1.0 Pengenalan
Teknologi maklumat (IT) boleh
didefinisikan sebagai sebuah bentuk umum yang menggambarkan setiap teknologi
yang membantu untuk menghasilkan, memanipulasi, menyimpan, mengkomunikasikan
serta menyampaikan informasi (Willians dan Sawyer, 2003). Pada zaman modenisasi
ini, perkembangan teknologi maklumat di dunia adalah semakin pesat, yang paling
ketaranya adalah teknologi alat komunikasi seperti telefon. Hari ini, telefon
telah mengganti apa-apa sahaja cara komunikasi secara realiti. Sebagai contoh,
surat-menyurat telah digantikan dengan cara e-mel, SMS dan sebagainya, serta
melalui telefon kita dapat berjumpa dengan saudara di luar negara dengan kaedah
“video call”.
Sejak beberapa tahun ini,
perkembangan yang pesat terhadap bidang Teknologi Maklumat (IT) di negara
Malaysia dapat dilihat. Perkembangan teknologi yang pesat pada zaman kini telah
membawa banyak perubahan kepada kehidupan masyarakat Malaysia, termasuklah dari
aspek cara seseorang bersosial, cara berkomunikasi, serta cara kehidupan
masyarakat. Malangnya, perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi ini bukan
sahaja membawa manfaat kepada masyarakat pada zaman kini tetapi juga
mempengaruhi kehidupan masyarakat secara negatif. Dengan ini, satu kajian yang
memberi tumpuan kepada perkembangan teknologi telefon telah kita lakukan untuk
memahami tentang perkembangan teknologi telefon dari dulu hingga kini dan
perubahan yang dibawa olehnya kepada kehidupan masyarakat.
1.1 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah
memahami perkembangan teknologi maklumat dari zaman dahulu sehingga he hari ini
dan mengetahui perubahan gaya hidup masyarakat akibat pengaruh perkembangan
teknologi maklumat.
2.0 Sorotan Literatur
2.1 Perkembangan Komunikasi
Terdapat
beberapa komunikasi yang telah dibentuk sejak dulu seperti kentongan, asap,
burung merpati dan daun lontar.
Kentongan
Kentungan merupakan satu daripada
alat komunikasi tradisional yang berasal dari lagenda Cheng Ho dari China yang
mengadakan perjalanan dengan misi keagamaan. Pada masa itu, kentongan ditemukan
oleh Cheng Ho sebagai alat komunikasi ritual keagamaan. Pada awalnya, kentongan
digunakan sebagai alat pemberitahu kepada masyarakat bahawa sesuatu yang bahaya
akan berlaku seperti adanya pencuri atau bencana alam.
Isyarat Asap
Isyarat Asap merupakan alat
komunikasi jarak jauh yang pertama dan diciptakan pada zaman Yunani pada masa
pemerintahan Raja Darius I (522-486 S.M.). Cara menggunakan isyarat asap pada
masa itu adalah dengan menyuruh orang berdiri di tempat yang tinggi dan
menyalakan api. Asap yang dikeluarkan daripada api tersebut akan menjadi suatu
lambang pesanan kepada masyarakat pada zaman itu.
Merpati Pos
Cara komunikasi seperti ini
berasal dari Parsi yang melatih burung merpadi dan digunakan oleh orang Romawi
sebagai alat pengirim pesanan kepada pasukan tentera sejak lebih 2000 tahun
yang lalu. Merpati pos pertama kali digunakan oleh seorang Sultan Nuruddin pada
tahun 1146 untuk mengirimkan pesanan di sekitar kerajaannya. Cara komunikasi
ini biasa digunakan demi tujuan menyampaikan pesanan urusan ketenteraan seperti
dalam Perang Dunia Pertama pada tahun 1914-1918.
Daun Lontar
Pada zaman yang lebih maju, masyarakat
telah bermula menggunakan bahasa dan tulisan sebagai alat komunikasi. Pada
zaman dulu, alat yang digunakan untuk menulis surat adalah daun lontar. Alat
ini telah digunakan untuk kegiatan surat-menyurat di Indonesia sejak kerajaan
Kutai, Majapahit, Srivijaya dan Mataram.
2.2 Sejarah Telefon Pintar
Telefon yang pertama di dunia
dicipta oleh Alexender Graham Bell, pada tahun 1876. Telefon dial putar pertama
dicipta oleh Almon Brown Strowger yang berasal dari Chicago pada 21 Disember
1891. Masa yang lebih panjang diperlukan untuk membuat panggilan menggunakan
telefon seperti ini kerana pengguna perlu mendial nombor satu demi satu dengan
meletakkan jari di nombor yang dihendaki dan memutar sehingga ke akhir putaran.
Selepas telefon dial putar
diperkenalkan, teknologi telefon turut berkembang. Telefon tekan butang yang
pertama diperkenalkan pada tahun 1963. Model telefon tekan butang yang pertama
adalah “Western Eletric 1500”, dengan
hanya 10 butang merangkumi nombor 0 hingga 9. Selepas itu, model ini telah
diganti dengan model “Western Eletric
2500” yang diperkenalkan pada tahun 1968 dengan mempunyai 12 butang, dengan
tambahan butang asterisk (*) dan
butang hash (#). Pada masa itu,
telefon dial putar masih digunakan oleh orang ramai sehingga ke tahun 1979.
Telefon tanpa wayar telah pertama
kali dicipta oleh Teri Pall pada tahun 1965. Telefon jenis tersebut terdiri
daripada unit utama yang bersambung dengan gagang mudah alih dengan gelombang
radio yang rendah. Telefon jenis ini tidak dikeluarkan ke pasaran disebabkan oleh
gelombang radio yang disambung akan mengganggu isyarat pesawat udara. Pada
tahun 1968, beliau menjual hak ciptanya kepada pengilang untuk diubah suai.
Dengan beberapa ubahsuaian dibuat, telefon tanpa wayar akhirnya diperkenalkan
di pasaran pada tahun 1980-an.
Telefon bimbit juga dikenali
sebagai telefon selular atau telefon tangan. Telefon bimbit pertama kali dicipta
oleh John F. Mitchell dan Dr. Matrin Cooper dari Syarikat Motorola pada tahun 4
April 1973 dan boleh didapati secara komersial pada 21 September 1983. Telefon
bimbit yang diperkenalkan pada masa itu adalah model Motorola DynaTAC 8000x, saiznya adalah sangat besar dan beratnya
sebanyak 2.2 paun atau 1.0 kg.
Tidak dapat dinafikan bahawa
teknologi telefon telah menjadi semakin maju dengan pantasnya dari semasa ke
semasa. Begitu juga dengan telefon bimbit yang telah berkembang pesat, menjadi
semakin kecil saiznya dan semakin canggih fungsinya. Sistem pesanan ringkas
(SMS) menjadi fungsi tambahan kepada telefon bimbit mulai 1980-an dan dimajukan
oleh Friedhelm Hillebrand dan Bernard Ghillebaert pada tahun 1984.
Kad SIM yang pertama dibuat pada
tahun 1991 oleh Giesecke & Devrient dari Munich. Kad SIM kemudian memainkan
peranan yang amat penting kepada pengguna telefon dan mempunyai fungsi seperti identifikasi
seseorang pelanggan. Setiap kad SIM mempunyai satu nombor unik dan
diperuntukkan kepada HLR untuk mengenal pasti seseorang pelanggan. Dalam proses
ini, satu respon yang unik akan dibentuk oleh setiap kad SIM. Respon ini akan
kemudian dipadankan dengan respon daripada rangkaian sebagai seorang pelanggan
yang sah atau tidak. Pelanggan tersebut akan dapat menggunakan servis hanya
selepas proses ini. Kad SIM dapat
menyimpan nombor telefon dan SMS. Pada masa kini, satu kad SIM dapat menyimpan
sebanyak 400 nombor telefon dan 30 SMS.
Telefon pintar secara umumnya
dikenali sebagai telefon yang mempunyai fungsi setanding dengan sebuah
komputer. Frasa “telefon pintar” ini hanya muncul selepas Syarikat Ericsson
menyatakan produknya iaitu “GS 88
‘Penelope’” sebagai telefon pintar pada tahun 1997.
Technologi touch screen diperkenalkan kepada telefon bimbit pada tahun 1993,
telefon touch screen yang pertama
diperkenalkan adalah IBM Simon. Teknologi ini kini turut digunakan dalam
telefon pintar. Selepas telefon pintar diperkenalkan, GPS (Global Positioning
System) telah ditambah kepada telefon pintar pada November 2004. Dengan ini
telefon dapat digunakan sebagai alat untuk membantu kita mencari lokasi sesuatu
tempat.
2.3 Kesan Positif dan Negatif Telefon Pintar
Telefon pintar pada zaman kini
dapat melayari internet dengan sepuas-puasnya tanpa mengira di mana seseorang
itu berada. Dengan adanya internet, telefon turut menjadi sebuah alat
multimedia. Kita boleh berkongsi apa-apa sahaja dengan orang yang lain pada bila-bila
masa. Fungsi ini boleh dibuktikan dengan restoran Sakae Sushi di Malaysia yang
menggunakan iPad sebagai alat kepada pelanggan untuk menurunkan pesanan mereka.
Perubahan gaya hidup masyarakat
terhadap perkembangan teknologi telefon pintar. Perubahan terhadap aspek
pendidikan. Perubahan secara positif dapat dilihat dengan penggunaan internet
telah menjadi sebahagian daripada kehidupan setiap murid demi mendapat
informasi yang terkini pada bila-bila masa kita memerlukannya. Kegunaan telefon
untuk tujuan internet telah semakin mengganti penggunaan internet talian tetap.
Perkembangan teknologi telefon pintar, kelajuan tinggi internet mudah alih
telah menjadi satu altenatif untuk membekalkan servis pendidikan. Dengan
teknologi internet yang canggih, telefon juga boleh digunakan sebagai alat yang
terbaik untuk tujuan pendidikan jarak jauh. Selain itu, telefon pintar juga
dapat memudahkan murid bekerjasama dengan pensyarah mereka bahawa jika
seseorang murid tidak hadir ke kuliah, murid tersebut masih dapat mengikut
proses pembelajaran dengan telefon pintar.
2.3.1 Kesan Positif
Telefon pintar memainkan peranan
yang penting dalam membantu kehidupan masyarakat, terutamanya warga emas.
Fungsi telefon pintar seperti GPS, laman sesawang sosial dapat membantu
golongan warga emas untuk berinteraksi dengan masyarakat. Walaupun pada masa
yang sibuk dalam zaman sekarang, telefon pintar juga dapat membantu untuk
mengekalkan hubungan yang baik antara penggunanya dengan keluarganya. Selain
itu, telefon pintar juga dapat memainkan peranan sebagai wartawan untuk
membekalkan informasi terkini kepada masyarakat. Akhirnya, fungsi-fungsi
seperti merakam video, suara dan kamera sentiasa membolehkan kita merakamkan
detik-detik kehidupan kita yang menarik dan berkongsi dengan rakan-rakan di
sekeliling kita.
Satu daripada kebaikan yang
dibawa melalui telefon pintar adalah dapat mengurangkan jurang komunikasi
antara masyarakat, rakan-rakan dan sekeluarga. Dengan pelbagai aplikasi yang
terdapat dalam telefon pintar seperti Whatsapp dan Wechat yang
berasaskan rangkaian internet yang lebih luas dapat memberi ruangan yang lebih
dalam komunikasi, dan dapat memupuk semangat sillaturrahim antara masyarakat
bukan sahaja dalam negara, bahkan masyarakat di seluruh dunia.
Selain mengurangkan jurang
komunikasi, telefon pintar juga dapat mengurangkan beban kerja bagi golongan
yang berkerjaya. Hal ini demikian kerana telefon pintar mempunyai pelbagai
aplikasi yang membenarkan pengguna untuk mengakses e-mel dengan mudah dan
dengan ini, pengguna dapat mengurangkan beban kerja mereka dengan menggunakan
telefon pintar untuk menyelesaikan tugasan mereka berbanding dengan mengunakan
komputer yang mengambil masa yang lebih lama.
Di samping itu, telefon pintar
juga dapat mewujudkan masyarakat yang akan menghargai masa dengan lebih baik.
Hal ini kerana aplikasi yang berteraskan hiburan seperti permainan akan dapat
mengisi masa lapang pengguna dengan berfaedah. Kemungkinan ada pengguna yang
mengatakan bahawa permainan adalah suatu aplikasi yang membazir masa, tetapi
aplikasi permainan sebenarnya dapat menjana nilai kreativiti dan inovasi
seseorang individu kerana aplikasi tersebut melibatkan kedua-dua belah otak
untuk berfikir dan dengan ini akan melatih manusia supaya berfikir dengan lebih
kreatif.
2.3.2 Kesan Negatif
Malangnya, penggunaan telefon
pintar juga akan mempengaruhi masyarakat secara negatif. Satu daripada kesan
negatif adalah penyebaran khabar angin secara besar-besaran. Sebahagian
masyarakat telah menggunakan telefon pintar sebagai alat penyebar khabar angin.
Hal ini akan berlaku apabila pernyataan yang telah dibesar-besarkan disebarkan
melalui kiriman SMS atau e-mel. Hal ini akan menyebabkan mereka yang mudah
percaya tanpa menyiasat kesahihan pernyataan akan menyebarkan pernyataan
tersebut kepada orang lain.
Dengan kemudahan yang canggih,
telefon pintar membolehkan seseorang murid untuk menghantar SMS, melayari laman
sesawang sosial, bermain permainan dalam serta menonton rancangan televisyen. Hal
ini akan mengakibatkan gangguan bukan sahaja kepada murid tersebut, tetapi juga
mengganggu murid di sekitarnya. Selain itu, dengan kemudahan internet yang
pantas juga membolehkan sesorang murid untuk meniru di dalam sesuatu
peperiksaan dengan mencari jawapan di internet.
Dalam suatu kajian, sebanyak 10
juta pengguna di Amerika Syarikat menggunakan telefon pintar untuk mendapatkan
informasi terhadap kesihatan dan kemudahan. Hari ini, terdapat banyak pengisian
yang boleh diperoleh melalui telefon pintar untuk mendapatkan cadangan cara
rawatan, perbandingan harga serta mengesahkan preskripsi. Pada masa yang akan
datang, pelbagai aplikasi akan diperkenalkan dan akan membolehkan doktor untuk
mengesan tahap kandungan glukosa dan tekanan darah seseorang pesakit pada
bila-bila masa.
Selain itu, terdapat juga
sebahagian besar ibu bapa membenarkan anak mereka menggunakan telefon pintar
sejak mereka masih kecil lagi. Hal ini juga membawa beberapa kesan negatif
kepada anak mereka seperti kanak-kanak akan menjadi semakin kurang berinteraksi
secara sosial. Selain itu, penggunaan telefon pintar dalam masa yang terlalu
panjang akan menjejaskan kemampuan kelihatan mereka. Penggunaan telefon pintar juga
mengakibatkan kanak-kanak mempunyai kebiasaan untuk mendapat informasi bahagian
demi bahagian dan bukannya secara keseluruhannya. Permainan dalam talian yang
terdapat dalam telefon pintar akan menyebabkan kanak-kanak ketagih dengannya
dan menyebabkan mereka mengunakan masa yang amat lama untuk menguna telefon
pintar.
Ketagihan kepada telefon pintar
merupakan impak major kepada kehidupan sosial. Satu penyelidikan menunjukkan
sebanyak 33% daripada pengguna telefon pintar memeriksa e-mel dan SMS mereka
sehingga lewat malam. Terdapat juga pengguna yang tidak dapat tidur dengan
lenyap jika telefon pintar mereka tidak berada di bawah bantal mereka. Selain
itu, salah satu daripada aplikasi telefon pintar membolehkan pengguna
mengubahsuaikan kandungan asal untuk mengeluarkan satu versi mereka sendiri.
Dengan ini banyak masalah mengenai kesahihan bahan akan ditimbulkan.
Selain itu, satu lagi
penyelidikan menunjukkan terdapat organisasi yang mengharapkan pekerja mereka
membalas e-mel yang berkenaan dengan segera mahupun selepas waktu pejabat.
Dengan ini, pekerja akan berasa dipaksa untuk membalas e-mel yang rasmi
berkenaan dengan pekerjaan mereka dan hal ini memberi tekanan yang lebih besar
kepada para pekerja. Di samping itu, dengan adanya telefon pintar membolehkan
pekerja membawa tugas yang belum siap balik ke rumah. Hal ini akan mengurangkan
masa ibu bapa untuk berinteraksi dengan anak mereka.
3.0 Metodologi
Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif
sebagai suatu penyelidikan yang menghasilkan dapatannya melalui suatu prosedur
satistik atau pengiraan berdasarkan sebarang borang soal selidik atau ujian. Dalam
kajian ini, borang soal selidik digunakan sebagai alat kajian dan telah
diedarkan kepada pelajar di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
Borang-borang tersebut kemudian dikumpul semula untuk analisis. Bagi
menghasilkan laporan statistik kajian ini, pengisian Microsoft Excel
telah digunakan untuk membentuk graf dan carta demi menunjukkan dapatan kajian dengan
lebih jelas.
3.1 Sampel Kajian
Borang soal selidik disedarkan kepada
30 orang pelajar UTeM sebagai responden kajian. Mereka terdiri daripada pelajar
di pelbagai fakulti.
3.2 Instrumen Kajian
Alat kajian yang digunakan dalam
kajian ini adalah borang soal selidik. Borang tersebut dibahagi kepada tiga
bahagian, iaitu Bahagian A, B dan C. Bahagian A adalah untuk mendapat maklumat
responden dari segi jantina, kumpulan umur dan jenis telefon yang kini
digunakan oleh mereka. Bahagian B pula bertumpu kepada kefahaman responden tentang
perkembangan teknologi telefon manakala Bahagian C adalah memberi tumpuan
kepada perubahan gaya hidup masyarat akibat perkembangan teknologi telefon.
4.0 Hasil
Kajian
Hasil kajian ini adalah
berdasarkan maklumat yang dikumpul melalui borang soal selidik yang telah
diedarkan kepada 30 responden. Borang soal selidik ini terbahagi kepada tiga
bahagian, iaitu bahagian A, latar
belakang responden, bahagian B, kefahaman perkembangan teknologi maklumat dari
dulu hingga kini dan bahagian C, perubahan gaya hidup masyarakat berdasarkan
perkembangan IT. Dalam bahagian B dan C, Skala Likert yang mempunyai lima tahap
telah digunakan untuk memudahkan responden untuk menilai tahap mereka bersetuju
dengan pernyataan yang dikemukakan. Skala Likert yang digunakan adalah seperti
yang ditunjukkan pada rajah-rajah berikut.
Rajah 1: Bilangan responden mengikut jantina
Rajah 1 menunjukkan analisis
responden berdasarkan jantina. Terdapat sebanyak 19 (63%) responden adalah
perempuan dan 11 (37%) responden adalah lelaki.
Rajah 2: Bilangan responden mengikut kumpulan umur
Berdasarkan Rajah 2, terdapat 26
(87%) responden yang berumur di antara 15 hingga 25 tahun dan terdapat 4 (13%) responden
sahaja yang berumur 26 hingga 35 tahun.
Rajah 3: Bilangan responden mengikut jenis telefon
yang digunakan
Rajah 3 menunjukkan bilangan
responden mengikut jenis telefon yang digunakan. Terdapat 5 responden (17%)
kini menggunakan telefon bimbit yang biasa. Majoritinya iaitu sebanyak 24 responden
(80%) sedang menggunakan telefon pintar dan terdapat seorang (3%) sahaja menggunakan
telefon awam.
Rajah 4: Penggunaan telefon rumah pada zaman kini
tidak sama seperti zaman dahulu
Rajah 4 menunjukkan pendapat
responden terhadap pernyataan yang dikemukakan dalam soalan 1. Berdasarkan rajah
di atas, tiada responden yang berkata tidak setuju dengan soalan 1, manakala
minoritinya, iaitu hanya seorang (3%) sahaja sangat tidak setuju dan 3 responden
(10%) tidak pasti dengan pernyataan ini. Di samping itu, majoritinya iaitu
terdapat 11 responden (37%) setuju dan sebanyak 15 responden (50%) sangat
setuju dengan pernyataan soalan 1.
Rajah 5: Telefon yang paling mahal merupakan
telefon yang paling baik
Rajah 5 menunjukkan pendapat
responden terhadap soalan 2. Berdasarkan rajah di atas, majoritinya tidak
setuju dengan pernyataan ini iaitu sebanyak 4 responden (13%) menyatakan sangat
tidak setuju dan sebanyak 12 (40%) responden tidak setuju. Terdapat juga 6 responden
(20%) yang tidak pasti dengan soalan ini. Selain itu, sebanyak 7 responden
(23%) telah setuju dan seorang (3%) yang sangat setuju dengan pernyataan soalan
2.
Rajah 6: Telefon SAMSUNG dibuat di Malaysia
Rajah 6 menunjukkan pendapat
responden terhadap soalan 3. Menurut rajah tersebut, tiada responden yang
berkata setuju dan sangat setuju terhadap pernyataan yang dikemukakan dalam
soalan 3. Manakala terdapat 14 orang (37%) menyatakan sangat tidak setuju, 4 responden
(13%) menyatakan tidak setuju dan sebanyak 12 responden menyatakan tidak pasti
dengan soalan ini.
Rajah 7: Kebanyakan pengguna telefon pintar terdiri
daripada warga emas
Rajah 7 menunjukkan pendapat
responden terhadap soalan 4 dalam bahagian B. Mengikut graf tersebut, tidak ada
responden yang menyatakan setuju dan hanya seorang (3%) yang menyatakan sangat
setuju dengan pernyataan soalan ini. Selain itu, terdapat juga 5 responden
(17%) menyatakan sangat tidak setuju, sebanyak 19 responden (63%) menyatakan
tidak setuju dan 5 responden lagi (17%) menyatakan tidak pasti dengan
pernyataan ini.
Rajah 8: APPLE merupakan jenama telefon yang
terbaik di dunia
Rajah 8 menunjukkan pendapat
responden terhadap soalan 5 dalam Bahagian B. Menurut rajahbar tersebut,
terdapat minoriti sebanyak 2 responden (7%) sahaja yang menyatakan sangat tidak
setuju. Selain itu, terdapat juga sebanyak 10 (33%) responden yang menyatakan
tidak setuju, 8 responden menyatakan tidak pasti, 7 responden (23%) yang setuju
dan 3 responden (10%) yang sangat setuju dengan pernyataan ini.
Rajah 9: Telefon merupakan sumber hiburan utama
dalam kehidupan masyarakat
Rajah 9 di atas menunjukkan
pendapat responden kepada soalan 1 dalam Bahagian C. Menurut rajah ini,
terdapat 2 responden (7%) sahaja yang sangat tidak setuju. Selain itu, terdapat
6 (20%) responden yang menyatakan tidak setuju, 6 responden lagi (20%)
menyatakan tidak pasti, 11 responden (37%) menyatakan setuju dan 5 responden
lagi (17%) sangat setuju dengan pernyataan yang dikemukakan bagi soalan 1.
Rajah 10: Telefon dapat memudahkan proses
komunikasi antara individu
Rajah 10 menunjukkan pendapat
responden terhadap soalan 2 dari Bahagian C. Berdasarkan rajah tersebut, tidak
ada responden yang menyatakan sangat tidak setuju dan tidak setuju dengan
pernyataan ini, manakala terdapat seorang (3%) menyatakan tidak pasti, 8 responden
(27%) menyatakan setuju dan majoritinya iaitu sebanyak 21 responden (70%)
sangat setuju dengan pernyataan soalan 2 dalam Bahagian C.
Rajah 11: Telefon dapat memberi akses kepada
informasi terkini di dunia
Rajah 11 di atas menunjukkan
pendapat responden terhadap soalan 3 dalam Bahagian C. Berdasarkan rajah ini
tiada responden yang menyatakan sangat tidak setuju dengan soalan 3, manakala
terdapat seorang (3%) tidak setuju dan 2 responden (7%) yang tidak pasti.
Majoritinya, iaitu sebanyak 12 responden (40%) mengatakan setuju dan 15 responden
(50%) mengatakan sangat setuju dengan pernyataan ini.
Rajah 12: Telefon dapat memudahkan proses navigasi
sesuatu lokasi
Rajah 12 menunjukkan pendapat
responden terhadap soalan 4 dalam Bahagian C. Terdapat seorang sahaja (3%) yang
sangat tidak setuju dengan soalan 4 ini dan tiada responden yang tidak setuju,
manakala 2 responden (7%) tidak pasti dengan pernyataan ini. Selain itu,
sebanyak 12 responden (40%) mengatakan setuju dan 15 responden (50%) mengatakan
sangat setuju dengan soalan 4 dalam bahagian ini.
Rajah 13: Telefon menyebabkan kanak-kanak kurang
bersosial secara realiti
Rajah 13 menunjukkan pendapat
responden terhadap soalan 5 dalam Bahagian C. Terdapat seorang sahaja (3%)
berpendapat sangat tidak setuju dan seorang lagi (3%) berpendapat tidak setuju.
Terdapat juga 3 responden responden (10%) yang tidak pasti dengan pernyataan
ini. Selain itu, sebanyak 9 responden (30%) yang mengatakan setuju dan 16 responden
lagi (53%) sangat setuju dengan pernyataan soalan 5 dalam bahagian ini.
5.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, penggunaan telefon
pintar adanya kebaikan dan keburukannya tergantung kepada cara penggunaan
seseorang individu sendiri. Jika seseorang menggunakan telefon pintar itu
dengan cara yang berdisiplin, maka beliau akan menerima manfaatnya dan jika
telefon pintar disalahgunakan, maka orang itu akan terpengaruh dengan kesan
negatif. Akhirnya, walaupun banyak kemudahannya, telefon pintar haruslah
digunakan dengan matang.
Rujukan
Muhammad Sarwar & Tariq Rahim Soomro. (2013). Impact
of Smartphone’s on Society, Department of Information Technology. Al Ain
University of Science and Technology.
http://id.wikipedia.org/wiki/Kentongan
http://id.wikipedia.org/wiki/Merpati_pos#Sejarah
http://id.wikipedia.org/wiki/Sinyal_asap#Sejarah_dan_kegunaan
http://rudist.files.wordpress.com/2013/04/lks-tik-kelas-7-semester-1-bab-1.pdf
http://people.hofstra.edu/geotrans/eng/ch2en/conc2en/bellteleph.html
http://en.wikipedia.org/wiki/Rotary_dial
http://www.arctos.com/dial/
http://en.wikipedia.org/wiki/Push-button_telephone
http://en.wikipedia.org/wiki/SMS
http://en.wikipedia.org/wiki/Mobile_phone#History
http://www.mpf.org.in/pdf/technology/SIM_Card_Committee_Report.pdf
http://en.wikipedia.org/wiki/Touchscreen
MZ
Zainudin, Wesley Starwood Philip @ Lee Wesley, Muhammad Syafiq Hisham, Juliues
Anak Muris, Chuah Chun Khian, Fong Jia Kang, Mohamad Nazreen Sulaiman
No comments:
Post a Comment