Sifir mudah hendak
berjaya adalah membuat perancangan dan berusaha. Kita tidak boleh elak daripada
berusaha dan terus mencuba kerana tiada jalan yang mudah untuk mencapai
kejayaan.
Setiap kali datang ke Brunei, saya selalu membandingkan pembangunan
jalan raya sekarang dengan 15 tahun lalu. Contohnya saya ambil keadaan jalan
raya di sekitar Masjid Jame’ Asri. Perubahan yang ketara ialah ada laluan
terowong dan di atas terowong ini ada bulatan yang besar.
Dulu hanyalah simpang
empat yang agak besar dan tidak terdapat laluan terus ke Pasar Gadong. Sekarang
sudah berubah dan lebih baik. Laluan yang lebar, akses yang mudah dan
menjimatkan kos.
Perubahan-perubahan ini tentulah kerana adanya perancangan
yang berstrategik dan tindakan yang tepat dalam membangunkan negara.
No comments:
Post a Comment