Dikenali sebagai ‘set tulang’ kerana tindakan serta-merta untuk menghilangkan sakit di hujung jari kaki dan tangan serta otot-otot yang berkaitan. Penawar untuk penyakit demam dan batuk seperti influenza dan malaria. Eupatorium bertindak ke atas organ-organ gastrohepatic dan membran mukus bronchial. Ia amat berguna dan berkesan untuk merawat kesakitan tulang. Cachexia (kesihatan terganggu kerana kurang zat makanan atau lemah-lemah anggota fizikal) kerana penyakit-penyakit kronik yang lama. Tubuh badan nampak longlai, letih dan lesu kerana mabuk arak. Organ-organ badan tidak cergas dan lambat bergerak. Sakit tulang secara umum.
Fikiran: Bodoh, dungu. Murung (hendak tidur). Ingatkan rumah.
Kepala: Sakit berdenyut-denyut. Pening; rasa hendak muntah. Sakit di bahagian atas dan belakang kepala dengan rasa sakit dan luka pada biji mata. Sakit kepala secara berkala bagi setiap 3 dan 7 hari.
Mata: Merenung tajam. Demam meliputi sakit pada mata. Konjunktiva warna kuning dengan tubuh sejuk menggigil. Luka pada biji mata. Sensitif dengan cahaya.
Telinga: Rasa telinga penuh. Bunyi pecah dalam telinga.
Hidung: Kerap berair, rasa panas; bersin.
Muka: Merah kerana demam, berkilat. Bibir biru.
Mulut: Merekah di tepi. Lidah beralur, warna perang di sepanjang tengah lidah. Lidah rasa kebas; menyucuk-nyucuk dan sakit berterusan.
Kerongkong: Rasa tersumbat sepenuhnya, mesti selalu telan. Sakit sebelah kiri. Terbakar seperti melecur di kawasan kerongkong.
Keinginan: Limau, air sejuk, ais krim.
Perut: Dahaga air sejuk. Loya dan muntahkan makanan. Muntah kering dengan rasa gementar dan lemah hendak pengsan. Dahaga selepas muntah. Muntah setiap kali angin kering datang. Sakit di bahagian hati. Tidak tahan pakaian ketat.
Najis: Cirit-birit, usus longgar. Dubur panas.
Kencing: Kencing terhalang. Kanak-kanak tahan kencing, sakit sedikit dalam buah pinggang seperti sakit dipotong-potong; kencing masin yang kronik. Susah kencing semasa hamil. Selalu ingin kencing lagi biarpun selepas kencing terutama pada sebelah malam. Sakit dalam pundi-pundi kencing; sangat gatal, air kencing kerap keluar. Kencing kerap tetapi sedikit.
Pernafasan: Suara serak. Batuk kering berterusan di sebelah petang. Batuk diikuti rasa sakit dan panas di dalam sistem pernafasan. Muka merah, mata berair, sakit dalam dada, melarat kerana mengelamun, tidak boleh pusing semasa berdiri, duduk atau baring.
Jantung: Denyutan cepat.
Kakitangan/Belakang: Sakit di tengkuk dan belakang kepala; lega bila angkat kepala. Rasa sakit belakang kerana lebam. Lenguh-lenguh. Belakang badan berdenyut-denyut menggeletar semasa demam. Pergelangan tangan sakit jika patah atau tergeliat.
Tidur: Menguap, kurang tidur, diganggu, mimpi menakutkan, semasa demam.
Demam: Sekejap-sekejap. Menggigil di antara pukul 7 hingga 9 pagi. Minum tergesa-gesa sebabkan muntah. Menguap, mengeliat sakit tulang dan sakit belakang. Muntah pahit di akhir demam. Semasa suhu badan naik, pesakit rasa lemah dan kepala berdenyut-denyut serta jarang sekali merasa haus; badan sakit dari kepala hingga ke kaki. Cachexia (kesihatan terganggu kerana kurang zat makanan atau lemah anggota-anggota fizikal) kerana penyakit-penyakit kronik yang lama. Demam nampak nyata pada masa-masa tertentu terutama hari ketiga dan ketujuh. Sakit di kawasan hati. Tidak tahan pakaian ketat.
Konstitusi: Orang tua; cachexia (kesihatan terganggu kerana kurang zat makanan atau lemah anggota-anggota fizikal); gout.
Simptom Utama: Sakit berkaitan tulang; sengal-sengal.
Melarat: Sela masa hari ke-3 atau ke-7; sebelah kiri.
Lega: Berbual-bual; bermula dengan tangan dan kaki.
Patologi: Flu, sakit tulang; demam sejuk; rehat tidak cukup; batuk; denggi; campak.
No comments:
Post a Comment