Sunday, February 16, 2014

Kereta buatan Kemboja






Kemboja, negara kecil yang miskin namun mempunyai bakat yang hebat. Negara itu mengikut jejak langkah jiran-jirannya dengan mengeluarkan sebuah kereta elektrik kecil bernama Angkor.

Heng Development Company mengatakan kereta kecil ini digerakkan oleh kuasa elektrik. Angkor boleh dikawal oleh telefon pintar dan kad identiti frekuensi radio dan dilengkapi sistem GPS.

Angkor boleh dipandu 60 kilometer sejam telah dicipta oleh Nhean Phaloek.

Melihat kepada reka bentuk kereta ini, ia lebih cantik daripada Viva Perodua atau Savvy Proton. Ternyata pereka dari Kemboja lebih kreatif dan dapat memenuhi selera masa kini.


(Brunei Times, 16 Februari 2014)


 
Post a Comment