Wednesday, February 03, 2016

Motivasi diri








Mencapai kejayaan bukanlah satu perkara yang mudah, tidak kira siapa dan dalam bidang apa sekali pun. Biar pun mencapai kejayaan, pastilah banyak rintangan yang dihadapi, namun kecekalan dan ketabahan hati menggerakkan seseorang untuk terus bertahan dan berjaya. 

Kita harus ingat dan sedar bahawa putus asa dalam berusaha patut dielakkan dan disingkirkan dari peta hidup kita dan yang patut diperkuatkan ialah motivasi diri. Motivasi diri adalah cara untuk membaiki potensi kita, mengukuhkan jati diri dan menguatkan jiwa. 

Konsep kejayaan bukan sahaja kejayaan material sebaliknya banyak lagi seperti kejayaan spiritual, kebahagiaan dan kesejahteraan hidup. 

Ada seseorang berkata, “You are what you think, you are what you go for, you are what you do”.


No comments:

Post a Comment