Bertindak pada kulit, limfa, sistem penghadaman dan organ-organ seks. Tindakan pada kulit timbulkan kuping-kuping kering dan lembap. Dari segi terapeutik, ia digunakan untuk gatal-gatal yang mempunyai discaj kental, ruam-ruam kecil, psoriasis, parut-parut tisu yang mengeras, ulser, luka-luka yang sejuk, rambut gugur, kejang dan kebas. Bagi perempuan, graphites digunakan untuk merawat kedatangan haid yang lewat dan tidak tetap, pembengkakan ovari dan buah dada serta lewat datang haid yang disertai dengan sembelit.
Fikiran: Sedih dan putus asa; fikirkan mati. Cenderung menderita; sedih dan menangis. Cemas yang cenderung hendak menangis. Ragu-ragu; tidak berupaya fikirkan hal-hal positif, terlupa.
Kepala: Rasa kesan-kesan keracunan bila bangun pagi. Pening semasa dan selepas tunduk kepala. Sakit kepala bila bangun. Rasa sakit kepala seperti kebas, sakit jika kepala mengalami kesesakan terutama di bahagian belakang, melarat ke tengkuk. Serangan sakit kepala dengan sendawa dan loya semasa haid. Kulit kepala gatal-gatal. Rambut gugur.
Mata: Sensitif dengan cahaya; mata merah dan berair. Hangat, panas terbakar dan berdenyut-denyut dalam mata. Bersilau. Tahi mata kering. Radang kelopak mata. Mata letih. Benda-benda nampak hitam bila menunduk. Pandangan gelap tiba-tiba semasa datang haid. Ulser atau lepuh di atas kornea. Kelopak mata; berat, kering, tertekan dan rasa panas; melekat-lekat di sebelah pagi.
Telinga: Dalam telinga seperti berbunyi bila menggerakkan rahang; dengung, gema dan meletup-letup. Kurang dengar, telinga kering. Berdenyut-denyut. Lembap. Discaj; berdarah, nipis, berair; melekat dengan nanah. Lembap dan luka di belakang telinga, merebak ke pipi dan tengkuk. Bengkak pada kalenjar di bawah telinga.
Hidung: Rasa bau yang tajam; tak dapat menghidu bunga (alahan). Hidung luka dan sakit di dalam. Tahi hidung kering berkuping, lubang hidung luka, pecah dan mendapat ulser. Mukus berdarah. Rembesan bernanah, jerawat hitam. Hidung kering dan bengkak.
Muka: Pucat. Berterusan seperti ada sarang labah-labah di atas muka. Bibir dan lubang hidung merekah kerana sejuk. Pelipis gatal-gatal, luka yang basah selepas digaru. Radang kerana jangkitan pada kulit dan pembengkakan di muka. Kudis yang lembap pada dagu dan sekeliling mulut. Kalenjar liur bengkak, sakit bila disentuh.
Mulut: Sakit gigi tajam menikam terutama minuman sejuk; teruk sebelah malam dengan muka kepanasan. Gusi bengkak. Sudut mulut pecah. Sebelah pagi banyak keluar air liur. Melecur panas terbakar di sisi bawah hujung lidah. Rasa pahit, sendawa masam.
Kerongkong: Rasa seperti ada benjolan semasa menelan. Bengkak kalenjar dalam kerongkong.
Perut: Enggan makan; makanan masin dan manis yang sebabkan rasa loya. Kerap sendawa. Pedih ulu hati. Bau tengik. Sedu selepas makan. Loya sebelah pagi, lemah dan menggigil; semasa datang haid; memulas-mulas; teruk di sebelah pagi dan beberapa jam selepas jam makan, sakit menjerut-jerut di bawah kawasan pusat dan banyak kahak dalam kerongkong. Muntahkan makanan yang telah dimakan. Sakit perut sepanjang hari; lega setelah berbaring dan panas tempat tidur. Muncul semula bila bangun atau berdiri. Sakit di saluran perut sepanjang tengah hari, lega dengan sendawa. Perut sesak dan memulas-mulas; kentut. Sakit perut berkala, muntahkan makanan sejurus selepas makan. Rembesan mukus yang kronik dengan sendawa yang kerap.
Abdomen: Terbakar dalam hipokandria sebelah kiri. Abdomen membengkak; keras. Abdomen kembung kerana angin berkumpul yang memulas-mulas sebelum kentut. Bengkak kalenjar dan kudis pecah di celah kangkang.
Najis: Sangat nipis seperti lingkaran cacing; gelap, separuh terhadam, bau busuk; berketul, keras dan dubur sakit berterusan. Mukus masih tertinggal dalam dubur selepas berak. Dubur gatal; berdenyut-denyut, pedih dan luka. Buasir pada dubur dengan rasa kepanasan. Sekitar lubang dubur merekah; teruk, tajam, sakit dipotong-potong semasa berak diikuti penjerutan dan sakit untuk beberapa jam.
Kencing: Rasa hendak kencing tetapi sedikit; meleleh keluar. Kerap kencing. Kencing malam. Rasa digigit-gigit dalam saluran kencing selepas kencing. Aliran air kencing kecil , saluran kencing mengecut. Air kencing menjadi keruh atau kemerah-merahan.
Organ Seks Lelaki: Buah zakar bengkak air. Biji-biji kecil di atas kulup. Seronok dengan seks yang keterlaluan; zakar sangat tegang tetapi tidak keluar air mani semasa bersetubuh. Buah zakar gatal.
Organ Seks Perempuan: Keputihan yang keluar sangat nipis, putih, sakit belakang; banyak keluar bila berjalan. Haid pertama lewat. Discaj keputihan tersembur keluar sama ada siang atau malam. Haid terlalu lewat; terlalu sedikit dan pucat. Sakit dalam epigastrium semasa datang haid seolah-olah dipotong halus. Tekanan kuat mengarah ke bahagian luar faraj. Ovari kiri membengkak dan mengeras seperti batu; sakit bila disentuh, berdehem, rasa berdenyut-denyut, berpeluh dan tidak dapat tidur. Bahagian luar faraj gatal-gatal sebelum datang haid. Puting buah dada sakit. Morning sickness. Perut yang keras masih selepas buah dada bernanah.
Pernafasan: Kerongkong rasa digaru-garu. Peti suara gatal; teruk sebelah petang, sebabkan berdehem-dehem dan batuk kecil. Suara serak setiap petang atau malam. Dada sakit seperti melecet. Batuk sebelah malam kerana hendak bernafas.
Kakitangan/Belakang: Kalenjar di tengkuk bawah membengkak dan sakit bila berbaring. Tengkuk rasa keras dan kaku. Lemah kaki dan tangan, rasa seperti lumpuh. Bahu kiri berdenyut-denyut dan menyiat-nyiat. Kulit di tapak tangan menjadi keras dan pecah. Sakit rheumatik di tangan dan jari. Kuku pada jari menjadi tebal. Berdenyut-denyut sakit di antara punggung. Kayap dalam lekukan lutut. Paha kebas dan kaku. Lutut seolah-olah lebam di sebelah malam. Betis kejang. Panas dalam tumit, teruk di sebelah pagi. Rheumatik pada kaki dan ibu jari kaki. Kuku ibu jari kaki tebal dan sakit.
Kulit: Letusan kudis yang gatal kerana keluar cecair yang melekit. Bahagian badan rasa gatal-gatal. Kulit mengelupas terutama pada kanak-kanak. Kulit tidak sihat; setiap kali cedera cenderung menjadi ulser. Ulser lama bersama nanah yang berbau, gatal, menyengat. Kulit kering dan cenderung memecah. Ulser lama dengan parut.
Tidur: Sangat resah di sebelah malam dengan rasa bimbang dan mimpi yang menakutkan. Tidur di siang hari; selepas makan tengah hari.
Demam: Sejuk di sebelah pagi. Berpeluh dengan pergerakan yang ringan; sangat masam; banyak peluh.
Umum: Letih, lemah seluruh badan. Sangat kurus. Tenaga badan menyusut tiba-tiba. Darah berdenyut-denyut di seluruh badan. Rasa berdebar-debar. Panas terbakar dalam parut luka lama. Simptom-simptom lenyap bila berjalan di tempat terbuka. Kalenjar membengkak dan mengeras.
Konstitusi: Orang yang cenderung cepat gemuk terutama perempuan yang secara semula jadi lewat datang haid.
No comments:
Post a Comment