Majlis Qurban di Surau Al-Muttaqin, Kota Tinggi |
Sambutan Hari Raya Aidiladha 2013 di Kota Tinggi, Johor sangat meriah. Majlis korban dan akikah melibatkan 20 ekor lembu di Surau Al-Muttaqin, Taman Kota Jaya.
Surau ini sememangnya terkenal dengan bilangan korban yang banyak setiap tahun. Bilangan lembu yang dikorbankan bertambah sedikit demi sedikit kerana permintaan yang banyak di samping keinginan penduduk sekitar untuk melaksanakan ibadah korban.
Pengurusan korban setiap tahun dikendalikan oleh jawatankuasa surau yang kebanyakannya bekas kakitangan awam. Mereka mempunyai sebuah pasukan yang mantap dan dedikasi. Semasa majlis, semua petugas diberikan kad dan memakai uniform supaya tugas dilaksanakan dengan cekap.
Tahun ini setiap tugasan berkaitan korban diletakkan kain pemidang supaya peserta dapat melihat sendiri proses sembelihan, lapah dan agihan daging korban dilakukan.
Tiga buah lori yang membawa lembu diletakkan di kawasan lapang perkarangan surau. Seekor demi seekor lembu terpilih diturunkan dari lori dengan sebuah laluan khas. Tempat sembelihan turut diminimumkan.
Semasa sembelihan korban dilakukan, imam dan orang ramai bertakbir diikuti bacaan doa.
Proses melapah kulit dan membuang perut dilakukan secara gotong-royong mengikut korban masing-masing. Di sini orang tua yang pakar memperlihat kemahirannya sambil mengajar golongan muda. Anak-anak kecil yang baru kali pertama melihat ibadah korban ini juga teruja dengan suasana sambutan.
Lafaz dan niat korban disampaikan kepada wakil penyembelihan yang sentiasa bersedia dengan parang yang tajam.
Penyerahan kepada wakil korban |
Ibadah korban di Surau Al-Muttaqin bertambah seri dengan hidangan masakan tengah hari dan penyediaan air minuman di beberapa tempat. Khemah besar juga disediakan supaya peserta dan orang ramai dapat menghayati pelaksanaan korban ini.
Kejayaan menganjurkan ibadah korban yang melibatkan puluhan ekor lembu perlukan koordinasi dan pelaksanaan tanggungjawab. Konsep bersama, memahami tugas dan melaksanakan yang terbaik menjadi ramuan penting kepada kesempurnaan pelaksanaan ibadah korban 2013 ini.
No comments:
Post a Comment