Monday, February 10, 2014

201 great ideas for your small business




Penulis: Jane Applegate
Tahun: 2011
Penerbit: John Wiley & Sons, Inc., New Jersey, USA.
Muka Surat: 316

Di sebalik timbunan hutang, dua peperangan dan defisit perdagangan, Amerika Syarikat masih menjadi negara terbaik untuk bisnes kecil.

Kekuatan ekonomi negara itu adalah paling hebat setakat ini. Pengaliran tunai yang pantas, kemunculan teknologi, harga peralatan dan hartanah masih murah. Peningkatan bakat juga hebat.

Justeru buku ini memberi panduan kepada usahawan untuk membina semangat dan hala tuju dalam bisnes. Ia menjadi panduan bagaimana mencipta kejayaan kerana tidak ada teori malah semuanya kisah benar dalam bisnes.

Penulis bergerak ke seluruh Amerika untuk berjumpa dengan usahawan dalam pelbagai latar belakang- butik, kraftangan, kerja sambilan dan promoter.

Setiap tahun seramai 500,000 rakyat Amerika memulakan bisnes sendiri. Duduk di kafe dan menjadikan internet sebagai penghubung, mereka membeli domain laman sesawang, memesan barang dan membuka akaun bank. Seterusnya mempromosi produk melalui Facebook dan Twitter.

Buku ini merupakan saluran agihan untuk idea yang hebat dalam bisnes. Banyak pandangan dan nasihat yang menjadikan kandungan buku ini menarik untuk dibaca seperti Michael Bloomberg, Kay Koplovitz dan Tom Peters.

No comments:

Post a Comment