Tuesday, October 01, 2013

Pencuri mesin ATM semakin pintar




Kes kecurian mesin pengeluaran wang ATM akhir-akhir ini amat kerap. Sasaran pencuri bukan sekadar di bank malah di mana-mana sahaja ada mesin itu mereka akan mencarinya. Di pasar raya, stesen minyak dan kiosk perdagangan yang menempatkan mesin ATM tetap menjadi sasaran.

Biarpun kerap kali dicuri, kita masih menunggu langkah-langkah pencegahan daripada pihak bank sendiri untuk membendung jenayah ini berleluasa. Semua mesin ATM tanpa mengira bank telah menjadi sasaran kerana di dalamnya tentu mempunyai yang banyak. Kita wajar mencari punca kenapa pencuri kini beralih kepada mesin ATM berbanding kawasaan perumahan dan tempat-tempat lain.

Faktor paling utama ialah keyakinan bahawa wang banyak di dalam mesin ATM ini dan mereka akan cuba sedaya upaya mencurinya walaupun tahu risiko kegagalan adalah tinggi. Bukan mudah untuk mngangkat peti besi yang beratus kilo diangkat ke dalam lori. Justeru kita dapat lihat ada mesin ATM yang diangkut dengan jentolak dan dibawa masuk ke dalam lori.

Faktor kedua kerana langkah-langkah keselamatan yang longgar untuk menghalang kecurian wang di ATM ini. Di sekitar kawasan mesin, tidak ada pengawal keselamatan yang bertugas walaupun cahaya lampu adalah terang. Terdapat poster yang dipasang di cermin sekitar mesin mengganggu penglihatan orang ramai jika berlaku kecurian.

Faktor ketiga ialah pencuri mengambil kesempatan di atas kelambatan pihak bank mengetatkan kawalan ke atas mesin ATM mereka. Pencuri zaman sekarang semakin cerdik kerana mereka dapat melayari intermet untuk mengetahui cara dan kaedah memecah mesin untuk mengambil wang. Kemungkinan penglibatan warga asing dalam kes ini tidak dapat disangkal kerana teknologi memecah mesin ATM tentunya menggunakan cara yang canggih dan cepat.

Faktor keempat ialah kedudukan mesin ATM di tempat yang agak jauh dari pandangan awam. Kelibat pencuri yang bergerak pada awal pagi tentu lebih mudah untuk bergerak.

Faktor terakhir ialah tindakan proaktif pihak bank sendiri yang masih mengharapkan polis untuk memantau keselamatan bank. Mereka boleh bertindak dengan menubuhkan pasukan khas yang dapat memantau pergerakan yang mencurigakan di sekitar premis bank. Sekiranya bank sendiri mengambil pendekatan proaktif, tentu keyakinan orang ramai akan meningkat.

 

No comments:

Post a Comment