Sangat sesuai untuk mengatasi masalah sistem pernafasan yang dicirikan oleh batuk yang tercungap-cungap, kering dan kejang, hilang rasa haus, menggigil, muntah dan hidung berdarah. Batuk bersambung-sambung hingga sesak nafas, bau busuk. Sakit dada dan menekan perut ketika batuk. Ia juga digunakan untuk perkembangan tulang, sakit tulang, kuku dan suara serak. Biasanya pesakit tidak cukup rehat, bimbang, susah beri perhatian atau insomnia. Simptom-simptom semakin teruk selepas tengah malam, berbaring, berbual-bual atau menyanyi.
Fikiran: Tidak memberi perhatian, kecewa dan sedih.
Kepala: Sakit menekan-nekan di dalam kepala terutama dalam dahi dan di kawasan tulang pipi yang sakitnya mengarah keluar. Rasa seperti luka di kulit pelipis kanan.
Mata: Anak mata terbuka luas; panas menyucuk-nyucuk di bawah biji mata kiri.
Hidung: Kerap bersin tanpa mendapat selesema.
Muka: Panas dan merah.
Mulut: Banyak air liur.
Perut: Kerap tersedu. Air liur banyak dalam mulut kerana senak perut. Muntah semasa badan sejuk.
Hipokondria: Kedua-dua hipokondria mengecut, cenderung batuk-batuk; mesti disokong dengan tangan semasa batuk.
Kencing: Kerap rasa hendak kencing tetapi sedikit apabila kencing; beberapa titik sahaja.
Pernafasan: Rasa lebam di dalam tekak semasa menyedut nafas. Suara sangat perlahan dan serak-serak. Tidak selesa (menyeksakan) dengan setiap ucapan menyebabkan tekak sakit tetapi tidak rasa sesak nafas. Dada dan kerongkong lebih teruk kerana bercakap atau bersuara. Batuk tiba-tiba sebabkan susah hendak bernafas. Batuk sebelah malam; sejurus selepas tidur; terjaga pukul 2 pagi. Batuk yang kering dan kekejangan, cenderung hendak muntah. Batuk disertai kahak yang berdarah. Anak tekak kasar, gatal dan rasa kering termasuk lelangit mulut, sebabkan batuk-batuk dengan kahak kekuningan, suara ‘bass’ dengan dada rasa seperti ditekan kalau berbual-bual dan berdehem. Dada rasa menyucuk-nyucuk semasa batuk dan bernafas.
Kakitangan: Rasa lemah dan lebam-lebam; kebas/lumpuh. Sendi berdenyut-denyut dan teruk apabila bergerak. Bahu kanan menyentak-nyentak semasa rehat. Sendi penyambung pada pinggul dan paha susah hendak digerakkan, terasa sakit dalam buku lali semasa berjalan. Betis kanan rasa dipotong-potong apabila duduk, hilang apabila berjalan. Sakit menyiat-nyiat dalam buku lali kanan seperti tergeliat ketika berjalan.
Umum: Seluruh badan rasa lemah, mata dan pipi sengkung. Menyucuk-nyucuk, panas terbakar dalam kulit. Demam dengan menggigil seluruh badan, muka panas, tangan sejuk.
Melarat: Selepas tengah malam; berbaring; berbual-bual; menyanyi.
Saturday, February 27, 2010
Friday, February 26, 2010
1Malaysia ke arah memupuk perpaduan (3)
Dasar kerajaan dan perkaitannya
Kerajaan meletakkan perpaduan rakyat sebagai keutamaan apabila menggubal sesuatu dasar kerana kestabilan negara ini sangat bergantung kepada perpaduan. Ia juga menentukan ekonomi negara boleh dipacu dalam masa yang pantas. Antara dasar kerajaan yang menekankan perpaduan ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pendidikan Negara, Dasar Kebudayaan Negara, Dasar Bahasa Kebangsaan, Rukun Negara dan Wawasan 2020. Artikel ini akan menghuraikan satu per satu pelaksanaan dasar-dasar ini yang menjadikan perpaduan sebagai elemen utama semasa penggubalannya.
Selepas kejadian rusuhan etnik 1969, kerajaan menyedari wujudnya jurang sosioekonomi di antara etnik yang luas dan longgarnya ikatan kewarganegaraan dalam kalangan rakyat pelbagai budaya. Pihak kerajaan telah melaksanakan dua dasar utama setelah politik negara kembali stabil, iaitu, Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara. Dasar Ekonomi Baru mempunyai beberapa penekanan bermula dengan membasmi kemiskinan, menyusun semula struktur ekonomi agar perkerjaan tidak bercirikan batas etnik dan mewujudkan masyarakat industri dan perniagaan bumiputera. Manakala kontrak sosial negara yang termaktub dalam perlembagaan diolah kembali melalui Rukun Negara agar dapat dijadikan prinsip dan pegangan hidup rakyat Malaysia. Demi membina masyarakat bersatu padu, skim Rukun Tetangga telah dilancarkan 1975 untuk membina perhubungan etnik di peringkat masyarakat melalui skim rondaan dan konsep muhibah.
Dasar Ekonomi Baru
Dasar Ekonomi Baru umpamanya telah dirangka berikutan daripada peristiwa 13 Mei 1969. Diperkenalkan pada tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) untuk membaiki dan meningkatkan tahap sosioekonomi masyarakat (Yusuf Ismail & Khayati Ibrahim, 1993). Dasar ini mengambil masa selama 20 tahun yang merangkumi Rancangan Malaysia berikut :
1. Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975)
2. Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980)
3. Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985)
4. Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990)
Matlamat utama Dasar Ekonomi Baru ialah pengurangan kemiskinan luar bandar dan bandar bagi semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa. Pada tahun 1969-1970, telah jelas kepada kerajaan bahawa keadaan hidup orang Melayu ketika itu amat daif dan miskin khususnya di luar bandar. Kemiskinan dengan sendirinya telah menimbulkan ketegangan di antara golongan yang miskin dan kaya tanpa mengira kaum. Rancangan pembangunan negara yang telah dijalankan oleh kerajaan sebelum ini tidak berjaya mengatasi masalah ketidakseimbangan ekonomi dalam kalangan penduduk walaupun negara secara keseluruhannya telah mencapai kemajuan dalam bidang ekonomi.
Strategi yang digunakan bagi menyusun semula masyarakat ialah pengurangan secara muktamad ketidakseimbangan ekonomi mengikut kaum yang bermaksud, (i) pendapatan (ii) guna tenaga, dan (iii) kekayaan (Just Faaland,2002). Usaha-usaha dicapai melalui beberapa projek iaitu:
1. Membuka dan mengadakan peluang-peluang pekerjaan pada kadar yang mencukupi bagi mengurangkan kadar pengangguran seterusnya mencapai aras guna tenaga yang penuh.
2. Menambahkan kemudahan bagi meningkatkan pendapatan dan produktiviti semua golongan orang miskin sama ada di luar bandar atau kawasan bandar menerusi peluang-peluang kemahiran, tanah, modal dan sebagainya.
3. Mewujudkan institusi baru dan mengubahsuaikan institusi yang sedia ada supaya pemindahan antara sektor dan intra sektor dapat dipercepatkan bagi mewujudkan kegiatan daya pengeluaran tinggi. Kaedah ini dapat mempercepatkan golongan miskin untuk bergiat aktif dalam bidang perindustrian dengan lebih produktif.
4. Meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar dengan memodenkan infrastruktur asas seperti bekalan air dan elektrik, perumahan, jalan raya, kemudahan komuniti dan kegiatan masyarakat.

Thursday, February 25, 2010
1Malaysia ke arah memupuk perpaduan (2)
Apabila kumpulan-kumpulan etnik boleh hidup bersama dalam satu jangka masa yang panjang, mereka mungkin bergerak ke arah penyatuan kumpulan, terus mengekalkan perbezaan atau membesar-besarkan perbezaan di atas. Masyarakat pelbagai etnik yang sedemikian mungkin sedang menuju ke arah integrasi atau pemisahan melalui proses asimilasi atau pemajmukan.
Konsep yang paling utama ialah kumpulan etnik dan ras.
Ciri-ciri kumpulan etnik
Kumpulan atau kategori etnik digunakan untuk merujuk secara asasnya kepada warisan sosiobudaya seseorang itu. Antara ciri konsep etnik ialah budaya, adat, bahasa, agama, negara asal, dan lain-lain. Kumpulan etnik ialah kumpulan yang ahlinya memiliki satu set ciri sosiobudaya yang tersendiri ini.
Melvin Tumin mentakrifkan kumpulan etnik sebagai ‘satu kumpulan sosial yang wujud dalam satu sistem sosial dan kebudayaan yang besar dengan menuntut atau diperakui dengan status istimewa dari segi satu ciri etnik yang kompleks yang ditonjolkan atau dipercayai ada memilikinya’.
Mengikut J. Milton Yinger pula satu kumpulan wujud dalam erti kata sebenar apabila ‘satu segmen dari masyarakat besar dilihat oleh orang lain sebagai berbeza dengan beberapa kombinasi dalam ciri-ciri berikut - bahasa, agama, ras dan negara nenek moyang bersama adat dan kebudayaan yang berkaitan; ahli-ahli kumpulan ini pun melihat diri mereka sedemikian, dan mereka melibatkan diri dalam kegiatan yang dikongsi bersama berdasarkan asal usul keturunan atau kebudayaan yang sama (sebenar atau buatan)’. Pandangan Yinger ini ada kaitan dengan pemerhatian umum semenjak dulu kala yang memperlihatkan ahli-ahli keluarga sering kali serupa satu sama lain dari segi rupa paras dan tingkah laku jika dibandingkan dengan mereka yang tiada ikatan keluarga.
Ciri-ciri kumpulan ras
Pada hari ini, kumpulan atau kategori ras dirujukkan kepada warisan fizikal diri seseorang itu seperti warna kulit, bentuk rambut, bentuk muka, dan lain-lain.
Konsep ‘ras’ dari perspektif biologi tidak begitu diutamakan oleh sarjana sains sosial. Perspektif sedemikian dipentingkan oleh sarjana biologi dan antropologi fizikal. Dari perspektif sosiologi, kumpulan ras secara sosial didefinisikan sebagai satu kumpulan yang dilihat oleh ahli-ahli kumpulan itu dan orang lain sebagai kumpulan manusia yang memiliki ciri-ciri biologi yang tersendiri, tanpa mengira sama ada mereka itu sebenarnya merupakan satu kumpulan biologi yang tersendiri atau tidak.
Definisi perpaduan
Perpaduan ditakrifkan sebagai gabungan dua atau lebih unsur, elemen atau bahagian untuk menjadi satu. Dalam konteks negara, perpaduan ialah gabungan kumpulan etnik untuk bernaung di bawah satu bendera, menggunakan satu bahasa dan satu budaya. Kesetiaan adalah nilai yang diutamakan apabila masyarakat pelbagai etnik ini bersetuju untuk membentuk sebuah negara.
Dalam mesyuarat panel penasihat perpaduan negara 1992, perpaduan di Malaysia ditakrifkan sebagai ‘satu keadaan di mana rakyat dari pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang penuh kepada identiti kebangsaan berlandaskan kepada Perlembagaan dan Rukunegara’.
Di Malaysia, integrasi adalah lebih signifikan berbanding asimilasi kerana setiap etnik utama membentuk peratusan penduduk yang besar. Justeru asas kepada perpaduan ialah integrasi di mana setiap etnik bergerak ke arah penyesuaian diri, bertolak ansur dan dalam sesetengah keadaan terpaksa melupakan pengenalan atau identiti etniknya. Mereka juga digalak untuk melupakan asal usul negara masing-masing demi kepentingan bersama di negara baru. Peranan integrasi ialah memupuk persefahaman, membina toleransi dan harmoni serta meningkatkan kerjasama menang-menang dalam menguruskan negara.
Sehingga kini integrasi dilihat membawa banyak kejayaan kepada Malaysia kerana dapat menguruskan kepelbagaian etnik yang membantu mempercepatkan proses kemodenan negara. Selepas 13 Mei 1969, tidak ada konflik besar yang berasaskan perkauman kerana wujudnya persefahaman yang kental khususnya di kalangan pemimpin kaum dan keberkesanan agensi penguatkuasa mengekang rebakan api perkauman.
Bagi menilai pelaksanaan ke arah perpaduan rakyat Malaysia, dua petunjuk diambil kira untuk menggambarkan proses integrasi dan tahap toleransi iaitu dasar kerajaan dan perkaitannya dan perkara yang tidak berkaitan dengan dasar kerajaan.

Wednesday, February 24, 2010
1Malaysia ke arah memupuk perpaduan (1)
Perpaduan adalah syarat kepada kestabilan sesebuah negara. Sama ada kecil atau besar negara berkenaan, mengurus perpaduan rakyat berbilang kaum mesti diberi keutamaan dan peruntukan yang besar untuk dicapai. Jika tidak, keadaan yang berlaku pada 13 Mei 1969 mungkin berlaku, baik pada Malaysia atau negara-negara lain yang memiliki ciri-ciri yang sama.
Sejarah perpaduan rakyat Malaysia bermula sebaik sahaja mencapai kemerdekaan daripada British. Struktur ekonomi, politik dan sosial negara kita diwarisi sepenuhnya daripada penjajah. Kemasukan beramai-ramai pekerja asing dari China dan India seterusnya menjadi warganegara telah memberi implikasi kepada polarisasi penduduk. Agihan penempatan penduduk ini ditentukan oleh British yang mempastikan Cina berada di bandar, Melayu di kampung dan India di estet. Struktur susunan begini adalah untuk mempastikan pelaksanaan dasar ‘pecah dan perintah’ bergerak selari dengan aspirasi mereka bagi mengelak pemberontakan, meraih sumber ekonomi dan penguasaan berterusan ke atas penduduk berbilang kaum. Kesan dasar ini berterusan sehingga Malaysia mencapai kemerdekaan.
Kewujudan pelbagai etnik seperti Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban serta hampir 200 etnik yang lain dengan agama, budaya dan adat resam berbeza memberi tekanan kepada pembuat polisi untuk membentuk satu mekanisme ke arah perpaduan yang tulen. Selain berpisah dari segi agama dan etnik, sempadan negeri dan wilayah juga menyukarkan proses perpaduan dilaksanakan dengan cepat. Masyarakat Melayu sahaja berpecah kepada negeri-negeri yang memiliki loghat bahasa dan adat tradisi yang berbeza. Melayu di utara Semenanjung Malaysia memiliki dialek bahasa sendiri yang berbeza dengan Melayu di Kelantan atau Terengganu. Perbezaan ini membawa sekali perbezaan budaya namun dapat dikawal oleh kesatuan akidah iaitu Islam. Jadi perbezaan cara hidup dan budaya tidak begitu ketara.
Masyarakat Cina juga mempunyai masalah yang sama kerana hidup dan kesukuan. Setiap suku sentiasa bersaing untuk menonjolkan kumpulan masing-masing, bersaing dalam ekonomi dan berusaha meningkatkan status sosial dalam kalangan masyarakat. Suku Fu Cheow, Hokkien atau Hakka sentiasa bersaing untuk menjadi jaguh masyarakat. Mereka juga dikenali dengan penguasaan sesuatu daerah atau jenis perniagaan. Masyarakat Cina di Malaysia menganut pelbagai jenis agama seperti Buddha, Kristian, Islam dan Hindu.
Masyarakat India masih terikat dengan kasta biar pun tidak jelas penkastaan berkenaan. Pengelompokan penempatan berdasarkan kasta ini tidak begitu diketahui dan ia juga tidak ditonjolkan dalam masyarakat Malaysia. Etnik India di Malaysia beragama Hindu, Kristian dan Islam.
Usaha ke arah perpaduan rakyat berbilang etnik di Malaysia mesti mengambil kira kepelbagaian dari segi etnik, agama, bahasa, suku kaum, budaya, adat tradisi dan sentimen kenegerian. Walau bagaimanapun terdapat keyakinan bahawa kepelbagaian ini dapat membina kekuatan kepada negara kerana kelompok etnik ini dapat diintegrasikan dalam sebuah masyarakat berlandaskan ciri-ciri keMelayuan.

Tuesday, February 23, 2010
Menyemai impian yang membara
Apabila Arnold Schwarzenegger ditanya apakah yang menyebabkannya berjaya sebagai ahli bina badan profesional, dia menjawab sepatah perkataan: impian.
Sebahagian besar kejayaan bermula dengan idea tetapi yang menjadikannya sebuah realiti ialah impian yang ada di dalam diri. Idea hanya dapat memberi keinginan sementara tetapi membakar impian dapat melepas semua halangan.
Fikirkan sebentar matlamat yang anda telah tetapkan. Apakah anda benar-benar hendak merealisasikannya? Apabila anda memberi 100 peratus komitmen untuk mencapai cita-cita tersebut, anda sedang bergerak daripada harapan kepada realiti. Dengan pendekatan yang betul, sesiapa sahaja dapat menyuburan impian ke arah komitmen yang menyeluruh.
Jadi, bagaimana hendak menyemai impian yang membara ini? Ada enam langkah yang anda boleh lakukan.
1. Mulakan dengan niat
Jika anda benar-benar ingin menjadikan usahawan sebagai pilihan yang terbaik, anda boleh mula memberi komitmen untuk menyediakan diri dan masa sebagai usahawan.
Dalam buku The Art of War, Sun Tzu menyatakan askar-askar berperang dengan bersungguh-sungguh jika mereka menyedari berperang adalah untuk mati. Jika anda benar-benar ingin menunaikan niat, anda mesti bersedia untuk bekerja bersungguh-sungguh.
2. Penuhi fikiran anda dengan impian
Katakan anda sangat berhajat untuk memulakan bisnes mobile income melalui SMS. Dapatkan poster yang memaparkan mereka yang telah berjaya, lekatkan di tempat strategik di rumah atau pejabat anda, cari maklumat di preview atau seminar yang dianjurkan, seterusnya tumpukan usaha anda dengan berbincang tentang kejayaan bisnes tersebut dengan mereka.
3. Berkawan dengan orang yang berfikir positif
Kongsi matlamat anda dengan mereka yang akan membantu merealisasikan impian anda, bukannya meruntuhkan semangat anda. Elakkan pengkritik atau pelemah semangat kerana mereka ingin melihat anda berputus asa dan sengsara. Berkawan dengan mereka yang bersemangat, inginkan kejayaan dan kemakmuran kewangan sangat berbeza. Pengaruh mereka umpama besi berani yang akan menarik seluruh pemikiran dan tindakan anda kepada kejayaan kewangan yang sebenar.
Seterusnya mula rapatkan diri anda sebagai ahli dewan perniagaan atau kelab usahawan berjaya. Buatlah apa sahaja usaha yang dapat membantu menambah rakan-rakan dalam senarai bisnes anda. Salah satu kegagalan usahawan ialah mereka lebih banyak bercakap dengan pekerja, bukannya dengan tuan punya bisnes. Pemikiran boleh berjangkit, jadi peruntukkan masa anda dengan mereka yang mempunyai pemikiran yang berjangkit ini.
4. Isikan minda anda dengan maklumat yang bertenaga setiap hari
Buku-buku inspirasi dan motivasi serta program audio video adalah sumber terbaik untuk menyemai impian anda. Jika mahu menjadi usahawan dengan bisnes berjuta-juta, mulakan sedikit demi sedikit, tingkatkan semangat dan rangsang diri anda dengan membaca buku-buku tulisan pakar motivasi terkenal seperti Anthony Robbins, Zig Ziglar tetapi jangan lupa untuk membaca kitab suci al-quran setiap hari kerana inilah sumber tenaga motivasi utama anda.
Hadir seminar, berkongsi cerita dengan mentor anda (kalau ada) dan bergambar dengan usahawan yang memenangi anugerah di peringkat kebangsaan supaya impian anda sentiasa membara. Pastikan setiap hari anda mendengar kata-kata motivasi atau membaca buku inspirasi selama 10 hingga 15 minit tanpa terlepas.
Kalau ingin membuka bisnes kopi, dapatkan buku Pour Your Heart Into It oleh Howard Schultz, CEO Starbuck. Dia sangat berminat dengan kopi dan mahu merealisasikan impiannya.
5. Gantikan pemikiran negatif dengan positif
Pastikan maklumat yang anda proleh melalui proses membaca, dengar dan tonton televisyen serta memerhati orang lain memberi tindak balas positif kepada sikap anda. Jika anda ingin menonton televisyen, dapatkan filem yang memberi idea dan semangat, elakkan tragesi, cerita hantu atau konflik. Cari filem komedi, uruskan meja anda kerap bermain dengan kanak-kanak. Dengar muzik yang memberi kekuatan daya fikir dan merangsang impian anda.
6. Bertindak segera
Sekali anda menetapkan matlamat, bertindak serta-merta kerana matlamat cepat berubah. Bina pelan perancangan, kenal pasti halangan dan bergerak ke arah matlamat anda. Kekalkan momentum motivasi di dalam diri anda setiap hari dengan doa, ikhtiar, usaha dan tawakkal. Insya Allah, kejayaan anda di dalam bisnes akan menjadi kenyatan.
Jika anda mempunyai cukup tenaga-tenaga positif yang masuk ke dalam pemikiran, kekuatan dalaman dan luaran bersedia untuk menerobos semua halangan. Petua-petua berniaga seperti memulakan bisnes pada awal pagi, mengutamakan solat apabila masuk waktu, kerap mengerjakan solat dhuha dan banyak bersedekah dapat membantu melonjakkan rezeki anda kelak.

Monday, February 22, 2010
Jenayah buang bayi salah siapa?
Oleh Diyana Rose Kamalludeen
Apa yang tidak kena dengan masyarakat kita apabila bayi dibuang sesuka hati dan ia kian menjadi-jadi? Kes demi kes membabitkan insan tidak berdosa dan tidak mengerti apa-apa ini seolah-olah memberi gambaran masyarakat kita yang kononnya berbudaya, bertatasusila dan berbudi bahasa sebenar kejam serta tidak berperikemanusiaan.
Bagi masyarakat luar, tanggapan itu pasti terlekat diminda mereka apabila membaca kisah-kisah tragis membabitkan bayi yang baru lahir di negara ini.
Malah perbuatan kejam dan gila itu mudah sangat dilakukan. Bayi boleh dibuang di mana-mana.
Dalam tandas sekolah, longkang, tong sampah dan depan masjid dan surau. Apa yang ditinggal mati dengan penuh siksa kerana kelaparan atau digigit haiwan dan serangga. Ada pula yang dibunuh sebelum dibuang. Malah ada yang dibakar.
Semua ini memberi gambaran betapa kejamnya segelintir rakyat Malaysia. Tetapi siapa yang harus dipersalahkan? Ke mana jari hendak dituding?
Adakah beban kesalahan ini perlu ditanggung oleh kerajaan semata-mata?
Hakikatnya gejala ini sukar dibendung. Ia boleh berlaku pada sesiapa sahaja. Anak sesiapa sahaja boleh terlibat dengan perbuatan keji ini. Membaca kenyataan itu mungkin ada yang 'singsing lengan' kurang setuju.
Jawapannya, tidak mustahil. Umum mengetahui seks bebas bukan lagi eksklusif kepada pekerja seks dan bohsia sahaja.
"Pelajar sekolah tanpa segan silu mengakui berpasangan. Bermula dengan pegang tangan, 'ringan-ringan' seterusnya bercium.
"Bagi mereka tidak ada dara bukan satu masalah sebab semua orang melakukannya," kata Pengarah Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah, Rosmawati Zainal.
Jadi, tidak hairan majoriti gadis-gadis remaja seawal usia 13 tahun sudah melakukan seks kasual dengan pasangan mereka.
Lebih mengejutkan, ada yang mengakui pernah tidur dengan empat lelaki walaupun baru melangkah ke Tingkatan Satu. Jumlah itu meningkat kepada 20 lelaki walaupun gadis terbabit belum pun menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Menurut Rosmawati, rata-rata gadis remaja terlalu bergantung harap pada lelaki. Si lelaki pula menabur cinta demi mendapat habuan seks.
Bagi gadis itu pula, mereka menyerahkan segalanya atas dasar cinta sejati.
"Bila ditanya, dia enggan berkahwin dengan teman wanita yang hamil itu. Tidak kurang juga lelaki yang gembira teman wanita itu hamil kerana dapat kahwin percuma," katanya.
Antara punca gejala itu kata Rosmawati, mangsa terlalu mentah untuk memahami erti cinta yang sebenar dan risiko 'pengorbanan' mereka.
Mangsa kebodohan sendiri
Perkara ini diakui sendiri oleh mangsa bahawa mereka terperangkap kerana kebodohan sendiri. Mudah termakan pujuk rayu lelaki, sama ada dikenali atau tidak.
Pengakuan ini didedahkan melalui kompilasi kisah benar terbitan JIMedia keluaran dua tahun lalu. Ia membongkar pengalaman mangsa-mangsa hamil luar nikah yang menjalani pemulihan di Raudhatus Sakinah. Pusat ini dikendalikan oleh Biro Wanita Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia (JIM).
Menerusi antologi bertajuk Ku Temui Jalan Pulang itu, ramai antara mangsa merupakan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT). Ada yang daripada jurusan perubatan, undang-undang, ekonomi malah syariah. Lebih menyedihkan ada kalangan mangsa merupakan anak solehah yang tidak aktif bersosial apatah lagi bergaul bebas dengan lelaki, jauh sekali terbabit zina.
"Anak boleh menjadi malaikat di depan ibu bapa, tetapi bertukar corak apabila berada di luar. Seks bebas tidak semestinya melibatkan remaja rosak akhlak saja," katanya.
Dalam fikiran mereka hanyalah kebebasan yang selalunya diberikan oleh ibu bapa sendiri akibat beranggapan anak sudah besar dan pandai menjaga diri.
Mangsa juga tidak mempunyai pengetahuan mengenai hubungan seksual dan risiko yang bakal dihadapi seperti hamil.
Sebab itu tidak ada langkah pencegahan ketika melakukan hubungan seks. Apabila seks sudah jadi 'keperluan' sudah tentu terlalu sukar untuk ditinggal.
Pendekatan holistik
Disebabkan terlalu banyak faktor yang boleh menjurus kepada kerosakan akhlak, maka kesalahan tidak boleh diletakkan pada bahu anak-anak remaja ini sahaja.
Pengerusi Raudhatus Sakinah Selangor, Yusnani Abdul Hamid mendedahkan, apabila mengetahui anak gadis mereka hamil ibu bapa dengan mudah menyalahkan sekolah atau IPT.
Pihak sekolah dan IPT pula akan menuduh ibu bapa terlalu liberal sehingga tidak menyedari perubahan fizikal anak sendiri.
Wanita JIM berpandangan, pendekatan lebih pragmatik, serius dan holistik harus segera dilaksanakan dalam menangani isu seks bebas atau seks luar nikah yang menjurus kepada pembuangan bayi.
Justeru, pihaknya menekankan aspek pencegahan dan rawatan secara serentak. Semua pihak perlu terlibat dan memainkan peranan dalam proses ini bermula dengan ahli keluarga.
Di awal peringkat pemulihan Raudhatus Sakinah, ibu bapa si gadis dan teman lelaki (jika dapat dikenal pasti) akan dibawa masuk dalam sesi interaksi dan soal jawab agar semua jelas dengan permasalahan sebenar.
Ini membolehkan punca kejadian dikenal pasti. Sama ada bermula dari rumah atau sebaliknya sehingga mendorong remaja terbabit membelakangi keluarga dan sanggup mengorbankan masa depan sendiri.
Melalui cara itu, program pencegahan dirangka untuk memastikan remaja terbabit tidak lagi terjerumus dengan zina dan mampu kembali menjadi insan yang berguna kepada masyarakat.
"Tetapi ramai takut untuk menyertai masyarakat semula kerana bimbang tidak akan diterima disebabkan latar belakang hitam mereka.
"Hal ini melibatkan pula peranan masyarakat setempat yang tidak lagi boleh menghakimi atau melabel remaja rosak akhlak sebagai 'tidak berguna'," ujarnya.
Itulah cabaran yang ditempuhi Raudhatus Sakinah dalam usaha membantu gadis-gadis malang tersebut mendapat hidayah dan kembali ke pangkal jalan.
(Utusan Online, 22/2/2010)

Saturday, February 20, 2010
Hamamelis
Bertindak pada sistem darah tanpa oksigen (venous) di saluran darah yang sebabkan keradangan, kesesakan, tumpah darah dan mendatangkan kecederaan. Bahagian utama ialah saluran dubur dan organ pembiakan. Simptom-simptom yang jelas ialah rasa lenguh kerana penyakit urat biru seperti simpul biawak dan rheumatik, saluran darah menjadi biru, tumpah darah dari mana-mana organ tubuh (contoh: kahak berdarah), pendarahan tanpa henti (hidung, buasir, paru-paru, tali perut), luka cedera yang berdarah, mental letih, mudah terganggu, lebam kerana cedera, mata kemerah-merahan. Bagi perempuan, Hamamelis digunakan untuk haid berdarah dan radang pada rahim.
Kepala: Tergamam (tanpa sedar); sakit kepala; bahagian kepala, tengkuk dan dahi rasa penuh.
Mata: Kurang darah merah kerana lebam. Radang pada iris, tumpah darah.
Hidung: Berdarah, rasa tekanan berkumpul dalam dahi, banyak darah; keluar perlahan-lahan, darah berwarna biru.
Mulut: Bengkak gusi, mudah berdarah. Darah biru.
Kerongkong: Tonsil; salur darah mengembang.
Perut: Muntah dengan darah gelap; terketar-ketar, lemah, sejuk, degupan jantung laju, berpeluh-peluh.
Najis: Sakit dan buasir berdarah. Dubur gatal-gatal. Darah gelap.
Kencing: Radang pada saluran kencing, susah hendak kencing. Kencing berdarah kerana ada masalah pada buah pinggang.
Seks lelaki: Sakit buah zakar berdenyut-denyut. Radang buah zakar, cenderung membengkak.
Seks perempuan: Rahim tumpah darah, darah merah terang, tidak bergumpal. Pendarahan antara haid, perlahan, darah biru. Otot-otot keling faraj mengecut. Ovari luka dan sakit.
Pernafasan: Batuk dengan darah, paru-paru ada masalah.
Kakitangan: Urat simpul dan ulser, rasa menyengat atau menyucuk-nyucuk. Radang salur darah di hujung-hujung jari kaki atau tangan. Kaki dan tangan serta anggota badan yang lain sangat lemah dan letih. Jari-jemari bengkak, merah, gatal dan menjadi kebiruan ketika cuaca sejuk.

Friday, February 19, 2010
Penglibatan dalam dakwah
Slogan yang sangat baik dan boleh menjadi inspirasi berdakwah ialah ‘baiki diri dan seru orang lain’. Sama ada untuk individu atau organisasi, ia boleh diguna pakai bagi menggerakkan usaha-usaha dakwah. Membantu diri perlukan persiapan dalam banyak perkara seperti pembinaan akhlak yang mantap, pengetahuan yang luas dan kemahiran berunding manakala menyeru orang lain lebih mudah jika memahami bagaimana jaringan sosial berfungsi.
Rasulullah saw menyeru masyarakat kepada Islam bermula dengan seorang diri diikuti orang-orang yang berada di sekitarnya. Kaedah ini lebih berkesan kerana ahli keluarga dan kenalan sangat mengetahui latar belakang dan peribadi baginda saw. Seterusnya dakwah Islam berkembang ke seluruh Semenanjung Arab dan di dunia Timur dan Barat.
Mustafa Mahsyur turut menyeru kepada dakwah dengan menggunakan slogan yang sama.
Apa yang akan terjadi jika juru dakwah hanya membaiki diri supaya lebih trampil? Jawabnya ialah tanpa menyeru orang lain, tidak akan muncul rasa keimanan dalam hati. Ia kaku dan pasif kerana dakwah bersifat dinamik serta memberi pengalaman kerohanian.
Hari ini dakwah telah menjadi fardhu ‘ain kerana kesedaran Islam dalam kalangan masyarakat khususnya golongan remaja dan belia semakin rendah. Wujudnya golongan mat rempit, bohsia, bohjan, punk dan sebagainya adalah kerana implikasi daripada pengabaian terhadap dakwah. Gerak kerja dakwah mesti direncanakan dengan sebaik-baiknya supaya golongan muda dapat merasai nikmat hidup di bawah naungan Islam. Institusi-institusi agama wajar melihat kembali strategi dakwah yang diguna pakai supaya kaedahnya selari dengan cabaran-cabaran masa kini.
Usaha-usaha dakwah amat berat jika dilakukan seorang diri. Justeru, bergerak secara kolektif adalah lebih baik dan berterusan kerana lebih banyak tenaga kerja dapat digemblengkan. Hari ini, komunikasi tidak menjadi masalah atau halangan kerana banyak alat telekomunikasi yang boleh dipilih. Masa depan dakwah bergantung pada kemahuan dan tindakan bijak juru dakwah.

Thursday, February 18, 2010
Orang kaya
Mencari wang dan kekayaan dunia memang menjadi impian setiap orang. Di negara kita, orang paling kaya ialah Robert Kuok Hock Nien dengan jumlah hartanya RM42.7 bilion, satu jumlah yang sangat besar dan mengambil masa yang agak lama untuk dikira. Orang yang paling hampir dengannya ialah T. Ananda Krishnan dengan jumlah kekayaan RM27.0 bilion. Jika dibandingkan kedua-dua jutawan ini, Ananda Krishnan perlu berusaha lebih kuat untuk menyamai kekayaan Robert Kuok.
Menilai kekayaan harta dan wang ringgit lebih mudah berbanding kaya hati atau kaya jiwa. Harta dan wang boleh dilihat, dipegang dan dibilang satu per satu tetapi hati dan jiwa tidak boleh dibuat begitu. Ia hanya dapat dirasa.
Bagaimana kehidupan orang kaya-raya agaknya? Adakah mereka turut kaya hati dan jiwa? Bagaimana hendak ukur kekayaan hati dan jiwa ini? Siapakah pula yang layak mengukurnya?
Dalam sejarah dunia dari dulu hingga sekarang, orang yang kaya-raya sering menjadi perhatian kerana keadaan hidup mereka. Raja-raja Mesir yang digelar firaun hidup dalam kekuasaan hingga meninggalkan tugu piramid kepada kita. Namun al-quran menceritakan kepada kita terdapat firaun yang mati kelemasan kerana ingkar dengan ajaran para nabi dan rasul.
Si kaya yang tamak, Qarun, turut mati kerana terlalu asyik dengan harta. Kisahnya juga diabadikan dalam al-quran.
Kisah Raja Midas yang ingin melihat semua benda yang disentuh menjadi emas, sering menjadi bahan cerita buku kanak-kanak kerana kehidupan yang di kelilingi emas tidak memberi kebahagiaan kepadanya.
Gelojoh menjadi kaya ini menyebabkan seseorang sanggup bertindak di luar kebiasaan. Asalkan dapat apa yang dikehendaki, undang-undang dan peraturan boleh di ketepi. Kisah seorang setiausaha politik yang mengumpul kekayaan segera RM2 juta dan beberapa buah kereta mewah adalah contoh sifat tamak hendak cepat kaya. Gaji dan elaun orang politik tidak banyak tetapi dengan kuasa, dia boleh menjadi kaya dengan cepat.
Kaya harta belum tentu menjadi jaminan untuk masuk syurga Allah swt. Dalam kalangan orang awam, hanya Abdul Rahman bin Auf yang diketahui akan masuk syurga. Itupun dengan merangkak-rangkak kerana sulitnya untuk menilai ke mana hartanya diagihkan. Biarpun merangkak, dia tetap masuk syurga. Kita yang tidak kaya dan setiap hari bekerja inipun belum tentu tahu nasib kesudahan kita di akhirat.
Justeru, sama ada kaya atau miskin, belum tentu dapat masuk syurga.

Tuesday, February 16, 2010
Buat wang dengan SMS
SMS atau khidmat pesanan ringkas amat berguna untuk menjana wang. Di Malaysia, terdapat 84 juta SMS yang dihantar sehari dengan purata seorang menghantar 4 SMS dan sebanyak RM33.2 bilion dibelanjakan pada tahun 2006 untuk perkhidmatan ini.
Bisnes SMS adalah perniagaan yang memaklumkan keputusan, maklumat, hiburan, peristiwa atau berita terkini. Di mana-mana sahaja hari ini khususnya di akhbar, radio atau televisyen malah Internet, iklan mengenai bisnes ini sentiasa ada.
Cabaran utama bisnes SMS ialah cara pemasaran yang cepat dan betul. Banyak aplikasi SMS yang sesuai digunakan untuk memulakan perniagaan Internet. Dengan menggunakan platform Internet, anda mampu menghantar sehingga 15,000 SMS pada satu-satu masa dengan kadar dari RM0.10 sehingga RM5.00.
Salah satu bisnes SMS yang bertahan lama ialah nada dering (ringtones). Iklan-iklan nada dering kerap muncul di televisyen dan surat khabar malah boleh dikatakan setiap hari. Untuk satu tempoh tertentu, harga yang perlu dibayar boleh mencecah beribu ringgit. Dalam erti kata lain, bisnes SMS sebenarnya memberi wang yang sangat banyak dan mudah.
Bagaimana anda boleh memulakan bisnes ini?
Langkah pertama ialah dapatkan maklumat apa yang perlu dilakukan. Maklumat sangat penting untuk anda betul-betul memahami konsep dan teori penjanaan SMS yang sebenar. Anda boleh hadir ke preview, seminar atau bertemu mereka yang telah bergelar jutawan SMS ini.
Langkah kedua ialah memilih SMS Gateway dan penyediaan bahan SMS. Di sini anda dapat memeriksa jualan dan trafik SMS, melihat laporan, memulakan kempen dan membuat konfigurasi SMS hanya dari rumah.
Dan langkah ketiga, membuat unjuran belanjawan dan jualan serta memilih cara pengiklanan yang betul.
Jadi, bagaimana wang dapat dijana setiap hari?
Setiap SMS yang diterima, anda mendapat RM0.50. Katakan anda menyediakan kuiz dan pelanggan anda menjawab. Sekiranya ada 1,000 SMS sehari, anda mendapat RM500. Pendapatan harian yang anda dapat tidak terhad malah boleh mencecah ribuan ringgit.
Selain kuiz, anda boleh sediakan khidmat waktu solat, promosi jualan, seminar, saham, ramalan cuaca, jemputan kahwin dan berita sensasi. Senarai ini akan berpanjangan setelah anda menyertai bisnes ini secara serius. Setelah setahun bekerja, anda boleh goyang kaki melihat wang masuk ke akaun bank anda.

Saturday, February 13, 2010
Cocculus
Bertindak pada saluran saraf motor sebabkan tubuh menjadi letih, pening dan keliru. Keradangan pada saraf sebabkan loya dan hampir pitam. Digunakan untuk perempuan yang mengalami morning sickness semasa hamil, kebas dan sensitif dengan bunyi. Mabuk laut atau darat kerana pergerakan kenderaan. Simptom-sipmtom melarat dengan pergerakan, bercakap, merokok atau fikirkan makanan.
Fikiran: Fikir negatif; salahkan diri sendiri. Cenderung hendak menyanyi. Lemah ingatan, kerap lupa. Bimbang kerana berfikir telah melakukan kesalahan yang besar. Perasaan sangat sensitif. Mudah terkejut.
Kepala: Pening kerana kesan-kesan keracunan; cenderung muntah apabila bangun tidur; mesti baring. Rasa kepala kosong dan berlubang. Sakit kepala hendak muntah. Sakit kepala melarat selepas tidur, makan atau minum; bawa kenderaan; tempat terbuka; lega semasa rehat dan dalam bilik panas. Kepala bergegar kerana otot-otot leher yang lemah.
Mata: Kabur. Mata lebam, susah hendak buka mata di sebelah malam. Biarpun mata tertutup, biji mata masih bergerak-gerak.
Telinga: Bunyi seperti air mengalir, susah hendak dengar.
Muka: Panas. Pipi kemerah-merahan.
Mulut: Kalenjar submaksilari bengkak dan mengeras. Mulut kering. Lidah kering, berbalut putih-kuning tanpa rasa dahaga. Pangkal lidah rasa pahit. Rasa besi; tidak ada selera makan.
Kerongkong: Kering. Rasa tercekik, halang pernafasan dan mahu batuk.
Perut: Sangat benci makanan dan minuman terutama yang masam. Mahu minum air sejuk. Sendawa kosong; pahit; sedu, loya dan muntah. Perut kejang, mencengkam, mengecut dan rasa terkoyak. Seperti ada cacing yang bergerak-gerak dalam perut. Abdomen sangat tegang. Dalam perut menekan-nekan, sesak nafas tengah malam; angin tidak boleh keluar; melarat bila batuk. Sakit bawa ke kawasan hati.
Najis: Dubur mengecut, tidak boleh duduk. Najis lembut, nipis, putih-kuning; keras dan susah hendak keluar.
Organ Seks Perempuan: Haid terlalu awal; perut kejang, kembung dan sakit perut memulas. Dada tegang dan rasa loya. Semasa haid, pesakit amat letih dan hampir tidak boleh berdiri atau berckap.
Pernafasan: Batuk yang meletihkan kerana penyempitan dada. Sakit dada sebelah kanan.
Jantung: Berdebar-debar.
Kakitangan/Belakang: Lemah otot servik; tidak dapat menopang kepala. Tekanan di skapula dan tengkuk; sakit apabila menggerakkannya. Sendi-sendi keras. Menggeletar, teruk semasa sejuk. Tangan menggigil semasa makan; teruk apabila diangkat tinggi; kebas.
Umum: Sangat lemah, sukar berdiri tegak. Mudah terkejut dan cenderung menggeletar. Kurang rehat. Sangat sensitif di tempat terbuka sama ada sejuk atau panas. Rasa lemah untuk bercakap kuat. Sebelah kiri separuh lumpuh. Pitam; semasa bergerak, otot muka tersentak-sentak.
Tidur: Kurang tidur; kerana berjaga malam, fikir bisnes; bimbang dan tidak cukup tidur.
Demam: Panas dan sejuk silih berganti. Pipi rasa panas terbakar dan kemerah-merahan.
Melarat: Makan, minum, tidur, berbual-bual, naik kenderaan, merokok, senaman, air sejuk.
Konstitusi: Wanita dan kanak-kanak.

Wednesday, February 10, 2010
Cari wang dengan merakam suara
Suara setiap orang ada nilai, biar pun tidak menjadi seorang artis. Syaratnya, anda hendaklah mengenali seseorang di syarikat penerbitan atau rangkaian penerbitan milik kerajaan. Anda boleh menjana pendapatan RM100 hingga RM300 bagi tempoh dua jam rakaman suara.
Apa yang hendak dirakam?
Banyak, salah satu daripadanya ialah merakam kata-kata motivasi yang disiarkan di radio. Ia hanya mengambil masa dua hingga tiga minit untuk satu slot dan disiarkan setiap hari. Jika anda terlibat dalam pekerjaan yang berkaitan perundingan, sering memberi ceramah motivasi dan memiliki blog sendiri, ini dapat membantu pekerjaan anda untuk mencari wang tambahan.
Proses rakaman bergantung pada sejauh mana anda memiliki bahan atau artikel untuk disampaikan kepada pendengar. Sekiranya anda mengupas sesuatu topik tanpa melihat nota, ia memberi ruang kepada penyampaian yang bersahaja dan pendengar merasai sifat semula jadi topik yang disampaikan itu. Apa sahaj topik yang berkaitan dengan kehidupan seharian, perubahan, budaya atau cara berfikir boleh diceritakan. Ia bergantung sejauh mana anda mampu mengolah kata-kata yang disesuaikan dengan realiti masyarakat setempat.
Kumpulan sasar terdiri daripada remaja dan belia supaya mereka mengenali suara anda. Apabila suara anda disiarkan setiap hari dan ditambah pula anda memiliki facebook atau blog sendiri, sedikit demi sedikit anda mula mencipata nama dalam bisnes perundingan pembangunan diri ini.

Tuesday, February 09, 2010
Permainan tag lazer
Ingin mencari bisnes yang memberikan anda kejutan kerana diserbu pelanggan? Baik anda fikirkan pusat permainan tag lazer yang mula terkenal di luar negara.
Permainan tag lazer kian popular seperti mana paint ball, dan memulakan pusat rekreasi tag lazer menjadikan anda bebas menjana pendapatan sendiri. Walaupun banyak melibatkan kos bagi memulakan bisnes seperti ini tetapi keuntungan yang diperolehi tidak mampu ditolak begitu sahaja.
Anda perlu memikirkan kos untuk membeli peralatan permainan ini dari RM10,000 hingga RM50,000 bergantung pada jenama dan kualiti.
Pendapatan dalam bisnes ini dijana daripada pelanggan yang datang dan ketagih untuk bermain. Anda juga boleh adakan kad keahlian secara bulanan. Pelanggan dalam bisnes ini juga boleh dipelbagaikan seperti korporat, sekolah dan kelab. Pada masa yang sama , strategi pemasaran anda harus juga lebih luas dan meliputi perlawanan tag lazer, penyediaan makanan dan minuman termasuk majlis-majlis sosial.
Ada sesetengah usahawan bisnes ini membentuk pasukan dan mengadakan perlawanan setiap bulan dengan menyediakan hadiah kepada pemenang. Barangan yang berkaitan dengan perlawanan ini seperti baju, topi dan pelekat dapat melonjakkan bisnes ini dengan cepat.
Objektif awal apabila anda meneroka bisnes ini ialah mendapatkan seberapa ramai pelanggan untuk datang dan mencuba permainan ini, dan tentunya sebahagian besar akan datang kembali sebagai pelanggan tetap.
Bagi menggalakkan mereka terus bermain, sediakan kupon 2+1 di mana dua kali bermain akan diberi percuma untuk satu perlawanan ataupun anda boleh bekerjasama dengan masyarakat di sekitar untuk perlawanan persabahatan sebagai sebahagian daripada promosi tag lazer ini.

Monday, February 08, 2010
Menjaga hati
Setiap orang yang dilahirkan memiliki hati (qalbu). Dengan hati, kita membentuk berbagai-bagai jenis pepatah atau peribahasa yang menggambarkan keadaan seseorang. Jika dikata ‘senang hati’ tandanya gembira, happy atau dalam ‘mood yang sangat ceria’. ‘Patah hati’ bererti kecewa, gagal atau up set mungkin kerana cinta tidak berbalas. ‘Hati batu’ pula bermaksud degil, keras kepala atau stubborn. ‘Sakit hati’ ialah perasaan marah kesan daripada dihina, dimalukan atau tewas dalam pertandingan. ‘Kecil hati’ sesuai untuk orang yang sensitif. ‘Iri hati’ adalah cemburu, jealous atau boleh juga kita sifatkan sebagai tidak senang dengan kejayaan orang lain.
Hati juga menjadi perhatian masyarakat kita. Lalu banyak peribahasa yang dihiaskan dengan hati seperti ‘hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah’ yang bermaksud pembahagian yang sama rata, banyak sama-sama banyak, sedikit sama-sama sedikit. Hati gajah memang besar tetapi hati kuman kena teropong dengan mikroskop.
‘Hati bagai pelepah, jantung bagai jantung pisang’ bererti orang yang tidak ada perasaan ataupun dalam bahasa mudahnya ‘hati kering’. Bagi menyatakan sifat tidak boleh dipercayai, muncul peribahasa ‘lain di mulut, lain di hati’ iaitu yang dikatakan berlainan sama sekali dengan yang di dalam hati.
Hati juga menjadi perhatian untuk menyatakan keadaan semosi. Biasanya dalam masyarakat Melayu, emosi ini dinyatakan dalam bentuk terselindung dan penuh makna dalam bentuk pantun. Jika ada perasaan rindu, mereka akan menggarap ayat-ayat indah dan dipantunkan dengan penuh perasaan. Salah satunya berbunyi, ‘Orang Acheh pulang ke Acheh, sampai ke Acheh terus ke Bentan; hati kasih bertambah kasih, bila tak jumpa bergoncang iman.’ Maksud pantun ini ialah rindu yang bersangatan boleh memberi kesan kepada keyakinan dan kepercayaan diri.
Hati yang terdapat di dalam diri seseorang boleh jadi bercahaya, gelap, hidup, sakit ataupun mati. Seseorang yang nampak sihat tidak bermakna hatinya juga sihat, mungkin sebaliknya. Oleh kerana itulah, Rasulullah saw menyatakan jika hati cenderung kepada kebaikan, seluruh kehidupan akan menjadi baik dan sejahtera.
‘Ketahuilah di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya. Dan apabila rosak, rosaklah badan sekaliannya. Ketahuilah, itulah hati.’
Hati adalah pembentuk watak dan sifat seseorang. Hati menjadi tempat yang menggerakkan atau menhentikan, memperelok atau mencederakan. Rasulullah menjelaskan bahawa hati yang baik menjadikan pemikiran, tingkah laku dan jiwa sentiasa mengingati kebesaran Allah swt, bertindak melaksanakan perintah-Nya dan menjauhi semua perkara syubhah.
Kekuatan hati berkait rapat dengan iman seseorang. Hati menjadi pusat atau nadi keimanan. Bagi menguatkan iman, hati mestilah diluruskan kerana akal hanya mampu menguatkan keyakinan. Justeru untuk menguatkan akal, hati mesti dibetulkan dahulu.
Maksud hadis yang diriwayatkan daripada Anas, 'Tidak lurus iman seseorang hamba hingga (lurus dulu) hatinya'. Iman yang kuat dan mantap akan menggerakkan kebaikan. Kebaikan dan keburukan amat bergantung kepada hati sebagai pusat operasi kehidupan. Hati dan jiwa wajar dipelihara dan disuburkan dengan iktiqad yang benar, kepercayaan yang luhur dan keyakinan yang bersih.

Saturday, February 06, 2010
Graphites
Bertindak pada kulit, limfa, sistem penghadaman dan organ-organ seks. Tindakan pada kulit timbulkan kuping-kuping kering dan lembap. Dari segi terapeutik, ia digunakan untuk gatal-gatal yang mempunyai discaj kental, ruam-ruam kecil, psoriasis, parut-parut tisu yang mengeras, ulser, luka-luka yang sejuk, rambut gugur, kejang dan kebas. Bagi perempuan, graphites digunakan untuk merawat kedatangan haid yang lewat dan tidak tetap, pembengkakan ovari dan buah dada serta lewat datang haid yang disertai dengan sembelit.
Fikiran: Sedih dan putus asa; fikirkan mati. Cenderung menderita; sedih dan menangis. Cemas yang cenderung hendak menangis. Ragu-ragu; tidak berupaya fikirkan hal-hal positif, terlupa.
Kepala: Rasa kesan-kesan keracunan bila bangun pagi. Pening semasa dan selepas tunduk kepala. Sakit kepala bila bangun. Rasa sakit kepala seperti kebas, sakit jika kepala mengalami kesesakan terutama di bahagian belakang, melarat ke tengkuk. Serangan sakit kepala dengan sendawa dan loya semasa haid. Kulit kepala gatal-gatal. Rambut gugur.
Mata: Sensitif dengan cahaya; mata merah dan berair. Hangat, panas terbakar dan berdenyut-denyut dalam mata. Bersilau. Tahi mata kering. Radang kelopak mata. Mata letih. Benda-benda nampak hitam bila menunduk. Pandangan gelap tiba-tiba semasa datang haid. Ulser atau lepuh di atas kornea. Kelopak mata; berat, kering, tertekan dan rasa panas; melekat-lekat di sebelah pagi.
Telinga: Dalam telinga seperti berbunyi bila menggerakkan rahang; dengung, gema dan meletup-letup. Kurang dengar, telinga kering. Berdenyut-denyut. Lembap. Discaj; berdarah, nipis, berair; melekat dengan nanah. Lembap dan luka di belakang telinga, merebak ke pipi dan tengkuk. Bengkak pada kalenjar di bawah telinga.
Hidung: Rasa bau yang tajam; tak dapat menghidu bunga (alahan). Hidung luka dan sakit di dalam. Tahi hidung kering berkuping, lubang hidung luka, pecah dan mendapat ulser. Mukus berdarah. Rembesan bernanah, jerawat hitam. Hidung kering dan bengkak.
Muka: Pucat. Berterusan seperti ada sarang labah-labah di atas muka. Bibir dan lubang hidung merekah kerana sejuk. Pelipis gatal-gatal, luka yang basah selepas digaru. Radang kerana jangkitan pada kulit dan pembengkakan di muka. Kudis yang lembap pada dagu dan sekeliling mulut. Kalenjar liur bengkak, sakit bila disentuh.
Mulut: Sakit gigi tajam menikam terutama minuman sejuk; teruk sebelah malam dengan muka kepanasan. Gusi bengkak. Sudut mulut pecah. Sebelah pagi banyak keluar air liur. Melecur panas terbakar di sisi bawah hujung lidah. Rasa pahit, sendawa masam.
Kerongkong: Rasa seperti ada benjolan semasa menelan. Bengkak kalenjar dalam kerongkong.
Perut: Enggan makan; makanan masin dan manis yang sebabkan rasa loya. Kerap sendawa. Pedih ulu hati. Bau tengik. Sedu selepas makan. Loya sebelah pagi, lemah dan menggigil; semasa datang haid; memulas-mulas; teruk di sebelah pagi dan beberapa jam selepas jam makan, sakit menjerut-jerut di bawah kawasan pusat dan banyak kahak dalam kerongkong. Muntahkan makanan yang telah dimakan. Sakit perut sepanjang hari; lega setelah berbaring dan panas tempat tidur. Muncul semula bila bangun atau berdiri. Sakit di saluran perut sepanjang tengah hari, lega dengan sendawa. Perut sesak dan memulas-mulas; kentut. Sakit perut berkala, muntahkan makanan sejurus selepas makan. Rembesan mukus yang kronik dengan sendawa yang kerap.
Abdomen: Terbakar dalam hipokandria sebelah kiri. Abdomen membengkak; keras. Abdomen kembung kerana angin berkumpul yang memulas-mulas sebelum kentut. Bengkak kalenjar dan kudis pecah di celah kangkang.
Najis: Sangat nipis seperti lingkaran cacing; gelap, separuh terhadam, bau busuk; berketul, keras dan dubur sakit berterusan. Mukus masih tertinggal dalam dubur selepas berak. Dubur gatal; berdenyut-denyut, pedih dan luka. Buasir pada dubur dengan rasa kepanasan. Sekitar lubang dubur merekah; teruk, tajam, sakit dipotong-potong semasa berak diikuti penjerutan dan sakit untuk beberapa jam.
Kencing: Rasa hendak kencing tetapi sedikit; meleleh keluar. Kerap kencing. Kencing malam. Rasa digigit-gigit dalam saluran kencing selepas kencing. Aliran air kencing kecil , saluran kencing mengecut. Air kencing menjadi keruh atau kemerah-merahan.
Organ Seks Lelaki: Buah zakar bengkak air. Biji-biji kecil di atas kulup. Seronok dengan seks yang keterlaluan; zakar sangat tegang tetapi tidak keluar air mani semasa bersetubuh. Buah zakar gatal.
Organ Seks Perempuan: Keputihan yang keluar sangat nipis, putih, sakit belakang; banyak keluar bila berjalan. Haid pertama lewat. Discaj keputihan tersembur keluar sama ada siang atau malam. Haid terlalu lewat; terlalu sedikit dan pucat. Sakit dalam epigastrium semasa datang haid seolah-olah dipotong halus. Tekanan kuat mengarah ke bahagian luar faraj. Ovari kiri membengkak dan mengeras seperti batu; sakit bila disentuh, berdehem, rasa berdenyut-denyut, berpeluh dan tidak dapat tidur. Bahagian luar faraj gatal-gatal sebelum datang haid. Puting buah dada sakit. Morning sickness. Perut yang keras masih selepas buah dada bernanah.
Pernafasan: Kerongkong rasa digaru-garu. Peti suara gatal; teruk sebelah petang, sebabkan berdehem-dehem dan batuk kecil. Suara serak setiap petang atau malam. Dada sakit seperti melecet. Batuk sebelah malam kerana hendak bernafas.
Kakitangan/Belakang: Kalenjar di tengkuk bawah membengkak dan sakit bila berbaring. Tengkuk rasa keras dan kaku. Lemah kaki dan tangan, rasa seperti lumpuh. Bahu kiri berdenyut-denyut dan menyiat-nyiat. Kulit di tapak tangan menjadi keras dan pecah. Sakit rheumatik di tangan dan jari. Kuku pada jari menjadi tebal. Berdenyut-denyut sakit di antara punggung. Kayap dalam lekukan lutut. Paha kebas dan kaku. Lutut seolah-olah lebam di sebelah malam. Betis kejang. Panas dalam tumit, teruk di sebelah pagi. Rheumatik pada kaki dan ibu jari kaki. Kuku ibu jari kaki tebal dan sakit.
Kulit: Letusan kudis yang gatal kerana keluar cecair yang melekit. Bahagian badan rasa gatal-gatal. Kulit mengelupas terutama pada kanak-kanak. Kulit tidak sihat; setiap kali cedera cenderung menjadi ulser. Ulser lama bersama nanah yang berbau, gatal, menyengat. Kulit kering dan cenderung memecah. Ulser lama dengan parut.
Tidur: Sangat resah di sebelah malam dengan rasa bimbang dan mimpi yang menakutkan. Tidur di siang hari; selepas makan tengah hari.
Demam: Sejuk di sebelah pagi. Berpeluh dengan pergerakan yang ringan; sangat masam; banyak peluh.
Umum: Letih, lemah seluruh badan. Sangat kurus. Tenaga badan menyusut tiba-tiba. Darah berdenyut-denyut di seluruh badan. Rasa berdebar-debar. Panas terbakar dalam parut luka lama. Simptom-simptom lenyap bila berjalan di tempat terbuka. Kalenjar membengkak dan mengeras.
Konstitusi: Orang yang cenderung cepat gemuk terutama perempuan yang secara semula jadi lewat datang haid.

Wednesday, February 03, 2010
Penganggur yang produktif
Daripada jumlah 338,400 orang penduduk Brunei, terdapat 261,800 orang yang berumur di bawah 39 tahun. Jumlah ini membentuk 77.4 peratus daripada keseluruhan penduduk negara berkenaan. Taburan banci tahun 2000 menyatakan kadar pengangguran telah meningkat kepada 4.6 peratus (lebih 6,500 orang) iaitu satu jumlah yang tinggi jika dibandingkan dengan kadar 2.6 peratus pada tahun 1993. Menurut Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Brunei, dalam kalangan belia yang berumur 15 hingga 19 tahun, mereka tidak meneruskan persekolahan formal menyebabkan 41 peratus daripada kelompok ini tidak memberi sumbangan yang signifikan dalam aktiviti ekonomi diri dan keluarga. Bagi belia dalam kelompok umur 20 hingga 24 tahun pula, 18 peratus daripadanya merupakan penganggur.
Senario golongan belia yang tidak berminat dengan kerja berada di semua negara termasuk Amerika Syarikat dan Jepun. Ada dalam kalangan mereka ini yang memiliki tahap pendidikan yang baik namun masih mengharapkan keluarga untuk makan dan minum. Namun masalah utama pengangguran yang semakin meningkat ialah tahap kebergantungan kepada pekerjaan di sektor awam yang tinggi dan kurangnya pendedahan kepada budaya keusahawan hingga melunturkan keinginan untuk berdikari.
Apabila peluang-peluang pekerjaan di dalam negara semakin mengecil kerana persaingan, ruang yang paling baik untuk memiliki pekerjaan ialah mencari kerja di negara luar. Pergerakan tenaga kerja dan modal insan yang merentas sempadan sudah menjadi perkara biasa bagi rakyat di negara-negara yang berpenduduk padat seperti India, China, Pakistan atau Bangladesh tetapi masih menjadi trend baru dalam kalangan negara kecil seperti Brunei. Dengan jumlah penduduk yang sedikit, berhijrah ke negara lain untuk mencari peluang kerja yang lebih baik jarang menjadi pilihan.
Banyak cabaran yang bakal dihadapi oleh pencari-pencari kerja di negara idaman mereka sama ada memiliki tahap pendidikan yang tinggi atau rendah. Sesetengah orang memang bertuah apabila mendapat majikan yang baik dan prihatin. Selepas membuat keputusan menerima kerja dan melaporkan diri, mereka terus memulakan tugas dengan kemudahan tempat tinggal dan kenderaan. Hati mereka sentiasa dalam keadaan tenang dan bahagia. Fikiran juga tidak rungsing memikirkan kebajikan selama berada di negara orang.
Ada pula mereka yang berjaya mendapat pekerjaan namun berhadapan dengan sikap majikan yang kurang mengambil berat kebajikan pekerja seperti melengah-lengahkan masa untuk memohon permit kerja, tidak ambil peduli tempat tinggal dan tidak memikirkan kesusahan yang dihadapi oleh pekerja ketika membuat keputusan untuk datang mencari kerja. Keadaan seperti ini menjadikan kehidupan pekerja tidak stabil kerana banyak perkara asas yang perlu diselesaikan seperti mencari rumah, menguruskan keluarga dan mencari kenderaan untuk pergi ke tempat kerja.
Seorang penganggur dan berhasrat mencari kerja mesti memiliki sifat tabah dan cekal ketika menempuh saat-saat susah dalam fasa kehidupan mereka. Jika tidak, nasib mereka akan menjadi lebih teruk kerana meletakkan diri dalam keadaan tertekan dan tidak mampu berfikir untuk melakukan sesuatu yang bermanfaat bagi diri sendiri. Sifat lain ialah sedia menghadapi risiko untuk bertindak dengan kreatif pada bila-bila masa.
Berada di negara orang, segala-galanya bergantung kepada diri sendiri. Pengalaman, tahap pendidikan dan kemahiran bersosial adalah penyelamat kepada keadaan 'rusa masuk kampung' kerana ketiga-tiga unsur ini akan mencetuskan idea untuk survive di tempat yang baru. Andai diri sendiri memiliki semangat juang dan mahu mencuba sesuatu yang baru serta berkobar-kobar menghadapi cabaran, di sinilah medan yang bakal menguji seluruh kepintaran mereka.
Menganggur tidak memberi banyak kelebihan kepada pembangunan diri, keluarga dan negara. Bagi seorang graduan universiti yang baru melangkah ke alam pekerjaan, majikan akan mengutamakan pengalaman kerja sebelum dipanggil temuduga. Soalnya, bagaimana mahu ada pengalaman sedangkan baru selesai belajar? Di sinilah kepintaran berfikir menguji keupayaan dalam bertindak. Jika majikan inginkan pengalaman kerja, graduan berkenaan mestilah berusaha tanpa rasa rendah diri dan malu untuk melakukan kerja-kerja sambilan. Barangkali kerja-kerja ini memenatkan, bergelumang dengan kekotoran atau suasana persekitaran kerja yang tidak kondusif, namun pengalaman merasai suasana kerja itulah yang lebih penting. Ini kerana dalam dunia pekerjaan bermacam-macam situasi boleh berlaku.
Ketika menghadiri temuduga untuk jawatan akademik di sebuah institusi pengajian tinggi, saya berbual-bual dengan seorang calon wanita bagi jawatan guru bahasa Inggeris. Daripada perbualan tersebut, wanita ini baru sahaja menamatkan pengajian. Di sisinya terdapat laporan akhir ijazah muda yang berwarna ungu. Fikir saya, mungkin untuk ditunjukkan kepada panel temuduga nanti. Selepas namanya dipanggil masuk ke bilik temuduga, saya dan beberapa orang rakan yang lain berbual-bual mengenai bentuk soalan yang bakal ditanya kepada kami. Selang sepuluh minit, wanita tadi muncul dengan wajah yang agak terkejut dan kelihatan pucat. Dia hanya berkata 'good luck' dan berlalu pergi. Besar kemungkinan dia yakin akan gagal dalam temuduga.
Lalu kami membuat beberapa kesimpulan. Antaranya mungkin disebabkan kemahiran mengajar perlukan beberapa kemahiran khusus, wanita berkenaan pastilah belum ada pengalaman yang banyak memandangkan baru menamatkan pengajian. Salah seorang rakan saya pun berkata, 'Lebih baik kalau dia mencari dulu pekerjaan yang berkaitan dengan pengajaran ... mungkin jadi guru tuisyen, editor ataupun mohon jadi guru sambilan.'
Gagal mendapat pekerjaan setelah menghadiri temuduga bukanlah kegagalan yang berterusan. Keadaan ini hanya benar kepada mereka yang enggan berusaha untuk mencari kerja. Namun bagi mereka memahami bahawa kejayaan datang bersama usaha, berkali-kali gagal adalah lumrah kerana Allah swt ingin menguji kesabaran dan ketabahan seseorang. Kegagalan adalah enggan mencuba. Untuk berjaya, seorang penganggur mesti mencuba sama kecil atau besar usaha berkenaan. Dalam mencuba ini, perlu juga disertai kreativiti dan kemahiran berunding supaya apa yang dikehendaki akan menjadi kenyataan.
Menjadi jurujual adalah pekerjaan paling mudah ketika menganggur kerana tidak perlukan modal yang besar. Persamaan setiap jurujual ialah pasti pernah menerima penolakan. Orang tidak berkenan, mengherdik atau meninggikan suara adalah watak-watak yang perlu dihadapi. Bagi seorang jurujual yang tabah dan ada cita-cita beliau akan terus menerima kritikan dan belajar daripada setiap kesilapan lalu. Apabila dipanggil untuk temuduga bagi jawatan yang layak untuknya, di sinilah segala kemahiran yang dipelajari selama menjadi jurujual berkenaan akan terserlah. Insya Allah, jika rezekinya, dia akan mendapat jawatan yang diidam-idamkan.
Menganggur memberi tekanan kepada diri sendiri dan keluarga. Di mana sahaja kita berada, berusaha sendiri adalah langkah yang terbaik tanpa bergantung kepada orang lain. Merancang, berfikir dan bertindak tidak memerlukan kepakaran yang hebat kerana yang penting ialah kemahuan diri untuk berjaya dan mencapai matlamat. Orang yang berjaya menunjukkan hasil, orang gagal memberikan seribu alasan.

Tuesday, February 02, 2010
Bina usahawan produktif
Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke Brunei, selepas lima tahun lalu, kini, kedatangan saya ke negara itu dirasakan seolah-olah baru sebulan lepas kembali ke negara sendiri. Umpama kilat, kenangan silam ketika bekerja di sini muncul silih berganti tanpa dapat dihalang. Beberapa wajah rakan-rakan sama ada yang masih di Brunei ataupun telah kembali ke negara asal berlegar-legar di ruang fikiran saya. Rakan-rakan yang sama-sama tinggal di Kampung Mata-Mata, Gadong, seperti Zaid dan Fauzi Limbang tidak lekang dari fikiran.
Begitu juga tempat-tempat tumpuan kami untuk makan dan minum bersama mengimbau kembali detik-detik suka bersama. Restoran Tasek Merimbun, Seri Zamrud dan Mameh di Bunut menjadi nostalgia yang sukar dilupakan.
Brunei telah menunjukkan perkembangan pembangunan yang agak cepat dalam tempoh lima tahun yang lalu. Banyak bangunan dan lot kedai didirikan sebagai bukti semakin ramai masyarakat di sini menunjukkan minat memasuki dunia perniagaan yang mencabar. Bagi membangunkan masyarakat Melayu yang menjadi usahawan berjaya, lebih banyak usaha agresif perlu dilakukan untuk memperkasa kemahiran dan menambah jaringan sosial khususnya bakal usahawan muda. Kehadiran ramai pekerja asing yang melibatkan diri dalam kerja-kerja perburuhan wajar menjadi cabaran kepada kerajaan untuk meningkatkan tahap pengetahuan teknikal golongan muda supaya mereka dapat memasuki dunia industri yang bertahap tinggi di samping mengusahakan bisnes yang berorientasi eksport.
Cabaran-cabaran kerja bagi golongan muda dalam perniagaan ini sepatutnya dikongsi bersama oleh kerajaan dan persatuan usahawan supaya mereka dibimbing dan diberi galakan untuk cekal dalam bisnes yang diceburi. Dengan kaedah ini, kadar pengangguran yang sedia ada dapat dikurangkan. Ia juga mampu menjana golongan belia yang memiliki inisiatif sendiri berbanding mengharapkan bantuan kerajaan.

Monday, February 01, 2010
Strategi dan kiat dakwah fardiyah
Penulis: Syathibi Center
Tahun: 2007
Penerbit: Al-I’tishom Cahaya Umat, Jakarta Timur, Indonesia.
Muka Surat: 89
Bahasa yang digunakan dalam buku ini mudah difahami biarpun dalam dialek Indonesia. Namun terdapat beberapa perkataan yang perlu disemak melalui kamus seperti wejangan (nasihat), sakral (suci), gamblang (jelas) dan semu (palsu). Yang lebih penting ialah kandungan buku kecil ini memberi banyak maklumat kepada pendakwah untuk meluaskan ruang lingkup operasi dakwah mereka.
Di dalam sirah Rasulullah saw, kita didedahkan dengan dakwah fardiyah yang dilakukan oleh baginda. Dimulai dengan Khadijah r.a, saudara dekat Ali bin Abu Talib r.a, pembantu Ummu Aiman dan sahabat karib Abu Bakar As -Siddiq r.a yang semuanya memberi tindak balas yang sangat baik kepada dakwah.
Membentuk satu umat harus bermula dengan seorang. Komuniti jutaan manusia yang memahami Islam bermula apabila dakwah fardiyah yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw menebar ke seluruh alam dengan kekuatan yang sepadu. Dalam kedua-dua bentuk umat ini, kita hendakkan kedua-duanya sekali iaitu kuantiti dan kualiti. Membina umat yang memiliki kuantiti adalah melalui dakwah ammah manakala individu yang memiliki kualiti adalah melalui dakwah fardiyah. Dalam konteks taghyirul qaum (perubahan sosial), ia harus bermula dengan perubahan individu seterusnya masyarakat dan negara.
Melaksanakan dakwah fardiyah adalah mengikut sunnah Rasulullah saw. Justeru penerbitan buku ini wajar mendapat perhatian daripada para pendakwah biarpun tidak memiliki tauliah kerana maklumat yang dikongsi oleh penulis sangat bermakna. Pengalaman penulis merasai susah payah berdakwah adalah intipati kepada penghasilan sebuah buku yang sangat hebat.

Subscribe to:
Posts (Atom)