Baru-baru ini jurucakap Polis Indonesia, Mejer Jeneral Nanan Sukarna dengan angkuh dan selamba mengumumkan kejayaan mereka menumpaskan Noordin Mat Top dan berkata mahu menghantar jenazah Noordin kembali ke Malaysia secepat mungkin kerana tidak mahu bangsa Indonesia diganggu oleh ‘roh’nya.
Selepas sembilan tahun memburu pengganas, kejayaan Polis Indonesia sangat dibanggai tetapi kata-kata sindiran jurucakap ini sangat memeluatkan hati. Sikap beliau sama seperti tindakan media Indonesia yang lebih suka mengambil pendekatan konfrantasi berbanding diskusi. Sikap seperti ini memberi masalah bukan sahaja kepada hubungan peribadi rakyat kedua-dua negara malah berlanjutan kepada aktiviti ekonomi dan sosial.
Kewarasan sangat penting ketika berhadapan dengan krisis. Ia dapat mengendurkan sifat marah dan tidak rasional. Rakyat Malaysia telah lama dididik untuk bersikap lebih rasional dan waras apabila membuat tindakan. Justeru, Malaysia mendapatkan kemerdekaan melalui rundingan bukannya peperangan.
Berhadapan dengan negara jiran, semasa menjadi perdana menteri, Tun Dr Mahathir pernah ditanya bagaiamana strategi beliau berhadapan dengan keangkuhan Singapura. Jawabnya sangat jelas iaitu sama seperti melemahkan seekor singa. Caranya ialah menyiat kulit haiwan itu satu per satu supaya ia merasai sakit, akhirnya lemah dan mati.
Menghadapi media Indonesia dan rakyatnya yang sombong tidak ubah seperti kaedah di atas. Strategi ini hanya boleh dilakukan oleh pemimpin yang berfikir, cerdik dan berani menghadapi risiko. Kelemahan Indonesia ialah rakyatnya ramai yang miskin, daerah yang luas dan kawalan keselamatan yang sukar kerana sedang menghadapi masalah dengan Malaysia, Singapura, Australia dan Palau. Ekonomi negara dikuasai sepenuhnya oleh etnik Cina sementara pribumi merintih di negara sendiri. Kedudukan rasuah antara negara juga menunjukkan Indonesia kaya dengan korupsi.
Jika Indonesia menganggap Malaysia mengeksport pengganas kerana tindakan Noordin, bagaimana pula dengan perompak-perompak bangsa Indonesia yang kerap kali ditembak mati oleh Polis Malaysia? Bangsa Indonesia yang merompak ini datang menggunakan dokumen yang sah tetapi kehadirannya ke Malaysia adalah untuk merompak, mencuri dan membunuh. Apakah media Indonesia boleh menghalang rakyat Malaysia untuk merumuskan bahawa Indonesia sebuah negara yang mengeksport perompak di negara itu seperti mana mereka begitu bebal dan dungu untuk berbicara soal Tarian Pendet yang mendedah aurat dan sangat tidak menarik itu?
Indonesia akan terus bersengketa dengan jiran-jirannya jika masih mahu meneruskan konflik. Gunung berapi akan meletup, gempa bumi menggoncang pulau, pantai dibadai ombak. Alam diselimuti asap dan bukit disimbah banjir.
No comments:
Post a Comment