Saturday, February 06, 2016

Nasi lemak masakan tradisional masyarakat Melayu








1.0       Pengenalan

Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei terutama sebagai sarapan pada waktu pagi. Pada kebiasaanya nasi lemak adalah pilihan utaman masyarakat pada waktu pagi dan mampu bertahan hingga tengah hari. Nasi lemak dijadikan makanan harian terutamanya kepada pekerja yang memerlukan tenaga yang banyak dan masa yang segera. Di samping itu, nama nasi lemak mendapat gelaran daripada cara penggunaan santan untuk memasak nasi. Santan khususnya merupakan bahan masakan yang sering digunakan oleh masyarakat Melayu tradisional. Walaupun nasi lemak sangat sedap ia tidak sepatutnya diambil dengan kerap. Hal ini kerana gabungan santan dan beras semasa proses memasak menjadikannya terlalu berlemak dan tinggi kolestrol yang menyebabkan seseorang itu mempunyai masalah kegemukan dan masalah jantung tersumbat. Oleh itu, nasi lemak tidak digalakkan sama sekali diambil secara berlebihan.


2.0       Asal Usul Nasi Lemak Di Malaysia

Asal usul sejarah nasi lemak adalah berasal dari tanah Semenanjung Malaysia. Nasi lemak juga menjadi makanan popular di pantai timur Sumatera, Indonesia. Sehingga zaman terkini, nasi lemak telah menjadi makanan yang sangat popular dan dijadikan makanan ruji hajian tanpa mengira pagi, petang ataupun malam. Nama nasi lemak ini mendapat gelaran daripada cara penggunaan santan untuk memasak nasi. Santan khususnya merupakan bahan masakan yang sering digunakan oleh masyarakat Melayu tradisional. Oleh itu, sejarah nasi lemak dikaitkan dengan penggunaan santan dalam nasi yang membuatkan rasa nasi itu berlemak dan bercampur dengan sambal ikan bilis. 

Nasi lemak adalah sesuatu makanan yang dilipat dengan daun pisang dalam bentuk segitiga dan merupakan makanan Melayu kegemaran bagi orang Malaysia, Indonesia dan Singapura, terutama sebagai sarapan pada waktu pagi dan minum petang. Nasi lemak ini dapat ditemui di semua bahagian Malaysia dan juga Singapura. Di samping itu, nasi lemak ini ditemukan di pesisir timur Sumatera, Indonesia terutama di Riau, Jambi dan Sumatera Utara. Ia merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa untuk menambah rasa lemaknya yang lazat. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak yang dimasak bagi menambahkan bau aromanya.

Selain daripada itu, nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng, kacang goreng dan sambal. Namun, pada masa kini, nasi lemak banyak dijual dengan pelbagai lauk yang termasuk tetapi tidak terhad kepada daging, ayam, sotong, udang, kerang, daging lembu dan sayur. Kaum Cina tempatan juga ada yang memasak nasi lemak dengan lauk khinzir kerana bagi mereka khinzir lebih sedap dan mengenyangkan daripada ayam.

Nasi lemak terkenal dan disebut demikian di Semenanjung Melayu dan pantai timur Sumatera. Sementara di Jakarta juga, hidangan yang mirip nasi lemak ini dikenali dengan nama nasi uduk sedangkan di Jawa Tengah dengan nama sega liwet atau nasi liwet. Manakala di Aceh, hidangan yang mirip pula, nasi lemak disebut nasi gurih. Pada masa sekarang, nasi lemak telah diubah suai dengan dihidangkan pelbagai jenis lauk pauk dan diterima umum untuk menjadikannya sebagai punca pendapatan kepada peniaga.

Nasi lemak merupakan satu sajian makanan yang ringkas lalu dijadikan makanan pilihan warga kota yang sentiasa kesibukkan. Harga yang murah juga mendorong makanan terkenal ini semakin mudah didapati di mana-mana kedai atau gerai sahaja. Nasi lemak ini menjadi popular sehingga dihidangkan di hotel dan restoran mewah di seluruh Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam dan di Asia Tenggara. Nasi lemak ini dijadikan menu utama di dalam penerbangan MAS dan Air Asia.


3.0       Kesan Pengambilan Nasi Lemak Secara Berlebihan

Antara hidangan yang menjadi kegemaran seluruh rakyat Malaysia ialah nasi lemak. Kandungan lemak dan kalori dalam nasi lemak itu sendiri adalah lebih kurang 450-500 kalori sepinggan dan belum lagi ditambah lauk-pauk yang lain, sekali gus menjadikan pengambilan kolesterol bertambah menjadi 1000 kalori sepinggan. Antara kesan pengambilan nasi lemak secara berlebihan menjadi sebab obesiti dan kencing manis.

3.1       Jenis-Jenis Nasi Lemak Di Malaysia

Nasi Lemak Royal

Di Malaysia pelbagai jenis nasi lemak yang boleh kita temui, nasi lemak ini tidak jauh bezanya daripada yang asal iaitu berwarna putih dan dimakan dengan sambal dan telur. Antara jenis nasi lemak yang dimaksudkan ialah nasi lemak royal Kedah. Nasi ini berlainan berlainan sedikit dari segi warna berbanding nasi lemak biasa yang berwarna putih, nasi lemak royal ini berwarna kuning dan tidak terlalu berlemak. Nasi lemak ini tidak dimakan dengan sambal seperti biasa kerana disediakan dengan lima jenis kuah iaitu kuah dalca, pedas, kicap, sambal dan madu. Untuk lauknya pula, ia dimakan dengan ayam goreng, telur rebus dan bendi.

Nasi Lemak Kangkung

Nasi lemak ini bercampur dengan sayur iaitu nasi lemak kangkung. Nasi lemak kangkung ini terkenal di Melaka. Nasi lemak kangkung ini sama dengan nasi lemak biasa cuma ditambahkan dengan sayur kangkung sahaja. Nasi ini kurang rasa lemak santan dan ditambah lagi dengan sambal ikan bilis yang pedas. Boleh dikatakan nasi lemak ini cukup lengkap dengan kacang goreng, ikan bilis goreng, timun dan sambal ikan bilis. Selain dari itu, ada juga boleh ditambahkan lagi dengan lauk-pauk iaitu telur rebus, ayam goreng, ayam rendang, sambal sotong, daging rendang dan paru sambal boleh ditambah di dalam nasi lemak kangkung.

Nasi Lemak Kukus Ayam Goreng Berempah

Nasi lemak ini bercampur dengan ayam goreng berempah iaitu nasi kukus dan ayam goreng berempah memang gandingan yang mantap. Nasi lemak ayam goreng berempah ini terkenal di seluruh Malaysia. Nasi lemak ayam goreng berempah ini sama dengan nasi lemak biasa cuma ditambahkan pula dengan ayam goreng berempah. Nasi ini kurang lemak santan dan dimasak dengan kukus. Nasi lemak ayam goreng berempah ini ditambah lagi dengan sambal ikan bilis yang pedas dan juga belacan.

Nasi Lemak Singapura

Singapura juga terpengaruh dengan nasi lemak di Malaysia. Nasi lemak ini bercampur dengan ayam goreng biasa. Nasi lemak Singapura memang gandingan yang mantap dan sedap. Tambah pula dengan sambal yang pedas yang dicicah dengan ayam goreng. Nasi lemak Singapura ini terkenal di Singapura dan Malaysia. Nasi lemak Singapura ini sama dengan nasi lemak biasa cuma ditambah dengan ayam goreng dengan sup ayam. Ia boleh dikatakan cukup dengan kacang goreng, ikan bilis goreng, timun dan sambal ikan bilis.

3.2       Nasi Lemak Sebagai Elemen Penyatuan Rakyat 

Nasi lemak merupakan makanan yang ringkas dan mengenyangkan, namun tiada siapa menafikan bahawa nasi lemak mampu merapatkan hubungan sillaturahim antara masyarakat, Bagaimana? Bungkusan nasi lemak yang tersedia di meja-meja gerai menjadi tarikan masyarakat yang berlainan agama, fahaman, pemikiran, latar belakang, usia, mahupun politik untuk datang dan duduk di situ. Ketika itu mereka dapat menikmati nasi lemak yang tersedia itu bersama sambil gelak ketawa, berbual, berbincang dan sebagainya.


4.0       Kesimpulan

Nasi lemak bukan sekadar makanan semata-mata malah ia dikira sebagai lambang perpaduan orang ramai kerana ia solah-olah telah sebati dengan masyarakat berbilang kaun di negara ini. Hal ini memang sudah terbukti sekian lama kerana orang ramai boleh duduk semeja tanpa mengira status pekerjaan, bangsa mahupun agama dengan bertegur sapa untuk mengeratkan lagi perpaduan yang sekian lama terjalin antara kaum di Malaysia.


Rujukan

https://foursquare.com/v/nasi-lemak-ujong-pasir/4c0e1e242466a593ed7c7821
http://sejarahnasilemak.blogspot.my/
http://nasilemakinthehouse.weebly.com/
http://resepinasilemak.blogspot.my/



MZ Zainudin, Muhammad Firdaus Norfadzlon, Muhammad Fikri Arif Mohd Amran, Muhammad Faizal Ayub,  Muhammad Faiz Haiqal Suhadak, Muhammad Faizuddin Jumari     


No comments:

Post a Comment