Ada sesetengah barang yang dijual di luar negara lebih murah dan berkualiti daripada yang dijual di dalam negara. Antaranya hi-fi, walkman, komputer atau telefon bimbit.
Kita juga kerap membaca laporan di akhbar dan menonton berita di televisyen mengenai rampasan barang elektronik seperti telefon bimbit tiruan ini. Tiruan kerana ada sesetengah komponen di dalam telefon berkenaan dikeluarkan dan dijual sebagai alat ganti yang kadangkala lebih mahal daripada harga pasaran yang disyorkan. Contohnya bateri, yang asli digantikan dengan tiruan dan dijual pada harga lebih tinggi.
Telefon bimbit tiruan sebenarnya memberi masalah kepada pengguna yang prihatin dengan kualiti. Di samping harga mahal, jaminan kualiti juga tidak ada. Sebab itulah kedengaran sekali sekala ada telefon bimbit yang meletup ketika bateri sedang dicaj.
Peluang anda untuk menjual telefon bimbit asli sangat luas dengan harga yang lebih murah dan berkualiti. Bisnes anda hanyalah sebagai agen pemasaran.
Caranya ialah anda mesti mendapatkan bakal pelanggan khusus yang mempunyai kemungkinan tinggi untuk membeli seperti penyelia di kilang, syarikat telekomunikasi dan elektronik. Mereka ini lebih cepat memahami kelebihan produk telefon bimbit yang anda cuba promosi.
Anda dapatkan bakal pelanggan melalui pertemuan bersemuka, hubungi pengedar di luar negara dan dapatkan perkhidmatan penghantar. Untuk satu telefon bimbit, anda dapat menjana RM100 hingga RM150 bergantung pada jenama dan kos penghantaran.
Kemahiran penting yang anda perlu ada jika hendak memulakan bisnes ini ialah ada rakan niaga di luar negara dan dapat membuat jaringan bisnes.
‘Kalau hendak seribu daya,’ anda boleh melakukannya jika anda mahu.
Wednesday, September 30, 2009
Monday, September 28, 2009
Pendatang asing Cina di Eropah: perspektif Eropah (2)
Mendaki bukit dan menuruni lurah menghala ke Chinatown, kita sebenarnya telah melawat komuniti Cina di bandar atau pekan. Bagaimanapun kita tidak dapat mengehadkan idea yang konkrit tentang apa yang mereka sedang lakukan. Pemahaman yang mendalam tentang keperluan mereka boleh diperoleh dengan empat alasan.
Pertama, Eropah gagal memahami orang Cina. Oleh itu, dengan mempelajari lebih lanjut Cina seberang laut dan menganalisis secara mendalam sebarang salah faham itu, budaya Cina akan menjadi kurang misteri dan Eropah dapat menghargai kehadiran mereka.
Kedua, pembukaan pasaran China bermakna berlaku perubahan yang ketara di seluruh kawasan Asia/Pasifik, Eropah dan seluruh dunia. Masyarakat dunia mesti menyesuaikan diri dengan perubahan ini.
Ketiga, diaspora Cina adalah antara kumpulan etnik yang paling besar berselerakan di seluruh dunia. Justeru, mengkaji kelompok ini dapat membantu pemahaman terhadap pola penghijrahan dan masalah-masalah yang berkaitan dengan asimilasi.
Keempat, orang Cina sedang mendiami di lebih 136 buah negara. Dengan memberi kepentingan kepada penyebaran ini, kita dapat memahami mereka dengan lebih baik melalui peta alam pergerakan mereka.
Bagi memahami saiz dan luasnya penyebaran Hua-Chia ini, amat mustahak kita memahmi sebab-musabab mereka berselerak ke seluruh dunia iaitu survival (kelangsungan hidup). Menentukan punca-punca yang tepat ke atas saiz penghijrahan ke 136 negara perlukan usaha yang luar biasa kerana kos yang tinggi dan kesahan data yang diperoleh boleh dipertikaikan. Namun, beberapa kaedah dan sumber boleh dijadikan ukuran seperti Overseas Chinese Economic Yearbook, the Encyclopedia of Overseas Chinese, the Overseas Chinese Affairs Commission, Overseas Chinese News Services dan sebagainya.
Hasil kajian daripada pendekatan ini mengesahkan bahawa tebaran Hua-Chia ke seluruh dunia adalah tidak seimbang meskipun agak meluas. Daripada 55 juta Cina seberang laut, 85 peratus berada di 21 negara di Asia, lebih 10 peratus tinggal di 26 negara di benua Amerika. Di Asia, 75 peratus daripada mereka menetap dan tinggal di tiga buah negara iaitu Indonesia, Thailand dan Malaysia. Separuh yang tinggal di Amerika memilih untuk menetap di Amerika Syarikat. Terdapat perkaitan positif di antara kesepaduan nilai dalam kalangan Cina seberang laut dengan negara baru mereka dan hubungan ini berkekalan apabila populasi penduduk dibahagikan kepada Asia dan bukan Asia.
Keseluruhan saiz tebaran ini sangat besar dan dapat dibandingkan dengan keseluruhan penduduk di Italy dan Korea Selatan. Jumlah mereka dijangka bertambah besar dalam dekad yang akan datang malah statistik Suruhanjaya Hal Ehwal Cina Seberang Laut menganggarkan 8.7 juta orang Cina telah tinggal di seberang laut semenjak tahun 1948. Lelehan penghijrahan ini umpama banjir selepas 84 tahun lalu yang turut mengesahkan satu baris sajak Cina yang berbunyi, ‘Di mana saja ombak laut menghempas, di situ ada Cina seberang laut.’
Dalam menjejak tempat tinggal orang Cina di Eropah dan seluruh dunia, petunjuk yang dijumpai ialah tidak semuanya orang Cina. Ada di antara mereka yang telah diasimilasi ke dalam penduduk tempatan dan memberi sumbangan kepada pembangunan sosioekonomi negara berkenaan. Kejayaan mereka di negara baru ini disebabkan budaya, nilai dan sikap yang berbeza sama sekali dengan penduduk tempatan. Tambahan pula kepintaran bisnes, kuat bekerja, profesional dan dedikasi mereka berjaya mencetuskan semangat untuk terus berusaha dan berjaya. Justeru, matlamat hidup mereka adalah berjaya dalam hidup.
Kejayaan mereka juga adalah kerana dipengaruhi oleh ciri-ciri ketahanan dan nilai yang diajar dalam ajaran Confucian seperti berhemat, disiplin, berdikari, pentingkan pendidikan dan ikatan keluarga yang kukuh. Bisnes mereka telah diurus dengan baik dan diperturunkan dari generasi ke generasi dan menjadi sebahagian daripada komuniti khususnya di Eropah. Pencapaian ini sangat bermakna kerana orang Cina di sana telah dapat menyesuaiakan diri dengan persekitaran Eropah. Pada masa yang sama mereka dapat mengekalkan kefahaman Buddhis, Taoist, Kristian, Islam dan sebagainya.
Bagaimanapun dalam pengamatan yang lebih mendalam, terdapat kelompok orang Cina yang berada di tengah-tengah komuniti Eropah. Mereka ini sepatutnya tidak berada di situ tetapi kenapa mereka wujud? Rupa-rupanya kelompok ini pendatang asing tanpa izin (Pati). Apabila kita melihat aliran penghijrahan ini dalam skop yang lebih luas, barulah dapat difahami bahawa kemasukan Pati ke Eropah adalah sangat besar. Namun, mendapat dan mengesahkan saiz sebenar aliran masuk ini belum mencukupi. Oleh kerana tujuan kita adalah memahami fenomena baru ini, kita diajak untuk memahami mereka. Oleh itu, kita perlu menyelidik lokasi alam mereka, bertanya dari mana mereka datang dan di fikiran kita pula, soalan tentang sebab penarik dan penolak yang menghadirkan mereka ke dalam komuniti Eropah, hal-hal lojistik, cabaran dan peluang yang diberikan kepada negara baru, kisah dongeng dan realiti yang melingkungi budaya mereka dan yang lebih penting ialah apakah yang Eropah boleh lakukan untuk mengurus aliran masuk Pati ini.
Lokasi alam pendatang Cina
Sebelum membuat analisis berkenaan saiz dan tebaran aliran masuk pendatang Cina ke Eropah, adalah lebih baik kita melihat analisis sepintas lalu dari persepktif orang Cina sendiri. Kita ambil contoh orang Cina yang menetap di Italy. Mereka berhijrah dari wilayah Wenzhou di selatan Zhejiang iaitu kawasan utama pembangunan. Mereka berhijrah kerana satu alasan: mendapat peluang ekonomi dan keselamatan sosial yang lebih baik untuk keluarga, dan BUKAN kerana kemiskinan. Wenzhou adalah wilayah yang terkenal di China di mana perusahaan swasta, perniagaan bebas dan keinginan menjadi cepat kaya senang diperoleh. Namun apabila kita melawat Chinatown di Milan ataupun bandar-bandar lain di Italy, kita tidak kisah perkara ini kerana ‘Cina ada di mana-mana.’
Kita semua tahu China sedang bergerak ke arah kuasa pengeksport dan salah satu bahan eksportnya adalah penduduk China sendiri. Di Prato, seperti Florence dan masyarakat lain sekitar Tuscany serta Eropah, adalah satu daripada beribu-ribu komuniti yang menerima limpahan pendatang Cina sama ada halal atau haram. Prato adalah sebuah bandar dengan 200,000 orang penduduk sedang menampung 20,000 orang pendatang Cina- satu keanehan di mana pendatang asing biasanya hanya membentuk dua peratus daripada keseluruhan penduduk sesebuah negara. Bahkan, kebanyakan pendatang yang tinggal di Tuscany datang dari Asia dan komuniti Cina di situ adalah paling ramai di Italy. Di Prato, pegawai majlis tempatan menyatakan kebanjiran pendatang Cina adalah rahmat kepada industri pakaian bandar itu kerana jualan tahunan daripada industri itu mencecah US$1.3 bilion iaitu peningkatan tahunan sebanyak 21 peratus. Orang Cina mula tiba di Prato sejak 10 tahun lalu apabila kerajaan Italy memberi pengampunan kepada pendatang yang masuk secara tidak sah. Mereka yang mendapat permit penduduk dibenarkan membawa ahli keluarga. Bagi yang tidak ada permit, mereka membawa masuk ahli keluarga secara seludup dengan kos sehingga US$30,000 seorang.
Apabila mengunjungi Prato, dapat dilihat pendatang Cina menguasai kedai komputer, telefon bimbit dan hiasan diri. Kadangkala orang Italy sendiri kurang mengambil tahu bagaimana pendatang Cina menguasai bisnes ini dan menguruskan kehidupan mereka. Bagaimanapun, peniaga-peniaga Cina menghubungkan peminggiran ekonomi mereka dengan ekonomi Italy melalui bisnes keluarga yang kecil dan tidak membayar cukai. Mentaliti orang Cina tidak banyak berubah walaupun berada di Italy. Syarikat milik keluarga juga terpaksa bekerja 11 jam sehari. Cuma di Prato, pendatang Cina lebih baik sedikit kerana suasana kerja yang kondusif berbanding perlu bekerja 15 sehari di bandar lain. Seorang Cina tempatan berkata, ‘Orang Cina suka berjalan ke seluruh dunia. Jika mereka ada wang, mereka akan ke luar negara untuk melihat dunia luar. Bagi pemimpin bisnes Cina di Prato, proses menjadi kaya adalah timbal-balik.’

Sunday, September 27, 2009
EPU tumpu golongan berpendapatan rendah
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang dikeluarkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebenarnya sudah mengambil kira pelbagai aspek penting terutama membabitkan keperluan makanan seimbang seseorang penduduk di negara ini.
Timbalan Pengarah Pengagihan EPU, Mohamad Idris, berkata PGK adalah purata pendapatan minimum yang diperlukan sesebuah keluarga untuk hidup terutama kemampuan mendapatkan makanan seimbang bagi menjalani kehidupan aktif dalam masyarakat.
Beliau berkata, sebenarnya PGK bukan setakat perlu berbeza bagi setiap negeri atau lokasi tetapi lebih tepat lagi, setiap keluarga mempunyai PGK mereka sendiri kerana keperluan makanan seimbang setiap keluarga berbeza.
“Bagi keluarga yang ramai anak, keperluannya pasti lebih tinggi. Tak ramai anak tapi badan besar pun perlu dapatkan lebih kalori, bermakna lebih besar keperluannya. Jadi, PGK setiap keluarga berbeza.
“Namun, EPU hanya mampu mengeluarkan PGK secara purata selepas membuat analisis di setiap kawasan dan membabitkan beberapa keluarga. Untuk mewujudkan PGK yang lebih terperinci berdasarkan lokasi, perbelanjaannya terlalu besar,” katanya.
Mengakui hakikat bahawa PGK di setiap lokasi sepatutnya berbeza, Mohamad berkata, EPU sentiasa menekankan toleransi dalam menyalurkan bantuan, bukan sekadar membantu mereka yang miskin atau di bawah PGK, tetapi juga yang berpendapatan rendah.
Beliau berkata, senario kemiskinan di bandar lebih meruncing tetapi realitinya peluang mendapatkan wang di bandar lebih banyak selain barang keperluan yang lebih murah berbanding luar bandar.
“Orang di bandar, jika terdesak, boleh lagi cari jalan lain seperti berniaga atau apa saja. Jaga tempat letak kereta pun dapat duit. Di luar bandar, kalau berlaku sesuatu yang di luar dugaan, mereka akan hilang punca. Tak banyak jalan keluar,” katanya.
Beliau berkata, jika merujuk statistik, kemiskinan di bandar sudah berjaya dikurangkan dari 3.8 peratus pada 1999 kepada 2.3 pada 2007, namun ia hanya berdasarkan PGK sedangkan diakui kemiskinan perlu dilihat dalam pelbagai sudut lain seperti tempat tinggal, pendidikan dan minda.
Katanya, kemiskinan di bandar lebih banyak membabitkan kelompok kampung tradisi dalam bandar selain setinggan kerana mereka berdepan jurang perbezaan taraf hidup yang sangat besar.
“Meskipun dari konteks pendapatan, mereka tidak miskin kerana di atas paras kemiskinan, tetapi dimensi fizikal memberi persepsi sebaliknya. Mereka mungkin kelihatan sangat miskin. Itulah masalah utama di bandar. Jurang taraf hidup sangat besar. Rumah pangsa dan banglo memberikan gambaran yang sangat berbeza.
“Keadaan persekitaran termasuk peluang pendidikan dan kemudahan lain turut memberikan persepsi seseorang itu daif, walaupun pendapatannya melebihi RM740. Kerana itu, dasar kerajaan adalah membantu semua yang memerlukan termasuk mereka yang berpendapatan rendah,” katanya.
Berdasarkan maklumat yang dikeluarkan EPU, PGK yang digunakan untuk mengkelaskan kemiskinan di bandar ialah di bawah RM740 (Semenanjung), RM860 (Sarawak) dan RM970 di Sabah dan Labuan manakala bagi kategori miskin tegar di bandar pula, PGK yang digunakan ialah RM420 (Semenanjung), RM540 di Sabah dan Labuan serta RM530 di Sarawak.
Statistik yang dikeluarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula menunjukkan penerima bantuan paling ramai sehingga 2008 adalah di Pahang dengan 36,600 diikuti Terengganu (22,710), Kedah (21,393) dan Perak (17,722). Negeri yang mencatat jumlah bantuan paling tinggi pula ialah Terengganu dengan penyaluran bantuan lebih RM57 juta diikuti Kedah (RM41 juta), Kelantan (RM40 juta), Johor (RM35 juta) dan Perak (RM34 juta).
Berdasarkan bangsa pula, Melayu mencatatkan jumlah penerima bantuan paling tinggi iaitu 147,325 kes diikuti India 28,007 kes dan Cina (22,805). Di Kuala Lumpur pula, 14,326 penerima bantuan JKM dicatatkan sehingga Mac 2009 membabitkan peruntukan RM6.9 juta.
Senario yang sama dengan penerima bantuan pada peringkat kebangsaan, Melayu adalah penerima bantuan paling ramai di Kuala Lumpur iaitu 5,600 kes diikuti India 4,100 kes dan Cina 2,250 kes.
Perincian berdasarkan kawasan Parlimen di Kuala Lumpur pula menunjukkan Parlimen Batu mempunyai bilangan orang miskin paling ramai diikuti Bandar Tun Razak, Setiawangsa, Wangsa Maju, Lembah Pantai, Titiwangsa, Kepong, Seputeh, Bukit Bintang, Cheras dan Segambut.
(Berita Harian Online, 25/9/2009)

Saturday, September 26, 2009
Kemiskinan di bandar kena ambil kira inflasi, kos hidup
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang diguna pakai untuk mengklasifikasikan golongan miskin di negara ini sudah tidak relevan dan tidak sesuai dijadikan panduan untuk penyaluran sebarang jenis bantuan terutama membabitkan golongan miskin di bandar. PGK yang dikeluarkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri (JPM) menggariskan pendapatan yang dianggap miskin bagi penduduk bandar ialah di bawah RM740 sebulan dan angka itu digunakan bagi semua bandar di Semenanjung.
Ia menjadikan kaedah penetapan untuk mengagihkan pelbagai bantuan yang berdasarkan PGK sebagai syarat utamanya tidak relevan kerana meletakkan penduduk besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, Ipoh dan Pulau Pinang setara dengan bandar kecil seperti Alor Setar dan Kangar.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin, berkata PGK yang digunakan terutama bagi bandar besar seperti Kuala Lumpur perlu dikaji semula supaya lebih menggambarkan situasi sebenar keperitan hidup di tengah bandar raya. Malah, beliau mahu mencadangkan satu kajian menyeluruh dibuat bagi mengkelaskan PGK mengikut kawasan dan tidak dibuat secara umum seperti ketika ini.
“PGK adalah satu angka yang dibuat selepas mengambil kira semua faktor dan ia selaras dengan pendapatan perkapita selain gaji buruh yang tidak kurang RM30 sehari. Sebenarnya ia sangat sesuai dijadikan panduan untuk menilai kemiskinan apatah lagi apabila ia kini dinaikkan kepada RM740 berbanding sekitar RM500 sebelum ini.
“Namun, saya akui adalah tidak sesuai jika angka itu digunakan secara menyeluruh untuk semua bandar di negara ini. Ia perlu dikaji semula kerana situasi di setiap bandar berbeza. Perlu ada pengkhususan dan angka lain untuk bandar berbeza.
“Penduduk di Alor Setar tak boleh disamakan dengan Kuala Lumpur. Justeru, kajian perlu dibuat secara teliti dan satu PGK lebih tepat berdasarkan kawasan perlu disediakan. Kementerian kami akan cuba lanjutkan cadangan ini,” katanya.
Sehubungan itu, kajian untuk menetapkan PGK perlu dibuat secara berbeza bagi setiap lokasi dan dikemas kini dari semasa ke semasa bagi memastikan angka yang dijadikan penanda aras sentiasa sejajar tuntutan semasa.
Merujuk isu kemiskinan di bandar terutama Kuala Lumpur, Lajim berkata perlu ada usaha berterusan dan serius dalam menanganinya dengan cara memperbanyakkan program motivasi supaya masyarakat miskin di bandar tidak terus mengharapkan bantuan, tetapi menggunakan peluang yang ada untuk keluar daripada belenggu kemiskinan.
“Walaupun sukar, miskin di bandar mempunyai lebih peluang untuk berjaya dan keluar daripada kelompok kemiskinan berbanding di luar bandar kerana banyak peluang pekerjaan tersedia selain potensi menjalankan perniagaan sendiri.
“Kerajaan sentiasa menyediakan peluang pinjaman untuk memulakan perniagaan selain turut membina gerai untuk mereka berniaga. Bantuan bulanan orang miskin yang ada selama ini hanya sementara dan takkan bantu mengeluarkan mereka daripada kemiskinan. Mereka perlu ada pendapatan sendiri,” katanya.
Isu kemiskinan di bandar perlu diselesaikan segera kerana ia memberi kesan kepada penampilan wajah bandar itu sendiri khususnya kawasan tumpuan pelancong. Bandar juga seharusnya mempunyai penduduk berpendapatan tinggi serta mengambil bahagian dalam pembangunan bandar.
“Bandar besar dan menuju status negara maju tetapi ada pula rumah yang usang, ia pastinya memberikan imej kurang elok dan tak indah dipandang. Kerana itu, kita mempunyai visi menghapuskan sepenuhnya setinggan menjelang 2015.
“Selain itu, kerajaan perlu melihat generasi muda sebagai golongan penting yang perlu digerakkan untuk membasmi kemiskinan. Beri pinjaman perniagaan kepada anak muda dari keluarga miskin ini. Gabungkan kemahiran beberapa orang daripada mereka untuk wujudkan perniagaan,” kata Lajim.
Sementara itu, Felo Penyelidik Utama Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (Lestari), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Emiritus Chamhuri Siwar, berkata isu kemiskinan di bandar sangat dinamik dan takrifan mengenainya perlu dibuat dengan mengambil kira inflasi serta kenaikan harga barang.
Justeru, PGK yang diguna pakai ketika ini sebenarnya sudah ketinggalan kerana dihasilkan ketika pembentangan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) pada 2006 sedangkan senario ekonomi semasa banyak berubah.
“PGK perlu dilihat dan dikemas kini setiap tahun. Angkanya pasti berbeza dan ia perlu mengambil kira semua aspek. Selain itu, logik pada PGK itu perlu ada kerana ketika ini pendapatan yang layak dikategorikan sebagai miskin tidak banyak berbeza antara bandar dan luar bandar.
“Sepatutnya PGK di bandar dibuat berdasarkan indeks sara hidup di lokasi itu sendiri, bukannya dibuat secara umum. Di Johor Bharu umpamanya, kemasukan orang Singapura menyebabkan harga barang naik. Ia memberi kesan kepada penduduk setempat. Malah, sewa rumah dan pengangkutan di bandar sangat tinggi,” katanya.
Beliau yang aktif menjalankan kajian mengenai kemiskinan di bandar selain terbabit aktif menghasilkan penulisan mengenai isu itu berkata, PGK di bandar perlu dinaikkan daripada RM740 ke RM1,000 kerana angka terbabit lebih relevan.
Jika mengambil kira PGK, jumlah kemiskinan di bandar pada 2007 hanya 2.3 peratus sedangkan realitinya ramai yang hidup susah meskipun mempunyai pendapatan melebihi RM740, malah ada yang masih susah dengan gaji melebihi RM1,000.
“Kemiskinan di bandar lebih bersifat relatif dan berubah-ubah mengikut senario semasa. Ia menjadi lebih meruncing ketika kegawatan ekonomi dengan ramai kelompok pendapatan rendah dibuang kerja terutama di sektor perkilangan.
“Di bandar, bukan pendapatan saja isu utama yang perlu diambil kira dalam mengkategorikan kemiskinan, banyak lagi elemen lain termasuk keselesaan tempat tinggal, persekitaran, kemudahan dan pendidikan.
“Semuanya bersangkut paut. Keadaan rumah yang tidak selesa menjejaskan prestasi pembelajaran. Keadaan persekitaran yang tidak selesa pula menjejaskan kesihatan. Ia terbukti kerana kebanyakan kes penyakit berjangkit berlaku di kawasan penduduk berpendapatan rendah,” katanya.
Selain itu, katanya perlu diakui bahawa senario kemiskinan turut menyumbang kepada pelbagai kes jenayah serta gejala sosial tidak sihat seperti lepak dan rempit.
Menjelas lebih lanjut, Chamhuri berkata, jurang pendapatan di bandar terlalu besar dan memberi banyak tekanan kepada mereka yang berpendapatan rendah terutama kepada penduduk asal kerana menerima impak akibat pembangunan pantas di kawasan mereka.
“Pembangunan sebenarnya meminggirkan mereka yang tidak berkemampuan. Jurang pendapatan akan jadi semakin jauh. Memang diakui ada banyak faedah daripada pembangunan tetapi orang susah akan semakin susah kerana terpaksa menerima peningkatan kos sara hidup.
“Tambahan pula, jika dilihat secara teliti, perlu diakui pembangunan memberi banyak keuntungan kepada pihak tertentu. Contohnya pemilikan rumah, kebanyakan golongan pendapatan rendah hanya mampu menyewa.
“Kerana semua sebab itu, PGK di bandar perlu dinaikkan dan mengambil kira semua faktor. Perlu dikategorikan supaya semua kawasan ada PGK tersendiri. Tak sama di semua kawasan,” katanya.

Friday, September 25, 2009
Kaedah agihan bantuan perlu diperbaiki elak penerima tercicir
Masalah kelewatan pengagihan bantuan di semua peringkat terutama di sekolah menjadi antara faktor utama yang paling membebankan golongan miskin dan ia lebih kritikal di kalangan mereka yang tinggal di bandar.
Malah, kaedah mengagih bantuan kepada golongan tertentu juga dilihat kurang mencapai matlamat kerana masih ada yang layaknya tidak dibantu lantaran mempunyai pendapatan melepasi garis kemiskinan sedangkan realitinya hidup mereka melarat di tengah bandar.
Senario itu dilihat sendiri hasil kunjungan ke beberapa keluarga di Kuala Lumpur dan mendapati masalah kewangan menjadi lebih kritikal kerana mempunyai ramai anak sehingga menyebabkan kesukaran menangani perbelanjaan harian.
Tukang sapu di sebuah pasar raya di Selayang, dekat Kuala Lumpur, Abdul Razak Yahya, 57, mempunyai lima anak dengan dua daripadanya belajar di sebuah asrama bantuan, manakala dua lagi masih bersekolah di sekolah rendah sekitar Kepong.
Dengan pendapatan RM600 sebulan dan sekadar menerima bantuan sebanyak RM350 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), keluarganya hidup kais pagi makan pagi dan keadaan itu semakin menekan setiap kali tiba musim awal persekolahan.
“Bantuan memang ada tetapi selalunya lambat sehingga dua atau tiga bulan. Setiap kali sekolah bakal dibuka, saya pening kepala dan tertekan sangat sebab terpaksa beli pakaian sekolah untuk empat anak sedangkan gaji terlalu sedikit.
“Saya sebenarnya sangat berharap bantuan itu dapat disalurkan awal supaya dapat meredakan masalah kami sekeluarga. Namun, sepanjang anak saya bersekolah, bantuan tak pernah diterima awal,” katanya.
Melihat keadaan dirinya, pelbagai persepsi boleh dibuat kerana dalam usia setua itu dengan anak masih kecil, pelbagai kemungkinan boleh berlaku dan sewajarnya ada kaedah khusus membantu mereka untuk keluar dari belenggu kemiskinan.
“Kami nak berniaga dan pernah berniaga kecil-kecilan di depan pangsapuri ini, tetapi apabila lesen tamat tempoh, sukar nak perbaharui kerana dikatakan kami berniaga atas tapak yang tidak dibenarkan,” katanya yang menetap di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Intan Baiduri dengan sewa RM124 sebulan.
Abdul Razak juga mengakui pendidikan penting untuk memastikan anaknya berjaya tetapi dengan situasi kewangan yang dihadapinya dan tiada bantuan khusus untuk pelajaran, dia tidak mampu menghantar anak tuisyen meskipun berkali-kali anaknya meminta.
Pemandu teksi, Md Ali Mohamad, 52, yang mempunyai purata pendapatan RM1,500 sebulan pula menghadapi dilema sukar mendapat bantuan kerana pendapatannya melepasi garis kemiskinan iaitu RM740 yang ditetapkan bagi penduduk bandar.
Namun, menjengah ke kediamannya di Jalan Pantai Dalam, realiti yang terpampang menjelaskan senario sebenar bahawa dia sangat layak mendapat apa saja jenis bantuan kerana terpaksa hidup umpama tinggal dalam ‘rumah kongsi’ bersama isteri dan lapan anaknya.
Keadaan rumah kecil yang mempunyai satu bilik itu serba kekurangan dengan atap bocor di sana sini menyebabkan seluruh ruang rumah akan basah ketika hujan, malah bekalan elektrik juga sudah dipotong lantaran kegagalan menjelaskan bil tertunggak berjumlah hampir RM1,000.
Lapan anak dengan empat daripadanya sudah bersekolah menyebabkan tekanan hidupnya lebih terasa tambahan pula tuntutan kehidupan di bandar yang menuntut kos sara hidup tinggi.
“Pakaian anak tak pernah dan tak ada yang baru. Semuanya beli pakaian terpakai. Saya pula bawa teksi dan jika tak sihat, bagaimana nak cari belanja untuk hari itu. Hidup kami kais pagi makan pagi tetapi yang penting, anak cukup makan.
“Bantuan persekolahan memang ada termasuk biasiswa tetapi tak menentu. Kadang-kadang ada, ada kalanya lambat dan pernah juga tak dapat. Cikgu di sekolah kata bantuan tak dapat sebab gaji RM1,500 sedangkan mereka tak tengok sendiri realitinya,” katanya.
Mengulas senario itu, Presiden Majlis Pemuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, mahu Kementerian Pelajaran lebih peka dan proaktif mengagih bantuan supaya dapat disalurkan kepada mereka yang memerlukan.
Katanya, kaedah dan sistem pengagihan bantuan itu perlu diperbaiki dengan mewujudkan satu panel bertindak di setiap sekolah terdiri di kalangan guru dan ahli PIBG supaya setiap permohonan dapat disemak dan diteliti supaya tiada tercicir.
“Ikut sistem JKM. Jangan sekadar tengok gaji. Pergi lawat rumah mereka dan tengok sendiri keadaannya. Bantuan pula perlu disegerakan. Selesaikan semuanya pada awal tahun atau sebelum sekolah dibuka,” katanya.
Ia penting kerana ibu bapa nak menghantar anak ke sekolah dan ketika itu belanjanya tinggi. Saya akui, banyak terima aduan mengenai kelewatan bantuan ini.
“Bantuan lain seperti tuisyen dan makanan seimbang juga penting. Malah ia lebih penting untuk memastikan anak orang miskin dapat faedah daripada bantuan itu,” katanya yang mahu fokus utama diberikan kepada golongan miskin di bandar kerana ia diakui lebih kritikal.

Wednesday, September 23, 2009
Potong rumput
Ada di antara kita yang malas hendak memotong rumput di halaman. Barangkali kerana tidak ada masa, tidak biasa atau inginkan orang lain memotong rumput dengan kemahiran mereka. Kalau memotong sendiri mungkin ia tidak secantik tukang potong rumput.
Rakan saya di Bangi, Hanizam, meminjamkan sebuah mesin pemotong rumput kepada jiran sebelah rumah yang menganggur kerana tidak mahu bekerja. Banyak sudah tempat yang dipohon tetapi semuanya tidak berjaya. Dengan mesin potong rumput itu, dia mula memotong rumput di kawasan rumah Hanizam dan rumahnya sendiri.
Untuk membiasakan diri dengan kerja potong rumput, dia memberikan khidmat percuma kepada jiran-jiran yang ada halaman dan ingin dipotong rumput. Setelah dua bulan, timbul difikirannya untuk mengambil upah memotong tumput dari rumah ke rumah.
Peringkat awal, dia mengenakan bayaran RM15 hingga RM30 mengikut saiz kawasan. Kos ini untuk menampung minyak petol dan selebihnya untuk bisnes. Setiap hari dia akan bergerak dari rumah ke rumah, bertanyakan sesiapa yang ingin mendapatkan khidmatnya. Kadangkala dalam sehari boleh dapat 7 hingga 10 rumah. Kalau hari minggu, bisnesnya lebih baik.
Selepas setahun menjadi pemotong rumput sepenuh masa, Hanizam memberitahu, ‘Pemotong rumput kini sudah ada pekerja.’ Terkejut saya dibuatnya. Seorang yang tidak mahu bekerja, duduk di rumah dan akhirnya menjadi bos sendiri. Bisnesnya pula bukanlah susah sangat. Namun kesungguhan dan ingin berusaha sendiri menjadikannya berubah.
Dengar kata kini dia sudah membeli sebuah van second hand untuk membawa mesin pemotong rumput dan pekerjanya. Kawasan bisnes mereka juga tidak lagi di sekitar Bangi, malah menjangkau ke Sepang, Nilai dan Semenyih.
Peralatan yang diperlukan sebagai pemotong rumput sangat mudah iaitu mesin potong rumput, cermin mata keselamatan, alat ganti dan sedikit pengetahuan mengenai teknik memotong rumput di lereng bukit, kawasan rata dan mencantikkan potongan.
Rezeki pemotong rumput amatlah senang jika mahu melakukannya. Banyak kawasan yang masih dilitupi rumput hijau yang tidak diurus yang memerlukan seseorang untuk memotongnya.
Bagaimana pula pendapatan menjadi bos sendiri dalam bisnes ini? RM5,000 hingga RM6,000 sebulan.
Bagi melengkapkan kemahiran anda demi bisnes masa depan, alangkah baiknya jika anda dapat mempelajari teknik dalam penceriaan taman, hiasan dan perkebunan. Manalah tahu jika anda berminat, bisnes seperti ini dapat menjadi penjana wang untuk anda kelak.

Tuesday, September 22, 2009
Hadapi kebebalan
Baru-baru ini jurucakap Polis Indonesia, Mejer Jeneral Nanan Sukarna dengan angkuh dan selamba mengumumkan kejayaan mereka menumpaskan Noordin Mat Top dan berkata mahu menghantar jenazah Noordin kembali ke Malaysia secepat mungkin kerana tidak mahu bangsa Indonesia diganggu oleh ‘roh’nya.
Selepas sembilan tahun memburu pengganas, kejayaan Polis Indonesia sangat dibanggai tetapi kata-kata sindiran jurucakap ini sangat memeluatkan hati. Sikap beliau sama seperti tindakan media Indonesia yang lebih suka mengambil pendekatan konfrantasi berbanding diskusi. Sikap seperti ini memberi masalah bukan sahaja kepada hubungan peribadi rakyat kedua-dua negara malah berlanjutan kepada aktiviti ekonomi dan sosial.
Kewarasan sangat penting ketika berhadapan dengan krisis. Ia dapat mengendurkan sifat marah dan tidak rasional. Rakyat Malaysia telah lama dididik untuk bersikap lebih rasional dan waras apabila membuat tindakan. Justeru, Malaysia mendapatkan kemerdekaan melalui rundingan bukannya peperangan.
Berhadapan dengan negara jiran, semasa menjadi perdana menteri, Tun Dr Mahathir pernah ditanya bagaiamana strategi beliau berhadapan dengan keangkuhan Singapura. Jawabnya sangat jelas iaitu sama seperti melemahkan seekor singa. Caranya ialah menyiat kulit haiwan itu satu per satu supaya ia merasai sakit, akhirnya lemah dan mati.
Menghadapi media Indonesia dan rakyatnya yang sombong tidak ubah seperti kaedah di atas. Strategi ini hanya boleh dilakukan oleh pemimpin yang berfikir, cerdik dan berani menghadapi risiko. Kelemahan Indonesia ialah rakyatnya ramai yang miskin, daerah yang luas dan kawalan keselamatan yang sukar kerana sedang menghadapi masalah dengan Malaysia, Singapura, Australia dan Palau. Ekonomi negara dikuasai sepenuhnya oleh etnik Cina sementara pribumi merintih di negara sendiri. Kedudukan rasuah antara negara juga menunjukkan Indonesia kaya dengan korupsi.
Jika Indonesia menganggap Malaysia mengeksport pengganas kerana tindakan Noordin, bagaimana pula dengan perompak-perompak bangsa Indonesia yang kerap kali ditembak mati oleh Polis Malaysia? Bangsa Indonesia yang merompak ini datang menggunakan dokumen yang sah tetapi kehadirannya ke Malaysia adalah untuk merompak, mencuri dan membunuh. Apakah media Indonesia boleh menghalang rakyat Malaysia untuk merumuskan bahawa Indonesia sebuah negara yang mengeksport perompak di negara itu seperti mana mereka begitu bebal dan dungu untuk berbicara soal Tarian Pendet yang mendedah aurat dan sangat tidak menarik itu?
Indonesia akan terus bersengketa dengan jiran-jirannya jika masih mahu meneruskan konflik. Gunung berapi akan meletup, gempa bumi menggoncang pulau, pantai dibadai ombak. Alam diselimuti asap dan bukit disimbah banjir.

Friday, September 18, 2009
Hasan Al-Banna, tokoh pembaharu Islam abad ke-20
Nama Hasan Al-Banna sudah sangat tidak asing bagi sebahagian umat Islam. Jejak perjuangannya, membuat namanya cukup tersohor di dunia Islam.
Nama lengkapnya adalah Hasan Ahmad Abdurrahman Al-Banna. Ia adalah seorang mujahid dakwah, peletak dasar-dasar gerakan Islam sekali gus pendiri dan pimpinan tertinggi Ikhwanul Muslimin (Persaudaraan Islam). Oleh kerana peranannya itu, dia mendapat julukan sebagai pembaharu Islam abad ke-20.
Hasan Al-Banna berusaha berjuang dan menyiarkan dakwah Islam, sebagaimana tuntutan al-quran dan sunah Rasulullah SAW. Perhatiannya sangat besar terhadap upaya meluruskan pemahaman Islam dan mengembalikan nilai-nilai ajaran Islam yang telah dibuang oleh umat Islam sendiri.
Menurut Al-Banna, sebahagian besar umat Islam hanya menginginkan akidah tanpa syariah, agama tanpa negara, kebenaran tanpa kekuatan, dan perdamaian tanpa perjuangan. Tetapi, Al-Banna menginginkan Islam sebagai akidah dan syariah, agama dan negara, kebenaran dan kekuatan, perdamaian dan perjuangan.Suatu ketika dia ditanya oleh seseorang dan si penanya mengharapkan Hasan Al-Banna menjelaskan tabiat dirinya. Imam Hasan Al-Banna berkata, ‘Saya adalah seperti seorang pelancong (pengembara) yang sedang mencari kebenaran, orang yang mencari jati diri yang sebenarnya, warga negara yang mendambakan kemuliaan, kemerdekaan, ketenteraman, dan kehidupan yang mudah di bawah naungan agama Islam yang lurus. Saya berusaha untuk menerapkan Islam yang sebenarnya..’
‘Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku adalah untuk Tuhan alam semesta yang tidak ada sekutu bagi-Nya. Inilah diri saya yang sebenarnya, sekarang siapa diri Anda yang sebenarnya?’ tegasnya.
Hasan Al-Banna, dikenal sebagai seorang tokoh yang paling gigih memberikan penjelasan kepada umat Islam tentang erti penting keterlibatan umat Islam dalam politik. Menurutnya, politik adalah bahagian dari Islam dan sesungguhnya kemerdekaan adalah salah satu kewajipannya.
Selain itu, Al-Banna juga memberikan perhatian yang besar dalam pembentukan generasi muda Muslim yang istiqamah terhadap diri sendiri dan menjadikan Allah sebagai tujuannya, Islam jalannya dan Muhammad sebagai teladannya.
Untuk itu, menurut Al-Banna, para generasi muda Islam haruslah memahami Islam secara mendalam, memiliki iman yang kuat, menjalin hubungan yang erat satu sama lain, mengamalkan ajaran itu dalam dirinya sendiri, bekerja dan berjuang untuk mencapai kebangkitan Islam serta berusaha mewujudkan kehidupan yang Islami dalam masyarakatnya.
Bagi mencapai tujuan tersebut, kata Al-Banna, umat Islam tidak boleh terpecah belah. Sebab, perpecahan itu akan melemahkan kekuatan Islam. Dalam pandangannya, umat Islam harus disatukan dalam satu landasan Islam yang universal. Islam itu harus bersatu agar semakin kuat dan jaya.
Keinginan Al-Banna yang besar ini sudah muncul sejak dia masih muda. Dari sini pula, dia mendirikan perkumpulan atau organisasi Ikhwanul Muslimin (Persaudaraan Islam), bersama enam orang temannya, pada tahun 1938.
Tujuan dari pendirian organisasi tersebut adalah untuk memberi pemahaman Islam yang benar. Menurutnya, Islam adalah merupakan akidah, seruan untuk beribadah, tanah air, kewarganegaraan, kelapangan, kekuatan, akhlak, alat untuk mencari material, kebudayaan dan perundangan. Beberapa tokoh yang tergabung di dalamnya, antara lain Sayyid Quthb dan Yusuf Al-Qaradhawi.
Keberadaan organisasi Ikhwanul Muslimin ini mampu memberikan semangat baru bagi generasi muda Islam untuk bangkit dan bersama-sama memperjuangkan Islam, sesuai dengan tuntunan al-quran dan sunah Nabi SAW.
Menurut Almuzammil Yusuf, dalam bukunya tentang Pemikiran Politik Ikhwanul Muslimin, kelahiran organisasi ini disebabkan adanya fakta sejarah yang menunjukkan keimanan umat Islam sudah mulai bercampur dengan sesuatu yang tidak diajarkan dalam al-quran mahupun hadis Rasulullah SAW.
Selain itu, kemunculan organisasi ini disebabkan adanya fenomena perang Salib, keragaman pendapat dan gagasan tokoh Muslim seperti Jamaluddin Al-Afghani dan Muhammad Abduh. Di samping itu, kemunculannya juga disebabkan adanya pengaruh sufi dan tarekat serta gerakan ideologi politik.
Ahli pidato
Hasan Al-Banna dilahirkan pada 14 Oktober 1906 di Desa Mahmudiyah kawasan Buhairah, Mesir. Ayahnya, Sheikh As-Sa'ati, adalah seorang ulama hadis dan pengarang buku dalam bidang hadis yang berjudul Al Fath Ar Robani fi Tartib Musnad Al Imam Ahmad . Dia memperoleh pendidikan dasar di sekolah Ar-Rasyad Ad-Diniyah. Pada usia 12 tahun, Hasan al-Banna telah menghafal al-quran.
Walaupun masih muda, di sekolahnya dia sudah mendirikan sebuah organisasi yang diberi nama Jam'iyah Al-Akhlaq Al-Adabiyah dan organisasi Man'u Al-Muharramat. Dia juga selalu menulis surat yang dikirimkan kepada orang-orang yang berpengaruh. Dalam surat yang tidak menyebutkan namanya itu, berisi tentang nasihat-nasihat kepada mereka. Dia selalu mengunjungi perpustakaan As-Salafiyah dan tempat-tempat berkumpulnya para ulama Al Azhar.
Sewaktu muda, Hasan Al-Banna sering mengunjungi tempat-tempat hiburan, gedung-gedung pertemuan dan kelab. Dalam kunjungannya ke tempat-tempat tersebut, Hasan Al-Banna dan teman-temannya selalu mengajak mereka agar kembali kepada Islam yang benar.
Selepas lulus SMA, pada tahun 1923 Al-Banna melanjutkan pendidikan ke Fakulti Dar Al Ulum dan lulus pada tahun 1927 dengan mendapatkan peringkat pertama. Setelah menamatkan pendidikannya, dia kerap berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain untuk berdakwah hingga kemudian dia memutuskan untuk menetap di Ismai'iliyah.
Tahun 1938, bersama enam orang temannya, dia mendirikan organisasi Ikhwanul Muslimin. Di Isma'iliyah, dia mendirikan masjid, pejabat organisasi Ikhwanul Muslimin dan sekolah Hara untuk mempelajari Islam. Di samping itu, di sana dia juga mendirikan sekolah yang diberi nama Ummahatul Mukminin. Tujuan dari pendirian sekolah tersebut adalah untuk mendidik putera-puteri Islam dengan pendidikan Islam yang benar. Kemudian berpindah ke Kaherah, di sana dia mendirikan sebuah pejabat pusat untuk organisasinya yang diberi nama Pejabat Pusat Umum.
Hasan Al-Banna dikenal sebagai seorang yang ahli dalam berpidato, lidahnya sangat fasih, ahli dalam sastera dan pandai memilih kata-kata yang tepat. Pada tahun 1941, dia dipenjara selama sebulan berkaitan dengan pidato yang disampaikannya yang isinya mengkritik sistem politik Inggeris pada Perang Dunia ke II. Masih pada tahun yang sama, dia dipaksa pindah ke Qana.
Di tempat barunya ini, Al-Banna terus melanjutkan perjuangannya dengan menyampaikan dakwah dan mengajarkan Islam kepada umat dari satu tempat ke tempat yang lain. Dia juga mengirimkan delegasi-delegasi ke seluruh penjuru dunia untuk mengetahui keadaan umat Islam. Delegasi-delegasinya menginformasikan tentang realiti dunia Islam.
Pada tahun 1948, dia mengirimkan satu batalion pasukan ke Palestin. Pasukan yang dikirim ke Palestin itu terdiri daripada orang-orang Ikhwanul Muslimin. Dalam pertempuran melawan orang-orang Ikhwanul Muslimin, pasukan Yahudi mendapatkan kekalahan yang teruk. Salah satu jenderalnya berkata, ‘Seandainya mereka memberikan kepadaku satu batalion orang-orang Ikhwanul Muslimin, maka dengan pasukan tersebut saya pasti menaklukkan dunia.’
Peribadi kehidupan Asy-Syahid
Dalam kalangan para pendiri dan anggota Ikhwanul Muslimin, Hasan Al-Banna dikenal sebagai seorang yang sangat rendah hati, sangat menjaga kebersihan, daya ingatnya sangat kuat, selalu semangat dan tak kenal lelah, sangat mencintai manusia dan berlaku lemah lembut kepada mereka, selalu senyum, pemberani dan juga tidak pernah meninggalkan solat malam.
Sayyid Quthb, salah seorang rakannya di Ikhwanul Muslimin, memberi maklum tentang Hasan Al-Banna, ‘Sesuatu yang besar dalam diri Hasan Al-Banna adalah dia selalu berfikiran positif, berbuat baik dan pintar.’
Sheikh Muhammad Al-Hamid mengulas Imam As-Syahid, ‘Sejak lama umat Islam tidak menjumpai orang seperti Hasan Al-Banna.’ Syekh An-Nadawi juga berkomentar tentang diri Hasan Al-Banna,’ Dia adalah sosok yang mengejutkan Mesir dan dunia Islam.’
Suatu saat terjadi kekacauan di Mesir dan pemerintah tidak mampu mengatasinya. Pemerintah terus menuduh Ikhwanul Muslimin yang ada di balik kekacauan tersebut. Dengan alasan ini, pemerintah Mesir menutup pejabat Ikhwanul Muslimin dan banyak anggotanya yang dipenjara serta organisasi mereka juga dibubarkan.
Sementara pengasas Ikhwanul Muslimin, terbunuh sebagai syahid pada tahun 1948 di penempatan Ramsis. Di suatu malam, ada tiga orang yang menembakkan senjatanya ke arah Hasan Al-Banna dan mereka terus melarikan diri. Oleh banyak kalangan, para penembak misteri ini diyakini sebagai penembak 'titipan' pemerintah. Dua dari mereka adalah seorang pengintip dan satunya lagi adalah Muhammad Abdul Majid yang bekerja sebagai ketua Keamanan Negara Mesir ketika itu.
Hasan Al-Banna kemudian dilarikan ke rumah sakit. Oleh kerana adanya ancaman yang keras dari pemerintah, orang-orang tidak ada yang berani mendekati dan membalut lukanya. Akibatnya, dua jam setelah penembakan terhadap dirinya, Hasan Al-Banna meninggal dunia tanpa ada yang memberinya pertolongan. Dia hanya disembahyangi oleh ayah dan keempat saudara perempuannya.
Sebelumnya, pemerintah memadamkan listrik terlebih dahulu di kampungnya. Pemerintah bersedia menyerahkan jenazah kepada keluarganya, dengan syarat mereka tidak akan mengumumkan berita duka. Jenazah kemudian dibawa oleh ayah dan saudara-saudaranya. Proses pemakaman jenazah dilakukan dalam suasana yang sangat mencengkam dan dengan di kelilingi oleh kereta kebal. Kuburnya dijaga ketat oleh tentera agar para pengikut Hasan Al-Banna tidak memindahkan jenazahnya.
Kematian Hasan Al-Banna pun menjadi duka berpanjangan bagi umat Islam. Dia mewariskan sejumlah bahan penulisan seperti Mudzakkirat Ad-Du'at wa Ad-Da'iyyah (Catatan Harian Dakwah dan Da'i) serta Ar-Rasail (Kumpulan Surat-surat). Selain itu, Hasan Al-Banna mewariskan semangat dan teladan dakwah bagi seluruh aktivis dakwah saat ini.
Wirid Al-Ma'tsurat
Al-Ma'tsurat adalah salah satu karya yang pernah disusun oleh Hasan Al-Banna. Risalah kecil berupa wirid dan doa yang diambil dari sejumlah surah dalam al-quran ini sangat popular dalam kalangan kaum Muslimin di seluruh dunia. Bahkan, wirid-wirid yang terkandung di dalamnya dijadikan sebagai amalan harian wajib bagi para pengikut kelompok Ikhwanul Muslimin dan kebanyakan para aktivis pergerakan Islam.
Bacaan doa dan wirid yang terdapat dalam kitab Al-Ma'tsurat ini merupakan bahagian dari amalan-amalan tarikat Shufiyyah Hashshofiyyah, di mana Hasan Al-Banna telah menjadi salah satu pengikutnya sejak usia muda. Semasa hidupnya, dia selalu mengamalkan ritual-ritual tarikat Hashshofiyyah tersebut seperti Wazhifah (wirid) Rozuqiyyah setiap pagi dan petang.
Pada akhir Al-Ma'tsurat ini tercantum Doa Rabithah yang bermaksud, ‘Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahwa hati-hati ini telah berkumpul untuk mencurahkan kecintaan hanya kepada-Mu, bertemu untuk taat kepada-Mu, bersatu dalam rangka menyeru di jalan-Mu, dan berjanji setia untuk membela syariat-Mu maka kuatkanlah ikatan pertaliannya Ya Allah, abadikan kasih sayangnya.’
Sumber: Republika Online (diedit)

Wednesday, September 16, 2009
Dapat wang dengan hobi kumpul setem
‘Dulu saya tidak faham nilainya, kini saya tahu hobi yang diamalkan bermanfaat,’ demikian kata seorang pesara guru, Mohd Kalam yang suka mengumpul setem dan sampul surat hari pertama. Beliau mengumpul setem sejak dari sekolah dan sanggup mengeluarkan belanja yang besar untuk memilikinya.
Antara setem dan sampul surat hari pertama yang masih disimpannya ialah setem hari kemerdekaan yang tertera cop 31 Ogos 1957. Sehingga kini beliau masih menyimpan lebih 25 jenis setem dan sampul surat yang menjadi barang bernilai untuk diri dan anak cucunya.
Sehingga sekarang beliau masih meneruskan hobi ini.
Bagaimana mengumpul setem dan sampul surat hari pertama memberi wang kepada beliau?
Seorang doktor pernah menawarkan RM1,000 untuk membeli satu setem dan sampul surat miliknya. Beliau sedia menjual setem dan sampul surat dalam simpanannya dengan harga RM200 sebagai kenang-kenangan.
Selain setem yang berkaitan dengan hari kemerdekaan, beliau turut menyimpan koleksi setem setahun selepas merdeka dan 10 tahun selepas merdeka. Tarikh-tarikh penting seperti pertabalan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong turut disimpannya sebagai bahan kenangan.
Menghayati hari-hari penting dalam sejarah negara seperti kemerdekaan, ulang tahun kemerdekaan atau pertabalan pembesar negara melalui setem dan sampul surat hari pertama. Sejarah akan terus diingati jika anda mengambil usaha mengumpulkan semua detik bersejarah ini.
Selain daripada setem, hobi-hobi yang dulunya disimpan di rumah anda kini boleh dikomersialkan. Bagaimana?
Anda rancang adakan persembahan solo di karnival, bilik pameran atau ekspo yang berkaitan dengan hobi anda itu. Setiap hobi ada peminat fanatik yang sanggup menghabiskan masa mereka melawat dan berbincang tentang hobi berkenaan. Bagi setiap kali pameran, katakan anda mengenakan bayaran masuk sebanyak RM5.00 bagi kumpulan keluarga, ia sudah dikira banyak kalau bilik pameran hobi anda dikunjungi 100 orang sehari.
Bagi anda yang telah lama mengumpul gambar bangunan, pemandangan atau lukisan berharga, anda patut berkongsi hobi itu dengan orang ramai. Jika hobi anda membuat bunga hiasan, melukis di atas kaca, menghias tanah liat atau dekorasi bahan-bahan terbuang, inilah masanya untuk anda menyertai aktiviti di sekitar anda. Kenakan bayaran supaya orang ramai dapat menghargai kreativiti dan hobi anda ini.

Monday, September 14, 2009
Halaqah keluarga
Penulis: Badan Penyelaras, Kelab Remaja HALUAN (KeARAH)
Penerbit: HALUAN Malaysia
Muka Surat: 116
Halaqah Keluarga pada awalnya merupakan nota-nota ringkas yang digunakan untuk bacaan umum dalam usrah-usrah kecil pembentukan kefahaman Islam. Setelah beberapa lama dibahaskan, bahan-bahan tersebut dikumpul dan dijadikan sebuah buku supaya menjadi panduan yang berguna khususnya kepada ibu dan bapa yang menjadi ketua dalam rumah tangga.
Kandungan buku ini dibahagikan kepada tiga bab utama iaitu al-quran, hadis dan sirah. Dalam bab al-quran, pemilihan artikel menekankan kebesaran Allah SWT melalui 38 tajuk. Tujuan utama tajuk-tajuk ini dimuatkan ialah mengukuhkan aqidah keluarga muslim terhadap Islam. Justeru, separuh daripada tajuk ini berkaitan surah Al-Fatihah yang menyentuh sifat-sifat Allah SWT. Selebihnya adalah ayat-ayat pilihan seperti surah Al-A’raaf ayat 11 yang berkaitan iblis sebagai musuh manusia yang nyata, surah Fathir ayat 32 yang berkaitan tiga golongan manusia dan surah Ar-Ra’d ayat 28 yang membicarakan rahsia mencari hati yang tenang.
Bab kedua berkaitan hadis. Terdapat 13 artikel yang menyentuh kehidupan seharian, ibadat dan pengukuhan jati diri yang kesemuanya diambil dari sumber yang sahih. Antara tajuk artikel ialah jangan marah, sifat-sifat iman yang diiktiraf dan kelebihan berwudhuk. Huraian yang ringkas dan mudah difahami dapat memudahkan ibu dan bapa membantu menambah kefahaman anak-anak mereka.
Dalam bab ketiga, buku ini memuatkan kisah-kisah sahabat Rasulullah SAW yang telah banyak berkorban untuk menegakkan Islam. Antaranya kisah penderitaan Bilal yang boleh menjadi renungan kepada pendengar untuk berfikir. Begitu juga kisah empat khalifah Islam yang awal: Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali di samping beberapa orang sahabat yang lain seperti ‘Amr bin Jamuh dan Usamah bin Zaid.
Secara keseluruhannya kandungan buku ini boleh menjadi bahan bacaan selepas solat yang sangat baik untuk seisi keluarga khususnya yang mempunyai anak-anak di bawah 12 tahun. Artikel sedia ada boleh ditambah penerangannya supaya anak-anak tidak jemu di samping dapat menekankan nilai-nilai jati diri kepada mereka. Ayah dan ibu boleh membaca setiap artikel dalam masa 10 hingga 15 minit mengikut kesesuaian. Sekiranya tidak dapat dilakukan setiap hari, ia boleh direncanakan seminggu sekali dalam halaqah atau liqa’ mingguan. Sesi penyampaian boleh dipelbagaikan supaya wujud perkongsian ilmu yang lebih mantap.
Di samping untuk keluarga, kandungan artikel juga sesuai digunakan sebagai bahan kuliah untuk peserta-peserta kursus pembangunan diri yang boleh dibaca selepas solat lima waktu.

Sunday, September 13, 2009
Azam mendidik anak
Kita sering mendengar resolusi tahun baru kebanyakan orang adalah untuk berhenti merokok, lebihkan senaman atau mengubah tabiat pemakanan. Apa kata tahun ini anda mencari resolusi baru untuk menjadi ibu bapa yang lebih efektif?
Mungkinkah terdapat teknik mendidik anak yang perlu anda tukar? Ataupun terdapat tabiat anak anda yang perlu diubah?
Berikut adalah sesetengah resolusi mendidik anak yang mungkin boleh dipertimbangkan.
Jadikan contoh
Kebanyakan ibu bapa tidak sedar akan pengaruh mereka terhadap anak-anak.
Anak biasanya cenderung terpengaruh dengan tabiat merokok, pengamalan diet yang tidak sihat, tidak memakai topi keledar dan sebagainya jika salah seorang daripada ibu bapa mempunyai tabiat buruk.
Ibu bapa perlu menjadi model yang baik sama ada dari segi tingkah laku mahupun kaedah pengurusan emosi.
Mendisiplinkan anak
Belajar mendisiplinkan anak secara efektif amat mustahak. Mendidik mereka kaedah bertindak balas dan mengurangkan tingkah laku yang buruk adalah salah satu contohnya.
Disiplin dan hukuman bukan perkara yang sama. Jika anda berdepan dengan masalah mendisiplinkan anak, maka jangan segan mendapatkan bantuan. Setiap kanak-kanak adalah berbeza. Teknik didikan tertentu tidak semestinya boleh diaplikasikan untuk semua anak.
Didikan adalah sebahagian besar daripada disiplin. Jika anak melenting, mengehadkannya daripada menikmati pelbagai keistimewaan mungkin satu tindakan yang wajar.
Tetapi, si anak tidak mungkin belajar atau tahu apa yang betul sehinggalah anda menunjukkan kepadanya. Luangkan masa untuk menerangkan perilaku yang betul kepada anak.
Memahami anak
Adakah anda memahami perkara yang dilakukan oleh anak? Mengapa anak kecil memandang anda dan sejurus selepas itu memukul abangnya atau melontarkan sesuatu ke atas lantai? Tidakkah dia tahu itu sesuatu yang salah?
Dia mungkin tahu tetapi tidak bermakna apa yang dilakukan itu jahat. Sebaliknya, kebanyakan kanak-kanak berada dalam kedudukan menerokai had mereka. Inilah satu proses normal dan merupakan sebahagian daripada perkembangan semula jadi. Jika anda berusaha memahami rasional anak, boleh jadi kemarahan dan reaksi anda tidaklah seteruk yang disangkakan.
Sebahagian besar ibu bapa telah mengukuhkan perilaku buruk anak tanpa disedari. Keadaan ini boleh berlaku apabila anak disalurkan dengan pelbagai perhatian negatif dan tidak konsisten. Sekiranya anda masih tidak dapat memahami mengapa anak bertindak sedemikian, maka ini mungkin bermakna teknik mendisiplinkan anak anda itu tidak berkesan.
Pemakanan sihat
Dewasa ini kebanyakan ibu bapa dilihat cenderung memanjakan anak. Malah, mereka juga terlupa meminta anak membasuh pinggan mangkuk setiap kali selepas makan. Sepatutnya, anak perlu belajar menghabiskan makanan agar tidak meninggalkan separuh daripada sajian tersebut di dalam pinggan.
Jika anda sentiasa membiarkan lebihan makanan berada dalam pinggan secara konsisten, tabiat ini akan terbawa-bawa sehingga ke alam dewasa. Untuk menyelesaikan masalah ini, anda mungkin boleh memberikan hidangan kecil kepada anak bagi melatihnya menghabiskan semua makanan. Sediakan juga pilihan makanan yang sihat seperti buah-buahan, sayuran, daging dan produk tenusu rendah lemak. Hadkan pengambilan minuman bersoda, tinggi gula dan makanan kaya lemak dalam diet pemakanan anak anda.
Aktiviti fizikal
Bilangan kanak-kanak dan anak remaja yang obes kian bertambah. Menghabiskan masa berjam-jam di depan televisyen, bermain permainan video dan komputer adalah antara puncanya. Jadi, selain pengamalan diet yang seimbang, pastikan anak diberi masa untuk melakukan aktiviti-aktiviti fizikal secara kerap untuk kekal sihat dan cergas.
Berkomunikasi secara efektif
Adakah anda tahu bagaimana berinteraksi dengan anak? Apakah yang akan anda lakukan apabila anak bermasalah? Belajar berkomunikasi dengan anak jelas merupakan satu kemahiran penting.
Sebenarnya terdapat banyak perkara yang boleh dibincangkan bersama anak. Misalnya, pendidikan seks, bahaya merokok dan penyalahgunaan dadah serta alkohol.
Sentiasa bersedia
Apakah yang akan anda lakukan pada kali pertama berdepan dengan masalah didikan anak yang spesifik? Misalnya, ketika anak bercakap bohong, mencuri atau ponteng sekolah? Anda mungkin tidak bersedia untuk setiap situasi tetapi perancangan awal mungkin dapat membantu.
Membuat perancangan awal juga boleh membantu anda berdepan dengan anak-anak yang sukar dikawal.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web http://pediatrics. about.com.
(Kosmo Online, dilayari pada 11/9/2009)

Saturday, September 12, 2009
DAP buka cawangan Melayu dengan ketuanya Melayu
Ketika PAS berusaha mendekati orang bukan Islam, DAP pula mencipta sejarah baru-baru ini apabila membuka sebuah cawangan yang ahlinya adalah majoriti Melayu di samping mempunyai ketua dari kalangan orang Melayu.
Cawangan itu dibuka di Kampung Lembah Kinrara dalam Parlimen Puchong yang diwakili oleh Teresa Kok.
Setiausaha Publisiti DAP Pusat, Tony Phua ketika bercakap dalam majlis itu berkata, "Jangan fikir DAP akan meminggirkan Melayu dalam parti ini.
"Kalau ada yang layak, kita akan lantik Setiausaha Agung di kalangan orang Melayu," kata Tony yang merupakan anggota Parlimen Petaling Jaya Utara.
Beliau memberikan contoh Tunku Abdul Aziz yang menyertai DAP.
"Sebaik sahaja dia menyertai DAP, dia telah dilantik sebagai Naib Pengerusi Kebangsaan," katanya.
Di majlis itu, ketua cawangan DAP di kalangan orang Melayu itu menyerah 50 borang lengkap yang diisi oleh orang Melayu di cawangan itu.
Seorang ahli DAP yang baru, Saiful Alimin berkata, menyertai DAP bukanlah satu perkara yang senang bagi orang Melayu seperti beliau.
"DAP dianggap parti sosialis. Orang Melayu beranggapan, sosialis adalah sama dengan komunis. Tetapi sebenarnya, sosialis jauh lebih dekat dengan sistem politik Islam. Inilah sistem yang menyekat dari ketidakadilan. Semua perubahan adalah untuk kebaikan bukan untuk rasuah," kata Saiful yang berucap di majlis itu.
Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor, Azli Idris (gambar) berkata, dia adalah satu-satunya ahli majlis daerah itu dari kalangan DAP.
"Bila saya menghadiri mesyuarat dan program di Kuala selangor, saya pakai songkok. Orang selalu tanya, saya ahli majlis dari PAS atau PKR tetapi saya dengan bangganya berkaya, saya dari DAP," kata Azli di majlis itu.
Di majlis itu, Teresa telah meraikan ahli-ahli baru itu dalam majlis berbuka puasa dengan mereka.
(Harakahdaily, Friday Sep 11, 09 3:51:04 pm)

Teruskan menyusu badan walaupun di bulan puasa
Keupayaan untuk melahirkan anak dan menyusu badan adalah kelebihan yang ada pada setiap wanita. Susu badan merupakan sumber yang paling berkhasiat untuk bayi.
Bagaimanapun apabila tiba bulan Ramadan, ramai ibu tertanya-tanya sama ada susu mereka masih lagi memiliki khasiat yang sama.
Antara persoalan yang ada dalam diri ibu yang berpuasa ialah sama ada pengambilan makanan yang kurang akan memberi kesan kepada kualiti dan jumlah susu mereka.
Adakah kekurangan air semasa waktu siang mengubah susu mereka, susu berkurangan dan menyebabkan bayi kelaparan? Adakah saya perlu berhenti menyusu badan dalam bulan Ramadan dan bertukar kepada rumusan bayi?
Jika soalan-soalan ini ditanya kepada perunding pediatrik dan perunding laktasi, Dr. Koe Swee Lee, jawapannya adalah "tidak".
Tidak memberi kesan
Menurut Dr. Swee Lee, berpuasa selama 12 hingga 14 jam sehari tidak memberi kesan langsung kepada kualiti atau jumlah susu badan ibu melainkan jika si ibu mengalami malnutrisi atau ketidakseimbangan makanan yang jarang berlaku di Malaysia.
"Badan ibu mempunyai simpanan nutrien yang cukup untuk susu badan," katanya.
Beliau menambah, walaupun kekurangan air boleh memberi kesan kepada susu ibu kerana tidak minum air semasa berpuasa, ia tidak mempengaruhi susu badan.
"Kebanyakan wanita bukan kekurangan air walaupun mereka mungkin terasa dahaga semasa berpuasa.
"Apabila tidak minum air kerana puasa, tubuh secara automatik tidak menghasilkan urin dan peluh yang banyak untuk mengekalkan cecair dalam badan.
"Tidak perlu risau masalah kekurangan air semasa berpuasa melainkan anda menjalankan aktiviti memerlukan tenaga yang menyebabkan anda kehilangan air yang banyak," katanya.
Sebenarnya pengambilan makanan tidak memberi kesan yang besar kepada pengeluaran susu badan. Jumlah susu badan yang dihasilkan sebenarnya bergantung kepada berapa banyak yang bayi menyusu dan perlukan.
"Apabila bayi mula menghisap puting ibu, satu deria rasa akan ke otak ibu. Otak kemudiannya melepaskan dua jenis hormon - prolaktin iaitu hormon pengeluaran susu dan oksitosin hormon yang membolehkan pengaliran susu.
"Secara ringkasnya lebih banyak susu yang diperlukan oleh bayi, lebih banyak mereka menyusu dan lebih banyak susu akan dikeluarkan," jelas Dr. Swee Lee.
Oleh itu, seorang ibu boleh memenuhi kewajipan berpuasa dan pada masa yang sama memastikan si manja mendapat khasiat yang secukupnya daripada susu badan.
Jangan berhenti menyusu
"Mungkin ada ibu yang mahu berhenti menyusu badan semasa berpuasa kerana merasakan tubuh mereka tidak dapat menanggung kedua-dua beban pada masa yang sama. Nasihat saya ialah ibu patut meneruskan penyusuan semasa berpuasa walaupun keputusan tersebut bergantung sepenuhnya kepada mereka.
"Jika ibu merasa badannya letih kerana berpuasa dan menyusu pada masa yang sama, saya cadangkan agar mereka berpuasa selang sehari atau tidak berpuasa.
"Penyusuan badan patut diteruskan," katanya. Ini kerana pengeluaran susu badan bukanlah sesuatu yang boleh dihentikan dan dimulakan semula oleh ibu sesuka hati.
Beliau menjelaskan bahawa apabila bayi berhenti menyusu selama sebulan dan bertukar kepada rumusan bayi, mereka mungkin tidak mahu lagi menyusu susu badan.
Tubuh ibu pula akhirnya akan berhenti menghasilkan susu kerana tiada lagi susu yang dikeluarkan. Oleh itu sekiranya ibu mahu kembali menyusu badan selepas bulan puasa, ibu mungkin ketiadaan susu untuk bayinya.
Sesetengah ibu mungkin merasakan berhenti menyusu untuk anak mereka adalah baik kerana mereka tidak boleh menyusu bayi mereka terlalu lama.
Walau bagaimanapun para pakar berpendapat mereka wajar meneruskan penyusuan.
"Susu ibu adalah nutrien terbaik untuk bayi dan tidak boleh diganti oleh sumber lain. Melalui penyusuan badan, bayi mendapat perkembangan fizikal dan mental yang sihat, sokongan emosi yang penuh kasih sayang dan antibodi yang kuat untuk melawan jangkitan.
"Dengan susu badan, bayi tidak memerlukan sebarang susu lain, laktogen, puting atau air. Semuanya ini disediakan secukupnya dalam susu ibu," jelas Dr Koe.
Menghentikan penyusuan badan semasa bulan puasa bermakna bayi tidak mendapat kebaikan semula jadi yang diperlukan untuk membesar secara menyeluruh dan dilindungi daripada penyakit.
"Tidak wajar untuk berbuat demikian. Menggantikan susu badan dengan rumusan bayi adalah seumpama menggantikan buah pinggang anda yang sihat dengan buah pinggang tiruan," jelas pakar laktasi ini.
Bukan sahaja kesihatan bayi terjejas, malah ibu juga turut terjejas jika mereka berhenti menyusu badan serta-merta.
Salah satu masalah yang mungkin dihadapi oleh ibu ialah pembesaran payudara atau bengkak. Ini berlaku apabila badan ibu mengeluarkan susu seperti biasa tetapi tidak dikeluarkan. Susu baru yang dibekalkan ke payudara akhirnya menyebabkan urat-urat membesar.
"Bengkak boleh menyebabkan jangkitan payu dara yang dikenali sebagai mastitis. Kadang kala ia menyebabkan pembentukan nanah dan bengkak nanah payudara (tisu di kawasan jangkitan mengeras yang menyebabkan sakit dan simptom seperti selesema)," katanya memberi amaran.
Menyusu badan adalah masa untuk mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. Menyusu badan menggalakkan pelepasan oksitosin, yang juga dipanggil 'hormon kasih'. Dalam erti kata lain, ibu yang menyusu akan menikmati perasaan kasih sayang terhadap bayi mereka. Bayi pula akan merasa selamat dan terbelai oleh ibu mereka.
Jika ibu berhenti menyusu walaupun pada bulan Ramadan, bayi mungkin kehilangan minat untuk menyusu badan. Oleh itu saat-saat hubungan ibu dan anak ini mungkin hilang begitu sahaja.
Walaupun berpuasa tidak memberi kesan secara langsung kepada amalan penyusuan oleh ibu, informasi, sokongan dan keyakinan boleh membantu.
Akhir sekali, perunding laktasi ini menggalakkan para ibu bahawa sekiranya mereka mempunyai keyakinan diri dan keazaman untuk menyusu badan, mereka akan dapat memberikan khasiat yang secukupnya kepada bayi mereka.
"Paling penting sekali ialah untuk memastikan penghasilan susu yang cukup semasa bulan puasa, ibu perlu meneruskan penyusuan badan untuk mengekalkan pengeluaran susu," katanya.
(Utusan Online, 10/9/2009)

Belladonna
Bertindak pada sistem saraf yang sebabkan kesesakan aktif (active congestion), sangat marah, berlaku perubahan tingkah laku, otot tersentak-sentak dan bergegar. Belladonna sentiasa dikaitkan dengan rasa panas, merah kulit muka, mata bersilau, keadaan mental yang terlalu gembira, semua bahagian sakit bila disentuh, gangguan mental (meracau), tidak cukup tidur, kepala berdenyut-denyut, kerongkong dan mulut kering dan sakit urat yang datang dan hilang tiba-tiba. Pesakit menunjukkan simptom-simptom seperti panas, merah, menggigil dan terbakar. Sawan sekejap-sekejap diikuti rasa loya dan muntah. Demam scarlet dan cenderung bertindak sebagai pencegah penyakit supaya tidak melarat. Belladonna amat berkesan untuk serangan yang tiba-tiba seterusnya hilang.
Fikiran: Suka duka silih berganti; sangat marah dan meludah di sekitarnya; mengoyak barang-barang hingga menjadi cebisan. Meracau yang meluap-luap; ketawa besar dan gigi berdetip-detip; takut perkara-perkara yang dibayangkan; nampak hantu; bertukar dari suka kepada marah; keinginan untuk melompat keluar dari tempat tidur. Meracau dengan bahasa yang sukar difahami. Benci pada cecair masam yang sebabkannya marah. Rasa bimbang tetapi ingin terbang.
Kepala: Pening; rasa nak jatuh ke kiri atau belakang; sensitif dengan sentuhan; penglihatan menjadi kabur. Sakit kepala berdenyut-denyut. Darah naik ke kepala; bergelegak dalam kepala; melarat dengan bising, pergerakan, gerakan mata, bila batuk. Kepala tersentak-sentak, teruk ketika bergerak cepat atau mendaki tangga dengan cepat. Rasa sakit dihilangkan dengan memicit dahi. Sakit kepala kerana terkena angin dan selepas potong rambut. Terasa seperti otak ditolak keluar melalui dahi.
Mata: Seperti hendak keluar, anak mata membesar; merenung tajam. Mata merah, bengkak, menggelembung, kering, rasa panas dan terbakar, sensitif dengan cahaya. Terdapat cincin (halo) di sekitar cahaya. Benda-benda nampak terbalik.
Telinga: Sensitif dengan bunyi; berdengung dan mengaum. Radang telinga tengah (otitis media). Menyucuk-nyucuk.
Hidung: Amat sensitif dengan bau. Tumpah darah dengan muka yang merah. Hidung berair dan bercampur darah; dari satu lubang hidung sahaja.
Muka: Merah membara dan panas; bengkak dan rasa terbakar. Otot-otot muka dan mulut bergerak-gerak. Rahang terkunci. Sakit semasa menelan.
Mulut: Kering dan rasa haus. Kancing gigi. Lidah merah dan kering. Gagap. Kalenjar air liur bengkak.
Kerongkong: Sangat kering; merah, teruk sebelah kanan. Sukar menelan. Tonsil sebelah kanan. Keinginan: Limau, air sejuk; mahu itu ini tetapi tidak ada selera; makan tanpa mahu minum; sup; mahu lari atau sembunyi.
Enggan: Makanan berasid; daging; arak; pergerakan; cahaya terang; bising; susu; tempat terbuka.
Perut: Loya dalam perut; muntah selepas makan dan minum; mulut bau busuk selepas makan. Muntahkan makanan yang tidak hadam, lendir atau hempedu. Sakit kejang dalam perut. Haus air sejuk. Muntah darah. Kawasan hati sakit bila disentuh; teruk bila baring sebelah kanan; melarat ke bahu dan leher.
Abdomen: Kembung, sangat sensitif dan bisa disentuh. Sempit sekeliling pusat. Panas dan terbakar dengan rasa gelisah.
Najis: Kecil; hijau atau warna perang tanah liat; lendir berdarah; sakit semasa berak; bau masam. Buasir berdarah.
Kencing: Kuning, jernih dan terang; kerap, banyak, pucat berair, darah merah. Ada fosfat. Pesakit cenderung menahan kencing.
Seks: Buah zakar keras dan merah; sebelah kanan. Keinginan seks menurun. Air mani keluar semasa tidur. Vagina kering dan rasa panas. Haid; banyak, merah terang dan terlalu awal; menyakitkan.
Pernafasan: Suara parau dan serak; batuk kering kerana radang tekak yang bengkak dan menjadi sempit. Teruk sebelah malam. Bunyi semasa menarik nafas. Bangun selepas tengah malam. Batuk diiringi bersin; lendir yang melekat-lekat. Batuk kokol. Sakit dada.
Jantung: Rasa tekanan di kawasan jantung. Degupan; laju, kerap, keras dan berirama. Berdebar-debar.
Kakitangan/Belakang: Leher keras dan kaku; kalenjar bengkak. Sakit dalam tengkok bila cedera. Sakit otot di bahagian bawah belakang (lumbago) dengan sakit di bahagian punggung dan paha. Radang sendi. Menyucuk-nyucuk di bahagian atas bahu kiri. Rasa kedua-dua tangan berat. Paha kanan menyucuk-nyucuk. Teruk waktu malam dan bila bergerak.
Kulit: Sensitif bila disentuh. Merah seluruh badan dengan bintit-bintit. Jerawat bernanah di pipi dan hidung, kemudian kering berkuping. Tompok-tompok merah yang gatal semasa datang haid. Jaundis. Kulit sangat panas.
Tidur: Selalu menguap. Tidur banyak tetapi tidak nyenyak kerana bimbang dan risau. Kanak-kanak menunjukkan tingkah laku menjerit dan menendang semasa tidur.
Demam: Sejuk menggigil; tangan sejuk tetapi kepala panas. Sejuk dan panas silih berganti. Kaki dan tangan kadangkala sejuk, kering dengan peluh di kepala. Muka merah dan keluar peluh. Demam pukul 3 petang.
Konstitusi: Plethoric (cecair badan berlebihan); kuat kerja; intelektual; gembira bila senang, susah hati bila sakit; tembam; discaj berkahak; mudah simpati; perempuan; kanak-kanak; rambut putih; mata biru; muka cerah; kulit halus; kerja melibatkan pemikiran aktif.
Sebab-Musabab: Gunting rambut; rambut basah/ lembap; cahaya matahari; angin sejuk.
Simptom Utama: Bengkak; merah; kulit kering; berdenyut-denyut; banyak darah; minum air sedikit sahaja; muntah dan berak.
Melarat: Tengah hari; senja; selepas potong rambut; terkena angin sejuk; lihat objek berkilau; selepas merokok; semasa hamil; selepas demam scarlet; semasa tidur; bau yang kuat; terbakar panas matahari; perempuan selepas bersalin (dalam pantang); kepala bergegar; selepas 3 petang dan tengah malam.
Lega: Berdiri; dalam bilik yang panas; berehat; tempat terbuka; diselimut; tahan nafas, membengkok atau melipat bahagian yangs akit.
Patologi: Bronchitis; apoplexy; appendicitis; arthiritis; batu karang (dalam saluran kencing); buah dada lebam; buah zakar sakit; jantung berdebar-debar; sakit dada; demam; digigit anjing gila; gusi sakit; gout; haid banyak darah; hidung berdarah; hamil; influenza, selesema; jerawat; sakit kepala; kencing dedas; ketimbir; mata berair; mulut kering; mimpi terpekik dan takut; meracau; meningitis; bengkak cantik; otak berair (hydrocephalus); pening; sakit pinggang; poliomyelitis; sawan; menangis; tonsil bengkak; tidur yang panas; sakit telinga; urat saraf sakit, bengkak dan merah.

Friday, September 11, 2009
Perkara-perkara yang dianjurkan pada 10 malam terakhir Ramadan
Mandi antara Maghrib dan Isyak, memakai pakaian yang paling baik dan memakai haruman
Ibn Abi 'Asim meriwayatkan dari Aisyah r.a: "Rasulullah SAW jika berada dalam bulan Ramadan baginda seperti rutin hariannya tidur dan bangun. Tatkala memasuki 10 hari terakhir baginda mengikat kainnya dan menjauhkan diri dari bersama-sama para isterinya, serta baginda mandi antara Maghrib dan Isyak." (Terdapat riwayat Abu Hurairah yang menyokong hadis ini)
Dalam riwayat lain daripada sahabat seperti Anas ibn Malik dan ulama pada masa tabi'en menyatakan bahawa mereka akan mandi, memakai baju yang paling baik dan memakai haruman atau wangian apabila berada pada akhir Ramadan. Apa yang dilakukan oleh Rasulullah, sahabat dan tabi'en ini adalah satu usaha menyambut dan meraikan kedatangan lailatul qadr, sambil berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu. Justeru pada malam-malam terakhir Ramadan di samping mencari lailatul qadr dianjurkan membersihkan diri dan memakai wangian dan haruman, sebagaimana ia turut dianjurkan ketika Aidilfitri dan Aidiladha.
Mencari lailatul qadr
Umat Islam dianjurkan agar mencari dan merebut lailatul qadr. Hal ini bertepatan dengan sabda baginda yang bermaksud, "Carilah malam lailatul qadr pada 10 malam terakhir." (Riwayat al-Bukhari)
Dalam salah satu riwayat dikatakan bahawa Rasulullah SAW melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib. Baginda tidak akan melalui ayat rahmat kecuali berharap agar Allah memberikan rahmat itu dan tidak melalui ayat azab kecuali memohon perlindungan daripada Allah daripada azab itu. Solat berjemaah juga sangat diutamakan pada malam akhir Ramadan. Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh secara berjemaah pada waktu malam, dia telah mengambil menghidupkan seluruh malam itu." (Riwayat Abu Dawud).
Maksudnya sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh saja dianggap telah mendapat sebahagian apa yang dimaksudkan dengan lailatul qadr. Apatah lagi jika mengisinya dengan amalan lain sepanjang malam itu.
Melewatkan sahur
Daripada Sahl ibn Sa'd berkata: Sesungguhnya aku pernah bersahur bersama keluargaku dan aku sempat untuk sujud bersama dengan Rasulullah SAW. (Riwayat al-Bukhari)
Perlakuan ini turut diceritakan oleh Zaid ibn Thabit berkata: "Kami pernah bersahur bersama Rasulullah SAW kemudian kami bersolat dengan baginda. Lantas Anas bertanya, Berapakah jarak di antara sahur itu dengan solat? Zaid menjawab, kira-kira 50 ayat." (Riwayat al-Bukhari)
Melakukan iktikaf
Iktikaf adalah sunnah yang dianjurkan oleh Baginda SAW demi memperolehi kelebihan dan ganjaran lailatul qadr (malam yang lebih baik dari 1,000 bulan). Firman Allah dalam surah al-Qadr yang bermaksud: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) pada malam Lailatul Qadr, dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadr itu? Malam Lailatul Qadr lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah malam (yang berkat) itu sehingga terbit fajar. (al-Qadr: 1-5)
Menjelang 10 akhir Ramadan secara rutinnya Rasulullah SAW mengisi waktu-waktunya dengan beriktikaf di masjid. Pelakuan baginda ini berdasarkan hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a, "Bahawa Rasulullah SAW beritikaf pada 10 akhir daripada Ramadan sehingga baginda diwafatkan oleh Allah, kemudian (diteruskan sunnah) iktikaf selepas kewafatannya oleh para isterinya." Dalam sebuah hadis lain bahawasanya Abu Hurairah berkata: "Rasulullah SAW selalu beriktikaf pada tiap-tiap sepuluh hari terakhir Ramadan, manakala pada tahun Baginda diwafatkan, Baginda beriktikaf selama 20 hari." (Riwayat Ahmad, Abu Dawud, al-Tirmidzi dan dinilai sahih oleh al-Tirmidzi)
Membanyakkan doa
Ulama bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam al-Qadar adalah doa memohon keampunan atau maghfirah daripada Allah SWT. Dalam satu hadis sahih yang diriwayatkan daripada Aisyah dan dikeluarkan oleh al-Imam al-Tirmidzi dan dinilai hasan sahih, Aisyah diajar oleh Rasulullah membaca doa pada malam al-Qadar. Doanya berbunyi: Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibbul afwa fa' fu anni yang bermaksud: "Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengampun, yang suka mengampun, maka ampunilah aku." (al-Tirmidzi 5:535)Rasulullah SAW turut berdoa yang bermaksud: "Ya Allah, jadikan sebaik-baik umurku adalah penghujungnya. Dan jadikan sebaik-baik amalku adalah penutupnya. Dan jadikan sebaik-baik hari-hariku adalah hari di mana aku bertemu dengan-Mu Kelak." (Musannaf Ibn Abi Syaibah 6: 65)
(Utusan Online, 10/9/2009, petikan dari Teladani 10 akhir Ramadan Nabi oleh Mohd Norzi Nasir)

Pengaruh dolar Amerika semakin goyah
oleh Azizi Othman
Unctad syor tukaran asing ikut kuasa beli selaras kadar inflasi, tahap pembangunan
Buat pertama kalinya dalam sejarah sistem ekonomi moden, kedudukan dolar Amerika sebagai mata wang perantaraan bagi perdagangan antarabangsa benar-benar goyah. Selepas sekian lama hak eksklusif dolar Amerika mendominasi sistem ekonomi dunia sukar digugat, kini ia semakin dipertikaikan. Jika sebelum ini hanya negara membangun, khususnya Malaysia lantang mempersoalkannya, gelombang menuntut perubahan semakin membesar dan terbaru, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut menyuarakan perkara sama.
Kejutan besar menggegarkan Washington pada Rabu lalu apabila Laporan Tahunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pembangunan dan Perdagangan (Unctad) yang dikeluarkan di Geneva menyebut pengaruh dolar Amerika dalam perdagangan antarabangsa harus dikurangkan. Ia mencadangkan satu sistem mata wang baru diwujudkan bagi melindungi pasaran membangun daripada permainan spekulasi dalam pasaran kewangan. Unctad juga mahu negara anggota PBB berusaha ke arah penubuhan satu bank rizab sejagat sebagai pengeluar mata wang baru itu dan memantau kadar tukaran asing bagi setiap negara anggotanya.
Sejak sekian lama, Malaysia khususnya ketika era pemerintahan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan mengapa perlu perdagangan antarabangsa dilakukan dengan menggunakan dolar Amerika semata-mata. Bukankah dunia berhak menentukan mata wang perantaraan dagangan mereka sendiri. Satu daripada alternatif dicadangkan Kuala Lumpur, khususnya pasca krisis kewangan serantau pada 1997/98 ialah untuk menggunakan dinar emas.
Awal tahun ini, China, India, Brazil dan Russia mencadangkan kedudukan dolar Amerika sebagai mata wang rizab kebanyakan negara, diubah. Ia berikutan krisis kewangan yang kini melanda dunia berpunca daripada keruntuhan pasaran sewa beli Amerika Syarikat. Akibatnya, China sebagai negara yang memegang rizab dolar Amerika terbesar, mendesak satu mata wang antarabangsa seperti Hak Pengeluaran Khusus (SDR) di Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) diwujudkan bagi menjamin kestabilan.
Pada sidang media selepas mengumumkan laporannya di Geneva, Pengarah Unctad, Heiner Flassbeck, berkata keadaan semasa menunjukkan wujud peluang lebih baik untuk dunia mencapai aliran kadar tukaran asing stabil berdasarkan satu rangka kerja pengurusan yang dipersetujui bersama secara pelbagai hala. Beliau yang juga pengarang bersama laporan itu berpendapat, satu inisiatif seperti institusi Bretton Woods yang melahirkan IMF serta Bank Dunia pada 1944 atau Sistem Mata Wang Eropah (EMS) adalah amat diperlukan.
Umumnya, masyarakat antarabangsa kini semakin mengakui sistem ekonomi dan kewangan Amerika Syarikat wujud serta bertahan atas dasar pinjaman tanpa had yang dinikmatinya dari seluruh dunia. Itulah sebabnya bon dalam denominasi dolar Amerika dibeli semua negara di dunia, dengan andaian ia akan membentuk sebahagian daripada rizab mereka. Namun bon terbabit tidak bersandarkan sebarang aset dan kerana itu ia boleh diterbitkan sepanjang masa dan kelihatan tidak mempunyai had tertentu.
Bagaimanapun, jika dolar Amerika tidak digunakan untuk pembayaran pinjaman dan perdagangan antarabangsa, maka tidak akan wujud permintaan terhadapnya. Sudah tentu ini akan menyebabkan nilai dolar Amerika merosot. Jika ia berlaku, kebanyakan negara di dunia yang memegang bon dalam mata wang berkenaan sebagai rizab mereka akan berdepan susut nilai mendadak. Itulah sebabnya negara yang mempunyai rizab dolar Amerika yang besar akan sedaya upaya cuba mempertahankan nilai mata wang berkenaan, walaupun ia bukan milik mereka.
Pada masa sama, Amerika Syarikat sendiri sudah tentu sanggup berbuat apa saja demi mempertahankan nilai mata wangnya. Soal sama ada tindakan itu akan memberikan kesan buruk kepada ekonomi dunia kerana berada di ambang kemusnahan, tidak penting. Perkara utama bagi Washington ialah untuk memastikan dolar Amerika Syarikat kukuh. Kejatuhan nilai mata wang itu akan menjadikan negara terbabit miskin. Walaupun secara realitinya itu memang sudah lama berlaku, sokongan dunia terhadap dolar Amerika membolehkannya terus bertahan. Kebimbangan terbesar Amerika Syarikat ialah kadar kemiskinan akan menyebabkannya hilang pengaruh sebagai kuasa besar yang mampu mencaturi hala tuju dunia.
Dalam pada itu, cadangan Unctad menggunakan mekanisme SDR yang berasaskan sekelompok mata wang asing sebagai alternatif kepada dolar Amerika dalam perdagangan dunia, masih mempunyai kekurangannya sendiri. Flassbeck yang juga bekas Timbalan Menteri Kewangan Jerman, berpendapat ia belum cukup untuk menampung kehendak ekonomi membangun yang memerlukan kecairan. Oleh kerana ketika ini jumlah perwakilan negara membangun di IMF adalah kecil, ia tentunya mengehadkan keberkesanan mekanisme SDR. Sebagai penyelesaiannya, Unctad mencadangkan satu entiti khas diwujudkan bagi mengurus kadar tukaran asing antara negara, berdasarkan kuasa beli masing-masing yang diselaraskan dengan kadar inflasi serta pembangunan mereka.
Pendapat itu dipersetujui Profesor Ekonomi di University of California Berkeley, Barry Eichengreen yang berpendapat langkah itu boleh ditangani dengan IMF mewujudkan Kemudahan Kecairan Jangka Pendek (STLF). Pakej itu akan membolehkan negara yang mempunyai dasar kewangan ketat membuat pinjaman sehingga lima kali kuota mereka tanpa syarat. Bagaimanapun, yang mengekang keberkesanan mekanisme itu ialah proses permohonannya terlalu rumit. Sehingga ini hanya Mexico, Columbia dan Poland sanggup menghadapinya, itupun kerana terpaksa.
"Pengajaran paling berguna daripada keseluruhan krisis yang melanda dunia ketika ini ialah pasaran kewangan biasanya gagal mentafsir nilai sebenar dengan baik. Kebanyakan negara terdorong dengan jangkaan keyakinan yang dilakukan peserta pasaran kewangan walaupun mereka sudah terbukti gagal membuat tafsiran yang tepat sejak sekian lama," kata Flassbeck yang pernah berkhidmat dengan Timbalan Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat, Lawrence Summers bagi mengekang krisis kewangan Asia pada 1997/98.
Keseluruhannya, persoalan berhubung kedudukan dolar Amerika sebagai mata wang perantara dagangan antarabangsa yang ditimbulkan Unctad itu amat menarik, khususnya jika dilihat dari matlamat sebenar kewujudan badan dunia itu 45 tahun lalu iaitu 'memupuk integrasi negara membangun dalam ekonomi dunia'. Soalnya, adakah badan dunia itu akan bersetuju dengan saranan sesetengah pihak supaya negara ekonomi membangun menimbang kemungkinan mengehadkan aliran modal sehingga dunia mempunyai kerangka kewangan baru.
Mengambil kira Unctad yang kini diterajui bekas Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO), Supachai Panitchpakdi, sudah memberi amaran bahawa kepincangan sistem kewangan itu yang boleh membawa kepada kemelesetan sejagat sejak sekian lama, persoalan yang ditimbulkannya dijangka mengundang reaksi. Jika sebelum ini kepincangan, monopoli dan ketidakadilan yang dicetuskan dolar Amerika Syarikat dalam dagangan dunia hanya dilaungkan ekonomi membangun, kini gegarannya datang dari badan dunia pelbagai hala. Ketika kita berharap ia akan mencetus perubahan, natijah sebenarnya masih sukar diramalkan.
Penulis ialah Timbalan Pengarang Eksekutif (Rencana) Berita Harian.
(Berita Harian Online, 11/9/2009)

Sunday, September 06, 2009
Perpaduan kaum rapuh walau 52 tahun merdeka
oleh Rejal Arbee
Bahasa Melayu, sekolah kebangsaan pererat hubungan etnik
Kita kini sudah memasuki tahun ke-52 sebagai sebuah negara bebas daripada belenggu penjajahan. Tetapi dalam tempoh itu, apakah kita sudah berjaya mewujudkan sebuah negara bersatu padu, rukun dan damai, bertoleransi serta saling faham memahami antara satu sama lain?
Atau apakah kita terus dihantui prasangka buruk yang semakin menggugat perpaduan antara kaum yang semuanya mengakui negara ini sebagai tanah tumpah darah mereka? Malangnya, jika dilihat daripada beberapa perkembangan akhir-akhir ini, perpaduan antara kita masih agak rapuh.
Malah, ada yang berpendapat era keterbukaan yang dipelopori beberapa kerat penasihat di Putrajaya tidak berapa lama dulu sebenarnya yang memburukkan lagi hubungan antara kaum di mana persefahaman sudah semakin renggang.
Keterbukaan inilah yang memberi ruang kepada sesetengah pemimpin pelbagai kelompok mempersoalkan apa yang telah dipersetujui antara kaum waktu kita berada di ambang kemerdekaan pada 1957 dulu. Inilah yang dikatakan sebagai kontrak sosial yang membawa kepada termaktubnya beberapa peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Apakah benar andaian bahawa suara sumbang demikian ini sudah wujud kembali hanya kerana kedudukan politik Melayu kini tergugat? Apa pun yang nyata soal perpaduan dan persefahaman antara kaum khususnya di Semenanjung sudah agak rapuh.
Suasana di kampung berbeza. Jelas betapa mudahnya Melayu menerima bukan Melayu dengan tangan yang terbuka. Itulah kita boleh lihat di mana-mana pedagang, peruncit Cina atau India boleh saja menjalankan perniagaan mereka di tengah-tengah perkampungan Melayu tanpa diganggu gugat.
Tetapi apakah hal yang sama boleh berlaku di tengah perkampungan Cina atau India? Tepuk dada tanya selera. Sejarah negara ini ialah sejarah bagaimana mudahnya Melayu menerima orang lain di sisi mereka.
Kali ini saya hanya hendak membincangkan sedikit mengenai penerimaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan mengikut Fasa 152 Perlembagaan. Apakah setelah merdeka selama 52 tahun semua rakyat sudah benar-benar menghayati dan menghormati kehendak Perlembagaan?
Saya tidak begitu kisah dengan mereka yang dilahirkan sebelum merdeka yang sudah menjangkau usia lebih 60 tahun. Mungkin agak sukar bagi sesetengah daripada mereka ini hendak belajar bahasa Melayu kerana tidak berinteraksi dengan orang Melayu.
Tetapi bagaimana dengan mereka yang berusia di bawah 52 tahun? Kenapakah masih ada sebilangan mereka termasuk profesional yang tidak boleh bertutur Melayu dengan baik? Kalaulah pendatang dari Bangladesh, Pakistan dan India pun sudah boleh bercakap Melayu dengan baik hanya setelah berada di sini beberapa bulan saja, kenapa masih ada rakyat yang dilahirkan selepas merdeka masih gugup bercakap Melayu?
Wujudnya keadaan demikian menunjukkan masih ada di kalangan rakyat yang tidak menghormati bahasa kebangsaan. Apa tidaknya apabila kerajaan berusaha meningkatkan pemahaman bahasa Inggeris memandangkan ia sudah diterima dunia sebagai satu bahasa global, anasir-anasir ini mengambil kesempatan mengabaikan terus penggunaan bahasa Melayu.
Ini jelas kelihatan apabila terdapat pelbagai iklan misalnya syampu rambut yang hanya dipaparkan dalam bahasa Inggeris dan Mandarin di sebuah pasar raya hyper di Shah Alam sebuah bandar raya yang hampir 80 peratus penghuninya orang Melayu. Iklan itu kini sudah pun diturunkan, setelah mendapat teguran ramai.
Selain itu beberapa 'flyer' menghebahkan pembukaan taman perumahan baru berhampiran Shah Alam diedarkan di sekitar kawasan perumahan di mana lebih daripada 90 peratus penghuninya orang Melayu, hanya dalam bahasa Inggeris dan Mandarin.
Apakah kesimpulan yang boleh kita buat daripada perlakuan begini? Ia mungkin dianggap remeh oleh sesetengah orang tetapi hakikatnya ia menunjukkan bagaimana syarikat atau orang yang mengendalikan syarikat itu tidak langsung menghormati bahasa kebangsaan. Tetapi mereka ini masih tetap pertahankan diri sebagai rakyat setia kepada negara? Bagaimanakah hal begini boleh berlaku dan terus saja dibiarkan?
Agak menghairankan juga bagaimana rakyat yang dibesarkan dalam sistem persekolahan yang ada masih tidak boleh bercakap Melayu dengan baik. Ini mungkin kerana wujudnya sekolah pelbagai aliran, iaitu sekolah kebangsaan (menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar) dan sekolah jenis kebangsaan yang menggunakan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai bahasa pengantar.
Sepatutnya, sekolah jenis kebangsaan ini walaupun menggunakan Mandarin atau Tamil sebagai bahasa pengantar harus juga memberi tumpuan sewajarnya kepada bahasa Melayu supaya semua lulusannya boleh faham dan bertutur bahasa kebangsaan dengan baik.
Malangnya pengajaran bahasa Melayu di sekolah itu hanya sekadar untuk muridnya boleh lulus mata pelajaran itu dalam peperiksaan saja bukannya untuk penggunaan dan berinteraksi.
Dalam pada itu sokongan pelbagai pertubuhan dan guild Cina terhadap SJKC amat jitu sekali hinggakan sekolah berkenaan mempunyai peralatan dan kemudahan lebih baik dari SK kerana hampir keseluruhan pekedai dan perniagaan Cina di sesebuah bandar itu akan menghulurkan segala bantuan untuk sekolah SJKC di tempat mereka.
Selagi SK tidak menjadi sekolah pilihan oleh semua ibu bapa, selagi itulah usaha untuk memupuk perpaduan kaum akan menghadapi rintangan. Maka itulah sejak awal tahun ini seorang blogger 'Kijang Mas' melalui blognya 'Demi Negara' memulakan 'Kempen Satu Sekolah untuk Semua' dengan menyatakan bahawa sekolah vernacular adalah punca utama ketidakserasian dan ketegangan kaum dalam negara.
Kempennya itu disertakan dengan suatu pungutan tandatangan orang ramai. Beliau juga mendapat sokongan seramai 99 blogger sehingga hari ini terhadap kempen itu. Sebuah laman citra SSS juga diwujudkan Isnin lalu sempena Hari Kemerdekaan untuk mengetengahkan inisiatif itu.
Agak membuka mata juga apabila seorang lagi blogger Shamsul Yunos melalui blognya 'Marahku' mendapat sokongan 430 orang (83 peratus) daripada 513 pembacanya yang mengambil bahagian dalam undiannya sehingga hari ini terhadap inisiatif mewujudkan satu sekolah untuk semua rakyat itu.
Penulis adalah bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian
(Berita Harian Online, 3/9/2009)

Subscribe to:
Posts (Atom)