Tuesday, February 11, 2014

Romania lebih patriotik

 
 


Presiden Romania, Traian Basescu didenda sebanyak RM616 kerana memburukkan rakyatnya sendiri. Beliau mengatakan rakyat Romania adalah pemalas dan menyara hidup dengan mencuri.

Ada baiknya kita mengenali sedikit sebanyak tentang Romania untuk mengesahkan sama ada kenyataan Basescu itu benar ataupun tidak.

Romania pernah berada di bawah pentadbiran kerajaan Othmaniah dan menggunapakai nama “Romania” pada 1862. Negara ini terkenal kerana diktator Nicolae Ceausescu dijatuhkan pada tahun 1989. Romania menjadi anggota Kesatuan Eropah pada 2007.

Populasi Romania ialah 22 juta dengan entik Romania menjadi majoriti selain etnik Hungry dan Rusia. Masyarakat Turki masih ada di sana.

Kadar pengangguran ialah 5.6 peratus manakala penduduk di bawah paras kemiskinan ialah 22.2 peratus.

Ekonomi negara itu sangat bermasalah dan masih berhutang dengan Bank Dunia, Kesatuan Eropah dan Tabung Wang Antarabangsa. Pertumbuhan ekonomi di bawah satu peratus dan berhutang sebanyak $6.6 bilion pada 2011.

Malaysia dan Romania sangat berbeza dalam kemajuan pembangunan negara. Contohnya kadar pengangguran, Malaysia hanya tiga peratus dan penduduk di bawah paras kemiskinan cuma 3.8 peratus. Dalam erti kata lain, Romania sukar menandingi Malaysia.

Walaupun begitu, jati diri bangsa Romania sangat hebat. Masyarakat negara itu tidak membiarkan sesiapa sahaja mengkritik keadaan bangsa mereka. Keadaan ini amat berbeza dengan jati diri bangsa dan rakyat Malaysia. Ada seorang pemimpin politik yang bersungguh-sungguh mengkritik dan menghina bangsa lain dan mengejek negaranya sendiri. Beliau tidak pun berasa bersalah biarpun lebih 290 laporan polis telah dibuat.

Akhirnya, sebagai jawapan kepada penghinaan tersebut, kelompok yang dihina menyimbah darah ayam di atas gambarnya. Apakah mesejnya? Ia merupakan rasa marah yang membuak-buak dan tidak dapat dimaafkan lagi. Penghinaan ini amat berbekas dan gesaan supaya pihak polis mengambil tindakan semakin kuat.

Penghinaan kepada negara bukannya perkara mudah dan perlu lepas tangan kerana ia melibatkan kesetiaan dan sanjungan. Ia juga tidak perlu dikaitkan dengan “jenaka politik” kerana maruah negara lebih penting daripada individu.

Sebaiknya ahli politik ini didenda sepertimana kerajaan Romania mendenda presiden negaranya.

No comments:

Post a Comment