukan diciptakan atau boleh diubah oleh manusia. Maka wajarlah apabila kesemua responden bersetuju bahawa budaya dan adat resam masih diamalkan pada masa kini tidak kira bangsa, umur dan jantina.

Rajah 2 menunjukkan hasil keputusan kaji selidik ini terbukti bahawa budaya dan adat resam masih sesuai diamalkan pada masa kini. Seramai 9 orang iaitu 90 per responden menyatakan ‘ya’ apabila ditanya adakah budaya dan adat resam masih sesuai diamalkan pada masa kini. Hanya 1 orang iaitu 10 peratus responden yang mengatakan ‘tidak’ mengenai persoalan ini.

Rajah 2: Kesesuaian budaya dan adat resam pada zaman sekarang.

Kebanyakan responden bersetuju dengan pendapat bahawa budaya dan adat resam masih sesuai diamalkan pada zaman sekarang kerana sesuatu yang diamalkan sejak turun temurun tidak boleh ditinggalkan begitu sahaja. Selagi budaya dan adat resam ini tidak salah di sisi Islam dan undang-undang ia tidak salah jika terus diamalkan pada zaman sekarang yang serba moden ini.

Rajah 3 menunjukkan hasil keputusan soal selidik ini, 100% responden lelaki dan 60 % responden perempuan menyatakan bahawa tidak semua daerah di Negeri Sembilan menggunakan bahasa atau dialek yang sama. Seramai 40% responden wanita manyatakan ‘ya’ apabila diajukan persoalan ini.

Rajah 3: Penggunaan bahasa/dialek yang digunakan seluruh Negeri Sembilan.

Penggunaan bahasa atau dialek Negeri Sembilan tidak digunakan di seluruh daerah di Negeri Sembilan. Hanya beberapa daerah atau tempat sahaja yang mengguna loghat Negeri Sembilan yang betul contohnya Kuala Pilah, Jelebu  dan beberapa bahagian tempat di daerah yang lain.

Rajah 4 menunjukkan seramai 80% responden lelaki dan perempuan bersetuju bagi persoalan adakah budaya dan adat resam ini menyumbang kepada pembanggunan dan kemajuan Negeri Sembilan , dan selebihnya  seramai 20% responden lelaki dan perempuan menyatakan tidak bersetuju.

Rajah 4: Adat resam dan budaya Negeri Sembilan yang menyumbang kepada
pembangunan dan kemajuan Negeri Sembilan.

Dari segi seni bina banggunan di Negeri Sembilan masih lagi mengekalkan ciri-ciri Minangkabau jika dilihat pada bahagian bumbung-bumbung banggunan yang terdapat di serata tempat di Negeri Sembilan. Inilah yang dimaksudkan responden bahawa budaya dan adat resam Negeri Sembilan menyumbang kepada pembanggunan dan kemajaun Negeri Sembilan.

Hasil analisis mendapati Rajah 5 menunjukkan bahawa 100% responden lelaki dan perempuan bersetuju bahawa budaya dan adat resam dapat menyatupadukan masyarakat Negeri Sembilan. Majoriti responden boleh dianggap kesemuanya memberi pandangan yang positif mengenai gajet-gajet ini.

Rajah 5: Budaya dan adat resam yang dapat menyatupadukan masyarakat 
Negeri Sembilan.

Hakikatnya hampir kesemua responden mempunyai pandangan yang positif bahawa budaya dan adat resam dapat memberi banyak kebaikan. Hal ini kerana budaya dan adat resam secara langsung atau tidak langsung menjadi rutin yang diamalkan dalam kehidupan harian mereka. Walau semoden mana pun zaman, adat dan budaya tidak boleh ditinggalkan begitu sahaja.

Hasil analisis mendapati Rajah 6 menunjukkan bahawa 80% responden lelaki dan perempuan bersetuju bagi persoalan terdapatkah usaha-usaha dalam memperkenalkan budaya dan adat resam Negeri Sembilan kepada generasi muda dan selebihnya seramai 20% responden lelaki dan perempuan menyatakan tidak bersetuju.

Rajah 6: Usaha-usaha dalam memperkenalkan budaya dan adat resam
Negeri Sembilan kepada generasi muda.
                                                      
Usaha-usaha dalam memperkenalkan adat dan budaya Negeri Sembilan masih lagi dilakukan seperti melalui media massa dan elektronik contohnya di radio Negeri Sembilan, surat khabar dan internet. Selain itu terdapat tempat-tempat yang boleh dilawati di Negeri Sembilan yang dibina untuk mempamerkan sejarah budaya dan adat resam pada generasi muda.

Rajah 7: Adat suku kaum yang masih dikekalkan dalam sistem kekeluargaan.
                                                                                        
Rajah 7 menunjukkan hasil keputusan soal selidik ini adakah adat suku kaum masih dikekalkan dalam sistem kekeluargaan. Sebanyak 100% responden lelaki dan bersetuju bagi persoalan 80% responden perempuan bersetuju bagi persoalan ini. Adat suku kaum dalam kekeluargan masih digunakan seperti biasa contohnya dari segi nama panggilan dalam keluarga mengikut pangkat. Sebanyak 20% responden lelaki tidak bersetuju dengan persoalan ini.

                                                                                                                   
5.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, Negeri Sembilan sememangnya terkenal dengan adat dan kebudayaan warisan. Adat ini masih diamalkan terutama di beberapa kawasan seperti Kuala Pilah dan Rembau. Adat warisan ini dipelihara bagi memastikan ianya tidak pupus ditelan zaman. Dalam kesibukan mengejar kemajuan, warisan tinggalan nenek moyang tidak harus dibiarkan hilang begitu sahaja tanpa diperturunkan kepada generasi yang baru.


Rujukan

Edwar Jamaris. Buku Pengantar Sastra Rakyat Minangkabau.
Gusti Asnan. Memikir ulang regionalisme: Sumatera Barat tahun 1950-an.
Jimmy Patriotic Site. Belajar_bahasa_Negeri_Sembilan_5.ht
Mention Online 2011. Warisan-adat-dan-kebudayaan-di-negeri-sembilan.html
Portal Rasmi Majlis Perbandaran Seremban. identiti_budaya.htm
Http://sukosenseimalaysia.blogspot.com/2009/04/. Adat-temenggung-dan-adat-perpatih.html


MZ Zainudin, Hanani Syarifuddin, Nurazliana Talib, Nur Hidayah Ahmad, Jamilah Mohd Jamil, Wan Nurul Effah Wan Roslan



No comments:

Post a Comment