Kalau kita hendak melihat keadaan
malam pertama di alam barzakh nanti, cubalah kita pandang diri kita pada hari
ini. Agak-agaknya kalau kita meninggal dunia pada malam ini, adakah kita dapat
merasai suasana indah yang digambarkan oleh al-quran atau hadis (berdasarkan
tafsiran para ulamak)? Jika tidak boleh, maknanya kita belum lagi mengukir
keindahan amalan dalam kehidupan kita untuk bersiap menghadap Allah swt nanti.
Dalam hidup kita ini,
janganlah sampai peringkat kita dimasukkan Allah swt dalam keadaan tidak
bersiap sedia untuk menghadap-Nya.
Matilah pada saat dan ketika kita
benar-benar bersedia. Sepanjang hidup kita sentiasa diajar supaya bersiap
sepanjang masa. Lihatlah pakaian kita, cara tutur kata kita dan amalan-amalan
perbuatan kita yang sepatutnya menggambarkan bagaimana keadaan selepas kita
meninggal dunia. Rasulullah saw menyebut orang yang cerdik bukannya yang
memiliki rumah besar, bukannya yang menjawat jawatan besar, bukannya yang memiliki
wang yang banyak... tidak..., Rasulullah saw berkata orang yang cerdik adalah
orang yang hidupnya mempersiapkan diri dan beramal dengan amalan untuk mengahdapi
kematian nanti.
Daripada Abi Ya’la Syaddad bin
Aus r.a daripada Rasulullah S.A.W sabdanya, “Orang yang cerdik ialah orang yang
selalu memperhitungkan dirinya dan dia suka beramal untuk bekalan sesudah mati,
sedangkan orang yang lemah (tidak cerdik) ialah orang yang selalu mengikutinya
hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah SWT (untuk mendapat
kebahagian dan pengampunan daripadanya tanpa beramal soleh). (Hadith
riwayat Imam Al-Turmuzi)
Jika ada orang yang bertanya kepada kita kenapa sibuk dengan menderma ke
sana sini, beritahu kepada mereka bahawa kita sibuk menderma kerana tidak mahu
menyesal dengan derma-derma yang telah dilakukan itu. Jika ada orang yang
bertanya lagi kenapa kita kelihatan kalut hendak solat berjemaah di masjid,
katakan kepada mereka yang kita tidak mahu kalut seperti itu ketika menghadap
Allah swt kelak.
Janganlah kita berbohong dengan kematian kerana kematian tidak pernah
berbohong. Apabila kita cuba berbohong dengan kematian, ada dalam kalangan kita
suka sangat berbohong dengan perbuatan padahal kita mengakui hakikat yang
kematian akan datang. Menghadap Allah swt, biarlah kita mati dalam keadaan
penuh kelazatan iman yang kita bina dengan diri kita sendiri supaya menjadi
hamba Allah yang soleh sepanjang hidup kita.
No comments:
Post a Comment