Rusuhan yang berlaku di Little India, Singapura mengejutkan penduduk dan rakyat negara itu bahkan masyarakat dunia. Kereta polis diterbalikkan dan dibakar menjadi simbol keberanian perusuh yang mahu membalas dendam kerana kematian seorang rakan mereka.
Singapura dikenali sebagai negara yang aman
dan selamat selama 40 tahun, menarik pelabur asing dan pembangunan yang
mencecah sepuluh peratus setiap tahun. Negara ini juga menjadi pilihan syarikat
global membuka ibu pejabat serantau kerana pelbagai insentif yang diberikan
kepada syarikat-syarikat ini. Pelaburan asing yang banyak, kadar bayaran gaji
yang tinggi dan persekitaran kerja yang menarik telah membuka peluang kepada
kehadiran imigran asing dari seluruh Asia, Eropah dan Amerika Syarikat.
Justeru, kehadiran pekerja dari Asia Selatan
khususnya India yang dikatakan memulakan rusuhan baru-baru ini mencetuskan
banyak persoalan. Kenapa mereka begitu mudah mereka merusuh hanya kerana
kemalangan yang menyebabkan kematian? Begitu mudah emosi mereka di‟bakar” oleh rasa marah yang meluap-luap.
Komuniti Singapura begitu bangga dengan
pencapaian negara itu berbanding negara-negara jiran yang kebanyakannya masih
dianggap mundur dan tidak setanding. Di Thailand, perarakan besar-besaran berjaya
mendesak perdana menteri wanita negara itu berundur, di Indonesia, demonstrasi
mendesak kerajaan menilai hubungan diplomatik dengan Australia kerana isu
pengintipan manakala di Malaysia masyarakat Islam berarak menunjukkan rasa
tidak puas hati atas tindakan kerajaan Myanmar melayan umat Islam negara itu.
Cuma di Singapura kita tidak mendengar
demonstrasi apatah lagi rusuhan yang menyebabkan kecederaan, kerosakan harta
benda dan kemusnahan kepercayaan.
Sebaik sahaja rusuhan meletus, gambar dan
video tersebar di internet. Mitos kerajaan cekap dan telus serta bijak telah
musnah. Situasi menakutkan dan apa sudah jadi pada negara itu?
Kejadian demonstrasi dan rusuhan yang berlaku
di negara-negara lain selain Singapura telah menjadikan penguatkuasa seperti
polis, bomba dan ambulans semakin matang dan pengurusan bertambah baik. Mereka tahu
bagaimana hendak berhadapan dengan situasi sukar dan mengambil langkah
pencegahan yang terbaik berdasarkan prosedur sedia ada.
Tetapi keadaan di Singapura amat jauh beza.
Berdasarkan video yang dirakam, pasukan polis sangat lambat mengambil tindakan
dan ini ada kaitan dengan tahap pengalaman mereka berhadapan dengan situasi
kritikal dan di luar jangka tersebut. Perusuh yang tidak bersenjata boleh
ditangani dengan pantas jika ada pasukan polis persekutuan atau FRU yang sudah
pasti menembak air untuk menyuraikan perusuh.
Inilah yang tidak ada pada pasukan
penguatkuasaan Singapura. Lambat dan tidak dapat membuat perkiraan yang tepat
pada masa yang betul.
Pengajaran yang kita boleh perolehi ialah
bersedia dengan apa sahaja yang perlu untuk bertindak pantas.
No comments:
Post a Comment