Buku bersiri Pantas Membaca menggunakan tulisan merah dan hitam bagi membezakan bunyi huruf dan suku kata. Buku Siri 1 mengandungi huruf a i o u e (pepet dan taling). Pendekatan pengajaran yang menggunakan kaedah fonetik dirasakan lebih mudah berbanding ejaan konvensional kerana ada gambar dan anak-anak dapat bezakan bunyi berdasarkan warna tadi.
Buku Siri 1 sangat bagki anak-anak yang baru belajar membaca kerana bacaan yang sangat ringkas dan mudah diingat. Namun ibu bapa atau guru harus sabar kerana anak-anak kerap minta diulang ejaan.
Sesi pengajraan akan lebih menarik jika ibu bapa menggunakan kad imbas dan mengajar bagaimana hendak menggabungkan bunyi huruf. Contohnya i...ni. Jika menggunakan kad imbas, kaedah gabungan dan bunyi akan lebih mudah diingat dan konsepnya boleh diaplikasi serta-merta.
Berbanding buku-buku lain di pasaran, boleh dikatakan buku ini membantu perkembangan membaca anak-anak dengan agak pantas terutama anak-anak yang tidak mengidap sebarang kesukaran membaca seperti masalah pendengaran, hiperaktif atau lembam.
Kelemahan buku ini ialah menggesa anak-anak mengingat semua huruf a e i o u sekali gus. Lebih baik jika dipecahkan untuk huruf yang selalu digunakan dalam bahasa Melayu iaitu a i u, kemudian barulah disusuli huruf yang lain pula.
Pengalaman saya mengajar menggunakan kaedah fonik, buku !1boleh dihabiskan dalam tempoh seminggu dan anak-anak tidak sabar hendak membaca buku 2.
No comments:
Post a Comment