Helang sanggup susah untuk hidup lebih lama |
Ketika mencecah usia 40-an, burung helang mesti membuat tindakan untuk terus hidup selama 30 tahun yang akan datang.
Jika tidak bertindak, helang akan mati kelaparan atau melalui proses perubahan yang sangat menyakitkan selama 150 hari. Proses ini bermula dengan helang terbang ke puncak atau dinding bukit untuk mematahkan paruhnya.
Cuba kita bayangkan bagaimana helang menahan sakit untuk menunggu paruhnya patah dan terpaksa pula menunggu untuk tumbuh paruh yang baru.
Proses kedua, helang perlu mencabut kukunya yang sudah tua, lemah dan tidak kuat. Ia juga mengambil masa untuk tumbuh semula.
Ketiga, proses yang sangat menyakitkan iaitu mencabut bulu, proses ini mengambil masa lima bulan.
Ketiga-tiga proses ini amat menyakitkan dan mesti dilalui supaya helang dapat hidup dengan kuat untuk tempoh 30 tahun yang akan datang. Untuk berjaya dalam apa juga usaha, kita mesti bersusah-payah terlebih dahulu kerana kejayaan hanya dapat diraih dengan berusaha.
No comments:
Post a Comment