Penulis: D. A. Pakih Sati
Tahun: 2013
Penerbit: Jundi Resources, Kuala Lumpur.
Muka Surat: 180
Dalam kehidupan dunia ini, kita tidak boleh
memisahkan diri daripada kematian dan jenazah. Ibarat dua sisi mata wang, kedua-duanya
akan tetap menyatu selama-lamanya. Selama dunia ini masih ada kehidupan maka
kematian akan ada dan menghampiri sesiapa sahaja yang telah ditetapkan ajal
oleh Allah swt.
Di dunia ini, seseorang masih boleh beramal
soleh dan mendapatkan pahala demi bekal kehidupan yang lebih baik di akhirat
kelak. Namun ketika meninggal dunia dan
roh kembali kepada penciptanya, apakah yang boleh dilakukan lagi? Semuanya
sudah berakhir. Kesempatan yang diberikanNya telah habis dan kematian tidak
boleh ditunda-tunda lagi.
Jika ada ahli jenazah atau teman-temannya yang
ingin memberikan hadiah pahala kepada si mati dengan amalan yang mereka
lakukan, apakah itu boleh sampai kepadanya atau tidak?
Buku ini hanya sekelumit kegelisahan penulis
melihat fenomena perbezaan yang luar biasa dalam kalangan masyarakat bahkan
sampai ada yang mengkafirkan. Tindakan ini tentu tidak diizinkan syariat kerana
jikalau orang tersebut tidak sesuai dengan apa yang dikatakannya, maka
kekafiran itu akan kembali kepadanya. Apalagi dalam Islam, mengkafirkan
seseorang itu ada aturannya. Apakah syarat-syarat telah dipenuhi dan apakah
hambatan-hambatannya sudah hilang? Inilah pertanyaan utama yang harus dijawab.
No comments:
Post a Comment