Monday, February 17, 2014

Asbabun Nuzul






Penulis: Imam Jalaluddin As Sayuthi
Tahun: 2011
Penerbit: Victory Agencie, Kuala Lumpur.
Muka Surat: 942

Asbabun Nuzul atau sejarah turunnya ayat-ayat al-quran adalah antara kitab yang terkenal dalam kalangan mereka yang mendalami Islam. Kitab in menceritakan tentang latar belakang turunnya ayat-ayat al-quran berlandaskan hadis Rasulullah saw melalui para perawinya.

Dengan mengetahui latar belakang peristiwa penurunannya, kita akan mendapat gambaran yang lebih mendalam tentang isi kandungan al-quran. Latar belakang peristiwa turunnya ayat-ayat al-quran akan memberikan bahan yang penting dalam usaha mentafsirkan ayat-ayat itu.

Buku ini sangat sesuai dibaca oleh mereka yang agak sibuk dengan kerja seharian dan tidak berkesempatan menghadirkan diri dalam majlis tafsir dan sebagainya. Bagaimanapun memahami al-quran dengan berguru adalah lebih praktikal/


 
Post a Comment