Saturday, September 12, 2009

Belladonna

Bertindak pada sistem saraf yang sebabkan kesesakan aktif (active congestion), sangat marah, berlaku perubahan tingkah laku, otot tersentak-sentak dan bergegar. Belladonna sentiasa dikaitkan dengan rasa panas, merah kulit muka, mata bersilau, keadaan mental yang terlalu gembira, semua bahagian sakit bila disentuh, gangguan mental (meracau), tidak cukup tidur, kepala berdenyut-denyut, kerongkong dan mulut kering dan sakit urat yang datang dan hilang tiba-tiba. Pesakit menunjukkan simptom-simptom seperti panas, merah, menggigil dan terbakar. Sawan sekejap-sekejap diikuti rasa loya dan muntah. Demam scarlet dan cenderung bertindak sebagai pencegah penyakit supaya tidak melarat. Belladonna amat berkesan untuk serangan yang tiba-tiba seterusnya hilang.

Fikiran: Suka duka silih berganti; sangat marah dan meludah di sekitarnya; mengoyak barang-barang hingga menjadi cebisan. Meracau yang meluap-luap; ketawa besar dan gigi berdetip-detip; takut perkara-perkara yang dibayangkan; nampak hantu; bertukar dari suka kepada marah; keinginan untuk melompat keluar dari tempat tidur. Meracau dengan bahasa yang sukar difahami. Benci pada cecair masam yang sebabkannya marah. Rasa bimbang tetapi ingin terbang.

Kepala: Pening; rasa nak jatuh ke kiri atau belakang; sensitif dengan sentuhan; penglihatan menjadi kabur. Sakit kepala berdenyut-denyut. Darah naik ke kepala; bergelegak dalam kepala; melarat dengan bising, pergerakan, gerakan mata, bila batuk. Kepala tersentak-sentak, teruk ketika bergerak cepat atau mendaki tangga dengan cepat. Rasa sakit dihilangkan dengan memicit dahi. Sakit kepala kerana terkena angin dan selepas potong rambut. Terasa seperti otak ditolak keluar melalui dahi.

Mata: Seperti hendak keluar, anak mata membesar; merenung tajam. Mata merah, bengkak, menggelembung, kering, rasa panas dan terbakar, sensitif dengan cahaya. Terdapat cincin (halo) di sekitar cahaya. Benda-benda nampak terbalik.

Telinga: Sensitif dengan bunyi; berdengung dan mengaum. Radang telinga tengah (otitis media). Menyucuk-nyucuk.

Hidung: Amat sensitif dengan bau. Tumpah darah dengan muka yang merah. Hidung berair dan bercampur darah; dari satu lubang hidung sahaja.

Muka: Merah membara dan panas; bengkak dan rasa terbakar. Otot-otot muka dan mulut bergerak-gerak. Rahang terkunci. Sakit semasa menelan.

Mulut: Kering dan rasa haus. Kancing gigi. Lidah merah dan kering. Gagap. Kalenjar air liur bengkak.

Kerongkong: Sangat kering; merah, teruk sebelah kanan. Sukar menelan. Tonsil sebelah kanan. Keinginan: Limau, air sejuk; mahu itu ini tetapi tidak ada selera; makan tanpa mahu minum; sup; mahu lari atau sembunyi.

Enggan: Makanan berasid; daging; arak; pergerakan; cahaya terang; bising; susu; tempat terbuka.

Perut: Loya dalam perut; muntah selepas makan dan minum; mulut bau busuk selepas makan. Muntahkan makanan yang tidak hadam, lendir atau hempedu. Sakit kejang dalam perut. Haus air sejuk. Muntah darah. Kawasan hati sakit bila disentuh; teruk bila baring sebelah kanan; melarat ke bahu dan leher.

Abdomen: Kembung, sangat sensitif dan bisa disentuh. Sempit sekeliling pusat. Panas dan terbakar dengan rasa gelisah.

Najis: Kecil; hijau atau warna perang tanah liat; lendir berdarah; sakit semasa berak; bau masam. Buasir berdarah.

Kencing: Kuning, jernih dan terang; kerap, banyak, pucat berair, darah merah. Ada fosfat. Pesakit cenderung menahan kencing.

Seks: Buah zakar keras dan merah; sebelah kanan. Keinginan seks menurun. Air mani keluar semasa tidur. Vagina kering dan rasa panas. Haid; banyak, merah terang dan terlalu awal; menyakitkan.

Pernafasan: Suara parau dan serak; batuk kering kerana radang tekak yang bengkak dan menjadi sempit. Teruk sebelah malam. Bunyi semasa menarik nafas. Bangun selepas tengah malam. Batuk diiringi bersin; lendir yang melekat-lekat. Batuk kokol. Sakit dada.

Jantung: Rasa tekanan di kawasan jantung. Degupan; laju, kerap, keras dan berirama. Berdebar-debar.

Kakitangan/Belakang: Leher keras dan kaku; kalenjar bengkak. Sakit dalam tengkok bila cedera. Sakit otot di bahagian bawah belakang (lumbago) dengan sakit di bahagian punggung dan paha. Radang sendi. Menyucuk-nyucuk di bahagian atas bahu kiri. Rasa kedua-dua tangan berat. Paha kanan menyucuk-nyucuk. Teruk waktu malam dan bila bergerak.

Kulit: Sensitif bila disentuh. Merah seluruh badan dengan bintit-bintit. Jerawat bernanah di pipi dan hidung, kemudian kering berkuping. Tompok-tompok merah yang gatal semasa datang haid. Jaundis. Kulit sangat panas.

Tidur: Selalu menguap. Tidur banyak tetapi tidak nyenyak kerana bimbang dan risau. Kanak-kanak menunjukkan tingkah laku menjerit dan menendang semasa tidur.

Demam: Sejuk menggigil; tangan sejuk tetapi kepala panas. Sejuk dan panas silih berganti. Kaki dan tangan kadangkala sejuk, kering dengan peluh di kepala. Muka merah dan keluar peluh. Demam pukul 3 petang.

Konstitusi: Plethoric (cecair badan berlebihan); kuat kerja; intelektual; gembira bila senang, susah hati bila sakit; tembam; discaj berkahak; mudah simpati; perempuan; kanak-kanak; rambut putih; mata biru; muka cerah; kulit halus; kerja melibatkan pemikiran aktif.

Sebab-Musabab: Gunting rambut; rambut basah/ lembap; cahaya matahari; angin sejuk.

Simptom Utama: Bengkak; merah; kulit kering; berdenyut-denyut; banyak darah; minum air sedikit sahaja; muntah dan berak.

Melarat: Tengah hari; senja; selepas potong rambut; terkena angin sejuk; lihat objek berkilau; selepas merokok; semasa hamil; selepas demam scarlet; semasa tidur; bau yang kuat; terbakar panas matahari; perempuan selepas bersalin (dalam pantang); kepala bergegar; selepas 3 petang dan tengah malam.

Lega: Berdiri; dalam bilik yang panas; berehat; tempat terbuka; diselimut; tahan nafas, membengkok atau melipat bahagian yangs akit.

Patologi: Bronchitis; apoplexy; appendicitis; arthiritis; batu karang (dalam saluran kencing); buah dada lebam; buah zakar sakit; jantung berdebar-debar; sakit dada; demam; digigit anjing gila; gusi sakit; gout; haid banyak darah; hidung berdarah; hamil; influenza, selesema; jerawat; sakit kepala; kencing dedas; ketimbir; mata berair; mulut kering; mimpi terpekik dan takut; meracau; meningitis; bengkak cantik; otak berair (hydrocephalus); pening; sakit pinggang; poliomyelitis; sawan; menangis; tonsil bengkak; tidur yang panas; sakit telinga; urat saraf sakit, bengkak dan merah.

No comments:

Post a Comment