Thursday, November 19, 2009

Tapak semaian anak pokok

Pertanian adalah perniagaan. Sektor pertanian tidak lagi dipandang rendah kerana kerajaan sendiri memberi galakan kepada usahawan muda untuk menceburi bidang pertanian moden. Seperti kata pepatah, ‘hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.’

Gigihnya seseorang usahawan sangat akrab dengan minat dan kecenderungan bidang yang diterokainya.

Sejak akhir-akhir ini harga getah bertambah baik. Jika dulu ramai pekebun getah berminat dengan kelapa sawit dan tanaman lain, sebaik sahaja harga getah melambung tinggi di pasaran, ramai yang kembali menanam pokok getah. Jadi, bisnes semaian anak getah adalah bisnes yang menguntungkan.

Permintaan benih getah yang tinggi menjadikan seorang peneroka, Mohd Izani, tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pekebun getah. Bermula dengan beberapa ribu anak pokok getah, kini beliau menjual lebih 80,000 anak pokok getah dengan pendapatan di antara RM12,000 hingga RM15,000 sebulan. Jika sekadar menjadi penoreh getah semata-mata, beliau mungkin mendapat RM3,500 sebulan sahaja.

Anak pokok getah boleh dijual dengan harga RM2.20 hingga RM2.40 sepokok mengikut saiz. Pendapatan bulanan yang diperoleh telah menjadikannya seorang yang hidup senang mengusahakan ladang getah sendiri seluas 16 hektar. Pasarannya ialah pekebin getah di sekitar Gua Musang dan Kuala Krai, Kelantan.

6 comments:

  1. Anonymous2:45 AM

    boleh bagi no phone abg yg jual anak getah ni??

    ReplyDelete
  2. Anonymous9:48 PM

    dimana tempat ada jual pokok anak getah ?

    ReplyDelete
  3. Anonymous1:03 PM

    macamana saya nk kontek abang ni? blh bagi no phone x?

    tolong emel ke aidamalik86@yahoo.com

    ReplyDelete
  4. saya ada bekal benih getah klon 350 - rm2.50/polibag 2 tingkat, klon 2025 dan 3001(1 malaysia), harga amat mahal. call 0192272127 utk maklumat lanjut. nursery di kg menara, gua musang

    hisham

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya mahu anak getah dalam 1000 ribu pokok dan kalau boleh hantar di merapoh..

      Delete
  5. ada stok anak getah penanti?200 pokok? urgent need. e-mail ke azimah@putra.upm.edu.my tq.

    ReplyDelete