Jadikan hidup lebih ceria dan sihat |
Masalah kesihatan Menteri Pertahanan merangkap Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein memberi isyarat bahawa beliau perlu berehat dan berusaha mengembalikan kecergasan diri. Walaupun tidak serius, seorang menteri harus berada dalam kedudukan terbaik untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diberikan kepadanya.
Dua buah kementerian yang diterajui oleh Hishamuddin amat penting kepada negara. Kementerian Pertahanan berkaitan keselamatan sempadan Malaysia manakala Kementerian Pengangkutan memastikan urusan harian rakyat Malaysia berjalan lancar. Kedua-dua buah kementerian ini juga perlukan menteri yang aktif, pintar dan kuat bekerja.
Menjadi negara maju perlukan sistem pengangkutan yang cekap, kemas dan tersusun. Jauh sekali mendapat rungutan orang ramai. Memandangkan setiap hari pengguna dan orang ramai merasai kelemahan sistem pengangkutan, rungutan seperti ini tidak pernah berhenti dan perlukan maklum balas serta tindakan segera.
Sudah sampai masanya Kementerian Pengangkutan mendapat seorang menteri yang baru dan tidak semestinya datang dari MCA. Sesiapa sahaja yang layak boleh diangkat sebagai menteri kerana MCA tidak mahu menerima jawatan dalam kerajaan. Datuk Seri Mohd Najib tidak perlu menunggu masa lebih lama untuk mengisi jawatan berkenaan kerana banyak keputusan dan tindakan penting yang berkaitan kementerian itu dilihat kurang lancar. Media juga tidak banyak menyiarkan aktiviti kementerian dan orang ramai turut kurang merasai kehadiran kementerian dalam urusan harian mereka.
Kerehatan yang lebih panjang bagi Datuk Seri Hishamuddin bererti banyak kerja yang bertangguh dan perlu dipikul oleh timbalannya. Kesihatan yang baik adalah anugerah Allah swt dan kita harus menjaga diri kita supaya sentiasa berada dalam keadaan sihat.
No comments:
Post a Comment