Beberapa tahun dahulu, ada seorang imam yang berasal dari Thailand telah ditawarkan untuk menjadi imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.
Pada suatu hari, selepas imam membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas itu telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.
Sepanjang perjalanan imam memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.
"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup," kata imam.
Apabila tiba di hadapan masjid, imam menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika dia ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.
"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen," kata imam kepada pemandu bas tersebut.
"Oh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya," kata pemandu bas tersebut.
Imam menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur."
Pemandu bas tersebut tersenyum, dan membalas, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu, imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam."
Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Dia berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah! Ampunkan aku Ya Allah ... aku hampir-hampir menjual harga sebuah iman dengan 20 sen!"
[Islamic-ebook@yahoogroups.com]
No comments:
Post a Comment