Penulis: Syathibi Center
Tahun: 2007
Penerbit: Al-I’tishom Cahaya Umat, Jakarta Timur, Indonesia.
Muka Surat: 89
Bahasa yang digunakan dalam buku ini mudah difahami biarpun dalam dialek Indonesia. Namun terdapat beberapa perkataan yang perlu disemak melalui kamus seperti wejangan (nasihat), sakral (suci), gamblang (jelas) dan semu (palsu). Yang lebih penting ialah kandungan buku kecil ini memberi banyak maklumat kepada pendakwah untuk meluaskan ruang lingkup operasi dakwah mereka.
Di dalam sirah Rasulullah saw, kita didedahkan dengan dakwah fardiyah yang dilakukan oleh baginda. Dimulai dengan Khadijah r.a, saudara dekat Ali bin Abu Talib r.a, pembantu Ummu Aiman dan sahabat karib Abu Bakar As -Siddiq r.a yang semuanya memberi tindak balas yang sangat baik kepada dakwah.
Membentuk satu umat harus bermula dengan seorang. Komuniti jutaan manusia yang memahami Islam bermula apabila dakwah fardiyah yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw menebar ke seluruh alam dengan kekuatan yang sepadu. Dalam kedua-dua bentuk umat ini, kita hendakkan kedua-duanya sekali iaitu kuantiti dan kualiti. Membina umat yang memiliki kuantiti adalah melalui dakwah ammah manakala individu yang memiliki kualiti adalah melalui dakwah fardiyah. Dalam konteks taghyirul qaum (perubahan sosial), ia harus bermula dengan perubahan individu seterusnya masyarakat dan negara.
Melaksanakan dakwah fardiyah adalah mengikut sunnah Rasulullah saw. Justeru penerbitan buku ini wajar mendapat perhatian daripada para pendakwah biarpun tidak memiliki tauliah kerana maklumat yang dikongsi oleh penulis sangat bermakna. Pengalaman penulis merasai susah payah berdakwah adalah intipati kepada penghasilan sebuah buku yang sangat hebat.
No comments:
Post a Comment