Suara setiap orang ada nilai, biar pun tidak menjadi seorang artis. Syaratnya, anda hendaklah mengenali seseorang di syarikat penerbitan atau rangkaian penerbitan milik kerajaan. Anda boleh menjana pendapatan RM100 hingga RM300 bagi tempoh dua jam rakaman suara.
Apa yang hendak dirakam?
Banyak, salah satu daripadanya ialah merakam kata-kata motivasi yang disiarkan di radio. Ia hanya mengambil masa dua hingga tiga minit untuk satu slot dan disiarkan setiap hari. Jika anda terlibat dalam pekerjaan yang berkaitan perundingan, sering memberi ceramah motivasi dan memiliki blog sendiri, ini dapat membantu pekerjaan anda untuk mencari wang tambahan.
Proses rakaman bergantung pada sejauh mana anda memiliki bahan atau artikel untuk disampaikan kepada pendengar. Sekiranya anda mengupas sesuatu topik tanpa melihat nota, ia memberi ruang kepada penyampaian yang bersahaja dan pendengar merasai sifat semula jadi topik yang disampaikan itu. Apa sahaj topik yang berkaitan dengan kehidupan seharian, perubahan, budaya atau cara berfikir boleh diceritakan. Ia bergantung sejauh mana anda mampu mengolah kata-kata yang disesuaikan dengan realiti masyarakat setempat.
Kumpulan sasar terdiri daripada remaja dan belia supaya mereka mengenali suara anda. Apabila suara anda disiarkan setiap hari dan ditambah pula anda memiliki facebook atau blog sendiri, sedikit demi sedikit anda mula mencipata nama dalam bisnes perundingan pembangunan diri ini.
No comments:
Post a Comment