Ramai yang mengeluh kerana hidup susah. Memanglah sesiapa pun tidak boleh kata kehidupan ini sesuatu yang mudah tetapi satu-satunya cara untuk keluar daripada masalah ialah dengan rajin bekerja.
Buatlah apa-apa kerja yang boleh memudahkan kehidupan.
Apabila kita sedar bahawa rajin bekerja adalah penyelesaian kepada hidup yang susah ini, kita akan berhenti merungut kerana rungutan tidak akan selesaikan masalah, tidak akan jadikan kita orang senang.
Ada orang yang terlalu memilih kerja sehingga setahun masih belum mendapat kerja. Ada orang yang bekerja apa sahaja sementara mencari kerja yang lebih sesuai dengan kelayakan akademik.
Maknanya, lebih baik bekerja daripada tidak bekerja atau menganggur.
No comments:
Post a Comment