Sangat sesuai untuk mengatasi masalah sistem pernafasan yang dicirikan oleh batuk yang tercungap-cungap, kering dan kejang, hilang rasa haus, menggigil, muntah dan hidung berdarah. Batuk bersambung-sambung hingga sesak nafas, bau busuk. Sakit dada dan menekan perut ketika batuk. Ia juga digunakan untuk perkembangan tulang, sakit tulang, kuku dan suara serak. Biasanya pesakit tidak cukup rehat, bimbang, susah beri perhatian atau insomnia. Simptom-simptom semakin teruk selepas tengah malam, berbaring, berbual-bual atau menyanyi.
Fikiran: Tidak memberi perhatian, kecewa dan sedih.
Kepala: Sakit menekan-nekan di dalam kepala terutama dalam dahi dan di kawasan tulang pipi yang sakitnya mengarah keluar. Rasa seperti luka di kulit pelipis kanan.
Mata: Anak mata terbuka luas; panas menyucuk-nyucuk di bawah biji mata kiri.
Hidung: Kerap bersin tanpa mendapat selesema.
Muka: Panas dan merah.
Mulut: Banyak air liur.
Perut: Kerap tersedu. Air liur banyak dalam mulut kerana senak perut. Muntah semasa badan sejuk.
Hipokondria: Kedua-dua hipokondria mengecut, cenderung batuk-batuk; mesti disokong dengan tangan semasa batuk.
Kencing: Kerap rasa hendak kencing tetapi sedikit apabila kencing; beberapa titik sahaja.
Pernafasan: Rasa lebam di dalam tekak semasa menyedut nafas. Suara sangat perlahan dan serak-serak. Tidak selesa (menyeksakan) dengan setiap ucapan menyebabkan tekak sakit tetapi tidak rasa sesak nafas. Dada dan kerongkong lebih teruk kerana bercakap atau bersuara. Batuk tiba-tiba sebabkan susah hendak bernafas. Batuk sebelah malam; sejurus selepas tidur; terjaga pukul 2 pagi. Batuk yang kering dan kekejangan, cenderung hendak muntah. Batuk disertai kahak yang berdarah. Anak tekak kasar, gatal dan rasa kering termasuk lelangit mulut, sebabkan batuk-batuk dengan kahak kekuningan, suara ‘bass’ dengan dada rasa seperti ditekan kalau berbual-bual dan berdehem. Dada rasa menyucuk-nyucuk semasa batuk dan bernafas.
Kakitangan: Rasa lemah dan lebam-lebam; kebas/lumpuh. Sendi berdenyut-denyut dan teruk apabila bergerak. Bahu kanan menyentak-nyentak semasa rehat. Sendi penyambung pada pinggul dan paha susah hendak digerakkan, terasa sakit dalam buku lali semasa berjalan. Betis kanan rasa dipotong-potong apabila duduk, hilang apabila berjalan. Sakit menyiat-nyiat dalam buku lali kanan seperti tergeliat ketika berjalan.
Umum: Seluruh badan rasa lemah, mata dan pipi sengkung. Menyucuk-nyucuk, panas terbakar dalam kulit. Demam dengan menggigil seluruh badan, muka panas, tangan sejuk.
Melarat: Selepas tengah malam; berbaring; berbual-bual; menyanyi.
Salam...
ReplyDeleteSimptom sebegini boleh diubati dengan cuba membuat rawatan secara peribadi yg ditawarkan melalui web page ni:
Ubat gejala resdung, kahak, lendir dan hidung tersumbat
Atau anda boleh luangkan masa mempelajari mengenai simptom ini, penyebabnya dan cara yg berkesan bagi menanganinya:
Info resdung dan cara pembasmian
Semoga info yg dibekalkan dpt membantu. Tq.