1.0
Pengenalan
Tugasan ini
difokuskan kepada peniaga-peniaga di sekitar Ayer Keroh dan penduduk yang terlibat
dalam sektor ekonomi dan kajian terhadap impak kehadiran pekerja asing tanpa
izin kesannya sosioekonomi di kawasan kajian selama ini serta kesan jangka
panjang jika dibiarkan berterusan.
1.1
Objektif Kajian
Objektif
kajian adalah mengetahui pertumbuhan ekonomi di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh,
mengkaji akibat kedatangan pekerja asing tanpa izin yang tidak terkawal dari segi
ekonomi, sosial dan kesihatan dan mengkaji kesan positif terhadap kedatangan pekerja
asing tanpa izin serta mengetahui kesan terhadap ekonomi rakyat tempatan
sekiranya sesetengah perniagaan diceburi oleh pekerja asing ini.
1.2
Limitasi Kajian
Kawasan
kajian ialah Taman Tasik Utama dan Bukit Beruang yang merupakan tumpuan pekerja
asing. Lokasi kajian merangkumi kawasan:
a. Taman
Tasik Utama 2
b. Pangsapuri
Taman Tasik Utama 3
c. Seri
Utama
d. Bukit
Beruang (sekitar Multimedia University dan Emerald Park)
2.0
Sorotan Literatur
Ekonomi
adalah satu bidang pengajian yang cuba menyelesaikan masalah keperluan asas
kehidupan manusia melalui penggemblengan segala sumber ekonomi yang ada
berasasan kepada prinsip serta teori tertentu dalam sistem ekonomi. Adam Smith
(1776) mengatakan ekonomi ialah penyelidikan tentang keadaan dan sebab adanya
kekayaan. Secara tuntasnya, ekonomi adalah bidang berkaitan sesuatu sumber
untuk manfaat masyarakat dan negara. Kamus
Pelajar Bahasa Melayu Edisi Kedua (2008) telah menjelaskan maksud pendatang
asing adalah orang yang memasuki sesebuah negara tanpa kebenaran daripada pihak
kerajaan.
Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) bermaksud
mana-mana orang, selain daripada warganegara yang menyalahi Seksyen 5, 6, 8, 9
dan 15 Akta Imigresen 1959/63 atau Peraturan 39, Peraturan-peraturan
Imigresen 1963. Mereka merupakan golongan orang yang masuk dan tinggal di
sesebuah negara secara haram. Secara haram di sini bermaksud tidak
mengikut undang-undang imigrasi. Pembangunan ekonomi haruslah seiring
perubahan sosial masyarakatnya. Kajian ini mengenengahkan sedikit sebanyak
kesan kedatangan pendatang asing kepada kehidupan sosial dan kesihatan masyarakat
selain dari ekonomi kerana penbangunan sosial merupakan sebahagian daripada hak
asasi manusia dan satu matlamat penting dalam kemasyarakatan. Dalam pembangunan
ekonomi, sosial perlu diambil kira kerana pengagihan kekayaan negara yang
seimbang akan memastikan semua mendapat manfaat dan tidak timbul krisis sosial
seperti migrasi.
3.0
Metodologi Kajian
Sebanyak
sepuluh soalan, lapan soalan objektif dan dua soalan bertulis telah dibentuk
bagi kajian ini. Soalan ini kemudian diedarkan kepada 30 responden di kawasan
sekitar tumpuan orang di Taman Tasik Utama dan Bukit Beruang.
Memilih
beberapa orang penjaja/peniaga kecil-kecilan di Seri Utama dan memilih soalan-soalan
khas tentang pandangan peniaga mengenai isu impak pendatang asing terhadap
ekonomi dan persaingan yang dihadapi dengan pesaingnya yang merupakan warga
asing.
Melakukan
tinjauan ke atas beberapa kawasan di Ayer Keroh yang dikatakan “hot spot”
pendatang asing untuk tinggal dan berniaga secara halal atau haram.
4.0
Hasil Kajian
Hasil
dari kajian melalui soalan soal selidik yang diedarkan kepada 30 responden yang
dipilih secara rawak, dapat dirumuskan bahawa sebanyak 12 responden tinggal di
Taman Tasik Utama 2, sepuluh responden dari Taman Tasik Utama 3, tujuh
responden tinggal di Bukit Beruang dan seorang dari Sungai Putat. Kesemua 30
responden mengatakan tempat tinggal mereka dihuni warga asing terdiri dari
pelbagai bangsa. Berikut merupakan dapatan kajian ini.
Rajah 1: Pendatang asing mengikut bangsa yang mendiami Ayer
Keroh mengikut tinjauan melalui rakyat tempatan
Melalui
tinjauan itu juga, didapati 28 responden tidak selesa dengan kehadiran mereka
dan 22 responden menjawab “tidak akan membeli” sekiranya mereka menjalankan
sebarang aktiviti ekonomi di sini.
Rajah 2: Perniagaan mengikut sektor yang dijalankan pendatang
asing di Ayer Keroh
Sebanyak
12 responden mengatakan terdapat pendatang asing menjalankan perniagaan dari
segi peruncitan dan enam dalam sektor makanan iaitu restoran atau penjaja
kecil. Bagi kategori lain-lain, ia merangkumi pertanian dan perikanan. Berikut
adalah alasan responden bersetuju membeli dari mereka dan tidak kurang juga
alasan tidak mahu membeli atau menggunakan khidmat sekiranya mereka menjalankan
sebarang aktiviti ekonomi.
Setuju
membeli/menggunakan khidmat kerana menawarkan harga lebih murah berbanding
rakyat tempatan, urusan tawar menawar lebih mudah dan kebolehsanggupan mereka
menjalankan sesuatu tugas berbanding rakyat tempatan dalam sektor perkhidmatan seperti
perkhidmatan mencuci dan sebagainya.
Tidak
akan membeli/menggunakan perkhidmatan mereka kerana tidak mahu membantu sumber
ekonomi mereka, tidak selesa dan kurang kepercayaan terhadap mereka, mahu
membantu dan menyokong rakyat tempatan berniaga, isu kebersihan dalam
penyediaan makanan dan isu halal dan ragu-ragu dalam penyediaan makanan, penternakan
dan perkhidmatan.
Rumusannya,
sebanyak 90% responden bersetuju kedatangan pendatang asing meningkatkan kadar
jenayah di kawasan mereka dan kebanjiran mereka memberi impak buruk kepada
sosial tetapi memberi kesan yang baik pada ekonomi rakyat tempatan sekiranya
mereka tidak turut menjalankan aktiviti ekonomi yang akan menambah persaingan
kepada perniagaan tempatan.
Hasil
temu ramah dengan Baharuddin Mohd Ali Bujang dan peniaga yang berhampiran yang
menjawab enam soalan mengatakan tidak setuju dengan penglibatan penduduk asing
menjalankan perniagaan di Ayer Keroh. Peniaga tersebut menjalankan aktivit
berjaja secara kecil-kecilan dan bermusim memandangkan Ayer Keroh merupakan
tempat tumpuan pelajar dan pekerja industri. Berikut merupakan rumusan temu ramah
berkenaan.
Soalan
1
Siapakah
yang banyak membeli di sini? Jam berapakah ramai pelanggan dan bolehkah kami
tahu waktu operasi perniagaan disini?
Jawapan
Pelanggan
mereka terdiri daripada pelajar universiti, pekerja kilang berdekatan dan
penduduk perumahan tempatan. Perniagaan mereka bermula jam 11 pagi dan akan
menjadi sibuk antara jam 12 hingga 2 petang dan jam 4 hingga 5 petang sahaja.
Kebiasaannya, peniaga-peniaga ini berhenti berjaja jam 7 petang.
Soalan
2
Golongan
mana selalu menjadi pelanggan di kawasan ini? Boleh kelaskan bangsa? Pernahkah perniagaan
disini tutup seketika dalam setahun?
Jawapan
Pelajar
universiti dan pekerja di kilang berdekatan yang menjadi pelanggan tetap di
kawasan ini. Kadangkala ada juga penduduk tempatan membeli makanan terutama
waktu tengah hari dan minum petang. Berbilang bangsa yang membeli seperti
Melayu, Cina dan India. Pendatang asing juga tidak terkecuali. Kebanyakannya
Indonesia dan Vietnam.
Pernah
tutup seketika iaitu bulan Januari dan Ogos kerana musim cuti semester pelajar
universiti yang merupakan pembeli terbesar mereka. Tetapi jika bulan Ramadhan,
ada sesetengah peniaga hanya buka pada antara jam 5 hingga 7 petang kerana
pekerja kilang dan pendatang asing beragama Islam datang membeli juadah mereka.
Soalan
3
Boleh
berikan sedikit pendapat mengenai peniaga asing di Ayer Keroh?
Jawapan
Terdapat
percanggahan pendapat antara peniaga di sini. Pendapat pertama di mana
kebanyakannya tidak bersetuju adanya pendatang asing berniaga kerana isu halal,
kebersihan dan persaingan.
Pendapat
kedua menyatakan bahawa mereka tidak ada masalah dengan isu itu kerana mereka
mempunyai pengalaman bersaing dengan penjaja asing dan menyatakan mereka
sebenarnya lebih mendapat untung kerana pendatang asing yang ramai dan ada yang
lebih menggemari juadah jualan mereka kerana lebih bersih dan sedap berbanding
peniaga lain. Contohnya rojak yang cukup digemari pendatang Indonesia dan
Vietnam.
Soalan
4
Di
kawasan ini, memang ada peniaga asing juga menjaja makanan dan menjadi peruncit
di sekitar sini. Ada wujud persaingan kah?
Jawapan
Persaingan
tu memang ada. Mereka pula sudah mula pandai memasak cara kita dan tambah pula
menjual makanan mereka, kepelbagaian dalam juadah jualan itu lebih banyak daripada
kita, pelanggan mereka tentulah dari bangsa mereka yang memang jenis suka menolong
ekonomi bangsa sendiri, penduduk tempatan pun ada yang membeli, jadi luaslah
pasaran mereka”.
Soalan
5
Boleh
kami tahu bagaimana seorang pendatang asing boleh menjalankan perniagaan di sini?
Mungkin ada sedikit info dalam kalangan peniaga yang boleh dikongsikan?
Jawapan
Untuk
memulakan perniagaan secara kecil-kecilan, seseorang itu haruslah mempunyai
modal, peralatan, barang basah dan makanan pilihan untuk dijual dan yang paling
penting lessen perniagaan yang dipohon di majlis bandaran.
Seorang
pendatang asing tidak boleh memohon lesen menjaja makanan kerana taraf
kewarganegaraan. Mereka mengatakan pendatang asing yang datang ke sini
mempunyai sektor pekerjaan yang telah ditetapkan seperti perkilangan, pembantu
rumah dan pengawal keselamatan.
Namun
ada pendatang asing yang bekerja di sini sebagai pengawal keselamatan atau
perkilangan akan menyuruh isteri mereka untuk berniaga secara kecil-kecilan dan
ini sememangnya haram kerana tidak berlesen.
Soalan
6
Apakah
langkah yang dipercayai mampu melindungi peniaga tempatan dalam mencari rezeki
mengikut pandangan peniaga disini?
Jawapan
Persatuan
peniaga haruslah menjalankan tugas mereka sebaik mungkin dalam menangani
masalah ini, bukannya mahu menyekat rezeki orang tetapi kalau sudah sampai
menyekat periuk nasi rakyat sendiri haruslah ambil tindakan.
Pemantauan
pihak berkuasa tempatan secara berjadual dan kena buat undang-undang baru bagi
melindungi peniaga. Peniaga warga asing di kawasan di Ayer Keroh ini tumbuh
ibarat cendawan selepas hujan terutama di Bukit Beruang di mana perniagaan
restoran dan kedai runcit warga asing banyak di situ.
Kesedaran
warga tempatan agar tidak menyewakan premis mereka kepada pendatang asing
kerana ia lebih memudahkan mereka.
4.1
Perbincangan
Kemasukan
pendatang asing yang berbilang bangsa sudah tentu mempunyai kesan yang baik
mahupun yang buruk. Berdasarkan kajian kami, kemasukan pendatang asing ke Ayer
Keroh akan menambahkan diversiti dari segi bangsa, makanan, bahasa dan
pergaulan. Perkahwinan berlainan kaum di antara rakyat tempatan dan warga asing
akan menambahkan kepelbagaian bangsa dan keunikan pertukaran budaya akan
berlaku.
Pendatang
asing yang berbilang bangsa ini tentunya akan memperkenalkan cara pemakaian dan
makanan tradisi mereka contohnya pendatang dari Indonesia dan Arab. Kita dapat
lihat senario lambakan kedai runcit dan restoran bertemakan masakan Timur
Tengah di sekitar Bukit Beruang berhampiran Universiti Multimedia yang menjadi
tumpuan pendatang asing yang bekerja sebagai pendidik, pekerja profesional dan
pelajar. Kedatangan pendatang asing di
Ayer Keroh kerana Ayer Keroh adalah
pusat pendidikan di Melaka dengan dua buah universiti iaitu Universiti Teknikal
Malaysia Melaka dan Universiti Multimedia,dan kolej komuniti; Ayer Keroh
mempunyai pusat industri yang pesat membangun dengan kilang-kilang dan
syarikat-syarikat besar menawarkan peluang pekerjaan; Ayer Keroh mempunyai
pusat tumpuan pelancong dengan jarak dua jam perjalanan dari Kuala Lumpur dan kedudukan
strategik Ayer Keroh juga berhampiran dengan Batu Berendam dan pusat Bandar
Melaka memudahkan mereka untuk meluaskan jaringan ekonomi dan mencari peluang
yang lebih baik.
Walau
bagaimanapun, kedatangan mereka lebih banyak membawa kesan yang tidak baik
kepada rakyat tempatan dari segi sosial, ekonomi dan kesihatan iaitu Kurangnya peluang pekerjaan bagi rakyat
tempatan terutama di sektor perkilangan dan perladangan kerana upah pendatang
asing yang lebih rendah. Bagi rakyat tempatan yang tidak mempunyai sijil
pendidikan atau tahap pendidikan cuma ditahap rendah atau sederhana, ianya
merupakan satu cabaran dan persaingan yang sengit kerana pihak majikan lebih
memilih pekerja asing.
Persaingan
yang sengit dalam sektor perniagaan juga akan melumpuhkan atau menyekat sumber
rezeki rakyat tempatan kerana penglibatan mereka dalam aktiviti perniagaan
seperti restoran, gerai makanan, kedai runcit. Tidak seperti rakyat tempatan, mereka
tidak perlu membayar cukai pendapatan
dan itu sememangnya satu bonus bagi mereka.
Kedatangan
warga asing ini juga meningkatkan kadar jenayah di Ayer Keroh. Keselamatan
penduduk tempatan juga terancam dengan kedatangan mereka, sumber ekonomi
penduduk tempatan juga terganggu dengan ancaman rompakan, pukau, ragut dan
bahaya pada kaum wanita juga meningkat. Penduduk tempatan merasa takut untuk
keluar waktu malam kerana terdapat sekumpulan warga asing yang suka melepak di
taman-taman dan pekerja asing pulang dari kerja.
Di
Ayer Keroh juga, kawasan setinggan haram mulai wujud dan ini mencacatkan
pemandangan. Setinggan ini didirikan di tanah kerajaan secara haram dan
mempunyai sistem pembentungan yang tidak teratur menghasilkan bau busuk. Sampah
dari setinggan akan dibuang ke dalam parit dan menyebabkan air longkang tidak
mengalir dan membawa bahaya denggi kepada penduduk tempatan. Untuk membersihkan
kawasan ini juga akan menyebabkan majlis bandaran atau persatuan penduduk
terpaksa mengeluarkan modal/kos yang agak besar.
Penyakit
berbahaya juga akan merebak kerana pendatang asing dari negara yang mundur
terdedah kepada bahaya penyakit. Pendatang yang sah akan dikenakan pemeriksaan
kesihatan sebelum memasuki negara ini tetapi bagi pendatang tanpa izin, mereka
tidak melakukan sebarang pemeriksaan kesihatan kerana bimbang dilaporkan ke
pihak berwajib. Penyakit bawaan pendatang asing kebiasaanya tibi, HIV dan
hepatitis. Ini akan membahayakan penduduk tempatan yang tinggal di kawasan
sekitar.
5.0 Kesimpulan
Kesimpulannya,
keperluan dan peranan pekerja asing dalam pembangunan ekonomi negara kita
memang tidak dapat dinafikan. Namun demikian, limpahan pekerja asing
terutamanya pendatang asing yang tidak dikawal dan berterusan sudah tentu akan
memudaratkan kesejahteraan rakyat kita. Oleh itu, rakyat hendaklah turut sama
menyokong kerajaan dalam mengurangkan kadar kemasukan pendatang asing dan membanteras
penyeludupan manusia dan pendatang tanpa izin di Malaysia agar pembangunan
ekonomi negara kita akan terus meningkat tanpa menjadikan kesejahteraan dan
ekonomi rakyat tempatan sebagai taruhan.
Penguatkuasaan
dan pemantauan yang berkala dan jitu sepatutnya dijalankan oleh pihak berwajib.
Pendatang asing tidak sepatutnya berniaga secara bebas di Malaysia kerana ia
sememangnya menyekat rezeki warga tempatan. Persatuan penduduk dan persatuan-persatuan
peniaga tempatan juga haruslah memainkan peranan dan aktif memperjuang nasib
peniaga tempatan, jangan hanya ibarat melepas batuk di tepi tangga, hanya
muncul setahun sekali untuk mesyuarat dan mengutip yuran semata-mata. Syarat
untuk memulakan perniagaan seharusnya dikaji semula agar tidak menjejaskan rakyat
tempatan. Namun, rakyat tempatan juga haruslah bersikap rasional dan saling
bantu membantu kerana ada rakyat tempatan di Ayer Keroh sanggup menyewakan
kedai dan perniagaan mereka kepada warga asing demi wang sewa. Para majikan
juga perlu mempunyai kesedaran dan pihak berwajib tempatan haruslah mengenakan
syarat sesuatu pengambilan pekerja supaya rakyat tempatan masih mempunyai
peluang pekerjaan yang banyak tanpa perlu bersaing dengan pendatang asing.
Rujukan
Latifah Abdul
Latiff, Mohd Azmir Mohd Nizah. Hubungan
Etnik. Pulau Pinang: Penerbit
Universiti Sains Islam Malaysia.
Mohd Taib bin Dora
dan Norliah Kudus. Pembangunan Sosio
Ekonomi Malaysia. Melaka.
Universiti Teknikal Malaysia Melaka.
Laman web rasmi
Jabatan Imigresen Malaysia http://www.imi.gov.my/
Laman web rasmi Berita Harian http://www.bharian.com.my/
MZ Zainudin, Nurul Yasmin Mokhtar, Mohd 'Izzat Syafique
Madon
No comments:
Post a Comment