Penulis: Arthur C. Brooks
Tahun: 2009
Penerbit: Pearson Education, Inc., New Jersey, USA.
Muka Surat: 188
Ekonomi Amerika Syarikat dan dunia sedang menuju ke arah keusahawanan dengan pertambahan golongan kaya. Pertumbuhan ekonomi tidak lagi bergantung atau semakin kurang bergantung kepada firma-firma lama sebaliknya lebih banyak ditentukan oleh syarikat-syarikat baru yang dapat memenuhi keperluan semasa.
Prinsip yang sama diguna pakai dalam sektor sosial biar pun peluang-peluang sosial tidak menjadi taruhan yang jelas kepada pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Kemahiran dan budaya keusahawanan dapat mengatasi masalah sosial dan keperluan yang tidak dapat dipenuhi melalui proses transformasi pembentukan peluang dalam pembinaan nilai sosial.
Malangnya, latihan profesional dan pembangunan material dalam bidang ini (keusahawanan sosial) tidak seiring dengan peluang-peluang ini. Kebanyakan kursus dan buku-buku teks dalam keusahawanan hanya menawarkan sedikit bantuan kepada mereka yang mahu meneroka bidang di luar tradisi ini. Sebaliknya peralatan atau material dalam pengurusan kesukarelawan dan pertubuhan tidak berasas keuntungan semakin berkembang dari bersifat akademik kepada keusahawanan.
Generasi baru keusahawanan sosial perlu berupaya menyesuaikan diri dengan kelebihan dalam pemikiran keusahawanan melepasi halangan tradisi dalam pengkomersialan. Usahawan sosial mesti memahami persamaan antara apa yang mereka sedang lakukan dengan aktiviti keusahawanan yang bersifat keuntungan.
Bagaimanapun mereka berhadapan dengan isu untuk menentukan faedah-faedah sosial seperti sumbangan sumber-sumber yang dimiliki dan mengetahui maksud “kejayaan” dalam persekitaran tanpa keuntungan.
Buku ini menawarkan kefahaman terhadap pedagogi keusahawanan yang diajar di sekolah-sekolah pengurusan bersama pengajaran terkini dalam pengurusan awam dan tanpa keuntungan. Buku ini juga boleh menjadi rujukan kedua dalam kursus pengurusan tanpa keuntungan, kepimpinan tanpa keuntungan atau keusahawanan komersial.

No comments:
Post a Comment