Apabila kita terlau selesa dan biasa dengan bantuan yang diterima, kita tentu berasa malas untuk berusaha memajukan diri.
Sikap sering menerima bantuan sama ada bantuan kewangan, subsidi, barangan keperluan hidup atau dalam perniagaan diberi pinjaman modal tanpa mahu berusaha, akhirnya akan merendahkan maruah diri.
Sesiapa sahaja dari kalangan kita yang cukup sifat-sifat fizikal, sihat mental dan waras, sebaik-baiknya berusaha sendiri untuk mengubah keadaan hidup ke arah yang lebih baik.
Bantuan daripada kerajaan khususnya hanya bersifat sementara, selebihnya terletak kepada usaha kita sendiri.
Ramai yang telah berjaya dan saya yakin kita boleh melakukan perubahan pada hari ini.
No comments:
Post a Comment