Monday, October 26, 2015

Pendidikan harakah Islamiyyah (syarah risalah al-ta'alim)





Penulis: Sa'id Hawwa
Tahun: 2008
Penerbit: Dewan Pustaka Fajar, Shah Alam, Selangor, Malaysia.
Muka Surat: 490

Kebanyakan generasi umat Islam hari ini sengaja dihalang daripada mengenali sosok, pemikiran dan dakwah Hasan al-Banna. Pada hal mereka berhak untuk mengenalinya di samping kita wajib memperkenalkan bahawa satu-satunya pemikiran yang mesti diamalkan oleh kaum muslimin adalah pemikiran Hasan al-Banna, jika mereka mahu mengambil titik tolak yang betul.

Di tambah lagi ramai pula orang yang sengaja berusaha menyelewengkan gambaran mengenai Hasan al-Banna dalam kalangan generasi muda. Ia bertujuan menghalang generasi muda daripada mengikuti cara sebenar yang digariskan oleh Hasan al-Banna.

Malah di sana sini muncul pula pelbagai pemikiran yang merosak dan bertujuan melepaskan diri daripada metod dakwah Hasan al-Banna dan pemikirannya. mereka semestinya perlu menyedari bahawa pendekatan yang tidak berasaskan kepada pemikiran Hasan al-Banna  pada masa kini adalah sukar direalisasikan sekiranya kita menginginkan satu amal yang sempurna dalam berkhidmat kepada Islam dan kaum muslimin.

Keadaan semakin bertambah buruk apabila didapati serangan-serangan yang tidak bertanggungjawab ke atas pemikiran dan metod dakwah yang telah diperkenalkan oleh Hasan al-Banna . Berikutan itu, orang ramai yang tidak memiliki ketajaman fikiran yang sama seperti Hasan al-Banna terpesong dan salah tafsir. Oleh yang demikian, keadaan sebegini telah memaksa murid dan mereka yang berpegang teguh dengan prinsip Hasan al-Banna menulis dengan tujuan menjelaskan hujah dan kebenaran pemikirannya. Buku ini diharapkan dapat memenuhi tujuan-tujuan itu.

Sesiapa pun yang membaca buku ini dengan teliti dan secara saksama pasti mengetahui cakrawala harakah dalam pemikiran Hasan al-Banna. Ini tentunya dengan mengkaji sekali gus memahami isi kandungan karyanya Risalah al-Ta'lim yang dianggap sebagai karya yang paling matang. Ia juga dianggap sebagai karyanya yang terakhir dari segi ijtihad pemikiran dan amaliah. Hasan al-Banna menghasilkan buku ini berdasarkan kepada pengamatan umum terhadap perkembangan sejarah, realiti kaum muslimin dan kefahaman yang mendalam terhadap nas al-quran dan sunnah.

No comments:

Post a Comment