1.0 Pengenalan
Perkataan “tourism” datang
daripada perkataan Latin iaitu tornare dan juga Greek iaitu tornos
yang membawa maksud pergerakan dalam suatu bulatan. Pada awalnya, Jafari
(1977) mendefinisikan pelancongan sebagai, “suatu kajian manusia yang
bertentangan dengan habitat semula jadi mereka serta penglibatan industri yang
bertindak balas pada keperluan mereka, dan juga kesan ke atas diri mereka dan
industri itu daripada sudut sosiobudaya, ekonomi dan persekitaran”.
Seterusnya, Leiper
(1981) menjelaskan pelancongan sebagai, “suatu sistem terbuka yang
mempunyai hubungan dengan persekitaran yang luas, elemen manusia iaitu
pelancong, elemen kawasan iaitu kawasan asal, kawasan persinggahan dan kawasan
destinasi yang terpilih, elemen ekonomi iaitu industri pelancongan dan elemen
dinamik iaitu terdiri daripada individu yang mengembara bagi tujuan berehat
jauh dari tempat asal mereka selama lebih kurang satu hari”. Walaupun definisi
ini agak mendalam, sekurang-kurangnya ia memberi pengertian yang jelas
berkenaan pelancongan dan elemen-elemen yang terlibat dalam industri
pelancongan secara khususnya. World Tourism Organization mengatakan
pelancongan merujuk kepada, “aktiviti pengembaraan seseorang individu ke suatu
tempat keluar daripada persekitaran asalnya dan menetap di situ tidak lebih
daripada setahun bagi tujuan rehat, perniagaan dan sebagainya”.
1.1 Objektif Kajian
Objektif kajian
ini adalah mengenal pasti sistem perkembangan pelancongan di Melaka, mengkaji
persepsi masyarakat Melaka terhadap
kedatangan pelancongan ke Melaka serta pandangan pelancong terhadap industri
pelancongan di Melaka, mengkaji kaedah mempromosi pelancongan Melaka di dalam
dan luar negara dan mencadangkan penambahbaikan pelancongan di Melaka.
1.2
Kepentingan Kajian
Kajian ini amat penting bagi mengenal pasti
apakah faktor-faktor yang mempengaruhi sistem pelancongan di Melaka. Antaranya adalah
mengetahui sejauh mana sektor pelancongan mempengaruhi ekonomi Melaka, mengkaji
faktor-faktor yang mempengaruhi sektor pelancongan Melaka, mengkaji persepsi
masyarakat tempatan terhadap kedatangan pelancongan ke Melaka, mengenal pasti
sistem perkembangan pelancongan di Melaka dan mengkaji kaedah mempromosi
pelancongan Melaka di dalam dan luar negara.
1.3 Limitasi Kajian
Kajian ini bertumpu sepenuhnya di Melaka. Kawasan
kajian meliputi Bandar Hilir,Ayer Keroh, kawasan perumahan sekitar Bukit
Beruang dan kawasan penempatan pelajar-pelajar UTeM. Tempat-tempat ini dipilih
kerana salah satu faktornya adalah ianya menjadi tempat tumpuan
pelancong-pelancong khususnya Bandar Hilir.
Di samping itu juga, kajian dihadkan kepada
responden yang berumur 20 tahun dan ke atas. Ini adalah kerana faktor umur yang
menyatakan kanak-kanak adalah di bawah jagaan ibu bapa masing-masing dalam
melakukan aktiviti melancong. Kajian ini juga meliputi pelajar dan orang awam
yang mempunyai pekerjaan yang telah dikategorikan sebagai pelancong tempatan
mahupun antarabangsa.
Untuk melaksanakan kajian ini, sebanyak 30
borang soal selidik telah diedarkankan secara rawak. Borang soal selidik ini
merangkumi soalan-soalan yang berkaitan dengan industri pelancongan di negara
kita. Hasil dapatan daripada borang soal selidik ini kemudian dianalisis bagi
mendapatkan data yang akan diguna pakai dalam kajian ini.
2.0 Kajian Literatur
Industri ialah satu segmen ekonomi
yang menghasilkan barangan. Perkataan “industri” berasal dari perkataan
Latin industrius yang bererti tekun atau rajin. Industri ialah
penghasilan barang atau perkhidmatan dan merupakan aktiviti ekonomi yang
memproses bahan mentah menjadi barang siap atau menyediakan perkhidmatan.
Terdapat empat sektor dalam industri, pertama: industri
pengumpulan bahan mentah secara besar-besaran seperti perlombongan dan
pertanian; kedua: merangkumi pembinaan dan penghasilan; ketiga ialah industri
yang berkaitan dengan perkhidmatan (undang-undang dan ubat-ubatan) dan
pengedaran bahan siap; sektor yang keempat ialah industri pengetahuan yang
memberi fokus kepada penyelidikan dalam bidang teknologi, rekaan dan
pembangunan seperti pengaturcaraan komputer dan biokimia. Sektor kelima ialah
aktiviti yang tidak memberi keuntungan.
Pelancongan merujuk kepada aktiviti melawat, melancong atau
mengembara ke sesuatu tempat lain yang melebihi lima puluh batu dari tempat
kediaman tidak lebih dari satu tahun untuk tujuan rekreasi atau mengisi masa
lapang. Menurut Pertubuhan Pelancongan Sedunia, iaitu salah satu badan PBB,
pelancongan juga merujuk kepada aktiviti perkhidmatan kepada pelancong. Pelancongan telah menjadi
aktiviti masa lapang yang popular di seluruh dunia.
Di Melaka, industri pelancongan merupakan salah satu
sumber pendapatan utama negeri. Ini adalah kerana Melaka mempunyai daya tarikan
tersendiri seperti peninggalan sejarah, pembangunan bandaraya, ekosistem
menarik dan taman tarikan pelancong. Hal ini menjadikan sektor pelancongan
sebagai manpan dalam perkembangan ekonomi.
Menurut akhbar Utusan 23 Dis 2011, Industri pelancongan di negeri ini mencipta sejarah
tersendiri apabila meraih empat daripada 11 Anugerah Pelancongan Malaysia
2010/2011. Empat kejayaan tersebut adalah apabila HOtel Holiday inn muncul pemenang kategori
perkhidmatan hotel terbaik, Shaukani Abbas bagi Pemandu Pelancong Terbaik,
Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) dan Hotel Naza Talya menerusi kategori
Program Jelajah Terbaik. Manakala Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai
Melaka pula menerima anugerah bagi kategori Tarikan Pelancongan Inovatif. Kejayaan
itu membuktikan industri pelancongan di negeri ini mendapat pengiktirafan
daripada seluruh rakyat di negara ini. Menurutnya, pencapaian terbaik itu
merupakan satu pengiktirafan tertinggi kepada pengusaha produk pelancongan dan
sekali gus mengharumkan nama Melaka dalam industri pelancongan
Sub sektor Industri Pelancongan merupakan
pembahagian sektor industri pelancongan bagi mengenal pasti asas-asas dalam
perkembangan industri ini. Namun dalam kajian ini, keutamaan diberi kepada
perkara-perkara yang khusus menyumbang daya penarik industri pelancongan di
Melaka.
Peninggalan Sejarah. Melaka memiliki tempat-tempat yang
bersejarah serta identiti yang terkenal sebagai negeri bersejarah. Muzium-muzium,
makam hulubalang dan replika gergasi seperti kapal selam serta bahtera Portugis
merupakan contoh tumpuan Melaka dalam sektor peninggalan sejarah.
Ekosistem. Dari segi ekosistem, Melaka memiliki kedua-dua
jenis ekosistem iaitu ekosistem buatan dan ekosistem asli. Di Melaka, ekosistem
lebih tertumpu pada pantai kerana kekurangan hutan simpan. Dalam sektor ekopelancongan
telah menyumbang sebanyak 10% keuntungan dalam industri pelancongan di seluruh negara.
Pembangunan.
Seni rekabentuk bangunan di Melaka memiliki ciri-ciri yang unik. Umpanya,
bangunan kedai lama, masjid cina dan bangunan Belanda. Selain itu, perencanaan
pembandaran juga menarik seperti MITC, Melaka Raya, Kota Fesyen dan
pengaplikasian Bandaraya Teknologi Hijau.
Tarikan
Pelancongan. Terdapat banyak tempat dan taman menarik yang ada di Melaka yang
menjadi tumpuan pelancong. Hal ini sangat efektif dalam industri pelancongan,
antaranya adalah zoo Melaka, Menara Taming Sari, Ayer Keroh Wet World, Butterfly
Farm dan lain-lain.
Perkhidmatan. Perkhidmatan istimewa menjadi satu tarikan
yang baru bagi pelancong. Kerana perkhidmatan ini mampu menjadi satu identiti
dan membuatkan pelancong teringin merasai pengalaman itu. Di Melaka terdapat
beberapa perkhidmatan buat pelancong iaitu, beca, river cruise dan duck
boat.
Sektor Perniagaan. Pelancong mempunyai motif melancong
yang berlainan. Dalam kes tertentu, kemudahan membeli-belah telah dibangunkan
sebagai satu motif utama melancong. Oleh itu, pembangunan dari segi tarikan
kemudahan membeli-belah telah menjadi satu alat yang penting untuk
mempromosikan pelancongan. Beberapa tempat yang berjaya mendapat sambutan
adalah Dataran Pahlawan (Time Capsule), Jonker Walk, Mahkota Parade dan Pasar
Malam Uptown Melaka.
Manfaat adalah profit atau kebaikan yang
boleh diperoleh dengan menggunakannya atau mengamalkanya. Manfaat industri
pelancongan akan ditumpukan pada penduduk tempatan sahaja. Industri pelancongan
mampu mempromosikan identiti dan imej tersendiri bagi sesuatu Negara. Identiti
dan imej itu disebut sebagai kebudayaan. Budaya yang baik mampu memberikan pandangan positif masyarakat luar
dan sekaligus mempromosi negara kita.
Industri pelancongan melibatkan promosi dan
daya tarikan yang tinggi tetapi hasilnya sangat lumayan dan mampu menarik
pelabur-pelabur luar sekiranya tempat itu meyakinkan. Namun, tumpuan utama
adalah pendatapan jangka panjang iaitu menarik kedatangan pelancong. Kedatangan
pelancongan akan meningkatkan pertukaran wang sekaligus meningkatkan ekonomi negara.
Masalah umum yang berlaku dalam industri pelancongan, sama ada member kesan
pada penduduk tempatan atau pelancong.
Mengikut Murphy (1985) pembangunan pelancongan
harus menemui keseimbangan keperluan antara residen (individu dan peniaga) dan
pelancong. Hal ini menunjukkan bahawa residen itu sendiri harus sedar akan
kepentingan dalam menampilkan perspektif yang baik kepada pelancong dan tidak
mengambil kesempatan kepada mereka. Kesesakan lalu lintas akan memberi kesan
yang negatif pada pengalaman pelancong. Kes ini terjadi di Jakarta yang
memegang rekod bandar raya paling sesak di dunia. Perencanaan bandar adalah
sangat penting bagi mengelak kesesakkan lalu lintas.
Di sesetengah negara, terdapat amalan yang
negatif menyebabkan masyarakat luar takut untuk ke negara tersebut. Contohnya,
di Amsterdam, dadah kanabis boleh dihisap secara terbuka oleh penduduk
tempatannya menjadikan ia bandar yang tidak sesuai untuk dilawat kerana
dikhuatiri budaya itu mampu menular kepada pendatang.
Pada era modern ini, media sering menjadi
perantaraan maklumat sehinga mampu mencorak perspektif sama ada buruk atau
baik, yang benar atau palsu. Hal ini terjadi di Amerika yang mana rata-rata
penduduknya memberi perspektif yang buruk pada umat Islam kerana medianya yang
telah memacu perspektif yang salah itu. Hal ini, merugikan semua negara Islam
di dunia ini.
Secara umumnya, manusia sentiasa mahukan
keselesaan dan keselematan terjamin. Oleh itu, negara-negara yang disenarai
hitam harus dielak oleh pelancong bagi menjamin keselematan diri sendiri. Di negara
kita, perhimpunan bersih 2.0 dan 3.0 telah memberikan satu impak yang besar
dari segi mentaliti penduduk tempatan serta masyarakat luar.
3.0 Metodologi Kajian
Metodologi kajian adalah meliputi cara, kaedah dan
pendekatan yang digunakan untuk mencapai objektif dan matlamat kajian.
Perancangan metodologi mestilah dilakukan secara teratur. Strategi yang
digunakan adalah melibatkan kerja–kerja untuk mendapatkan maklumat dan data
melalui kaedah temubual kepada responden berdasarkan borang soal selidik.
Metodologi kajian ini juga dilakukan dengan mengambil kira pandangan serta
pendapat sesebuah pihak.
3.1 Reka bentuk
kajian
Dalam konsep reka bentuk kajian, iamenyatakan
jenis kajian yang dijalankan. Jenis reka bentuk yang dijalankan ialah persepsi,
pandangan dan perbandingan yang dijalankan ke atas pelancong. Jenis kajian ini
merangkumi persepsi para pelancong yang mengunjungi Melaka. Pandangan para
pelancong terhadap sektor pelancongan Melaka sama ada baik atau sebaliknya.
Perbandingan pelancongan yang datang melancong juga diambil kira kerana telah
banyak mempengaruhi ekonomi, sosial dan budaya sesebuah negara.
3.2 Populasi kajian
Populasi kajian yang dijalankan adalah
mengikut bilangan keseluruhan kawasan kajian kawasan tumpuan pelancong dan penduduk
tempatan. Kajian ini dijalankan di Bandar Hilir, muzium dan tempat-tempat menarik
di Melaka. Kajian dijalankan di sekitar daerah ini disebabkan terdapat banyak
pelancong yang datang ke sini kerana banyak bangunan tinggalan sejarah dan pusat
membeli-belah yang mampu menarik daya pelancong untuk datang.
3.4 Sampel kajian
Pemilihan Sampel kajian mewakili jumlah seluruh populasi kajian
mungkin separuh atau lebih dari jumlah populasi kajian. Pemilihan ini
dijalankan secara rawak. Ini untuk memudahkan kajian dijalankan dan
dilaksanakan dengan lancar.
3.5 Instrumen kajian
Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini
adalah borang soal selidik. Pengedaran borang soal selidik dilakukan berdasarkan
majoriti pelancong di sesuatu kawasan. Kawasan sekitar Bandar Hilir amat sesuai
kerana ia menjadi kawasan tumpuan pelancong.
Ujian rintis
dilakukan sebelum melakukan kajian sebenar. Melalui ujian rintis ini, pengkaji
berpeluang untuk memperbaiki soalan yang kurang sesuai dengan menambahkan
soalan yang bersesuaian. Pengkaji perlu melihat dahulu tahap keboleh percayaan
item set soal selidik sebelum melakukan kajian sebenar. Menurut Mohd Majid
(1999), tahap keboleh percayaan yang boleh diterima dalam membina set soal selidik
ialah 0.8 ke atas manakala saiz sampel untuk kajian rintis memadai 10 hingga 50
orang sahaja serta mempunyai ciri-ciri yang sama dengan kumpulan sebenar yang
digunakan dalam kajian. Dalam kajian ini pengkaji telah memilih seramai 30
orang sebagai sampel.
3.6 Kaedah
mengumpul data
Dalam kajian ini data dihimpunkan melalui soal
selidik. Setiap respon yang diberikan oleh responden dikumpul bagi menilai keberkesanan
soal selidik yang telah ditetapkan oleh pengkaji. Setiap soal selidik dihimpun dan
diasingkan mengikut respon yang diberikan oleh responden sebelum dianalisis.
4.0 Hasil Kajian
Tujuan dari penelitian ini adalah untuk
mendapatkan informasi awal tentang penerimaan penduduk tempatan dan pandangan
pelancong di Melaka tentang sector pelancongan di Melaka. Informasi ini
diperolehi daripada hasil soal selidik yang berjaya dikumpul. Pelancongan
adalah aset ekonomi yang terbesar di Melaka. Justeru itu, kadar pelancong yang
datang di Melaka makin meningkat setiap tahun.
Daripada hasil kajian kami, didapati bahawa
pelancong yang datang berpuas hati tentang dasar pelancongan di Melaka tetapi
ada juga yang tidak berpuas hati berdasarkan perkara yang tertentu. Pelancong
amat berpuas hati tentang perancangan bandar, perkembangan aspek bangunan,
kebersihan dan kemesraan penduduk tempatan manakala pelancong yang tidak
berpuas hati adalah berdasarkan kesesakan lalu lintas, kemudahan awam dan
perkembangan aspek sosial.
Perancangan bandar di Melaka yang pesat
membangun yang juga melibatkan perkembangan aspek bangunan adalah sejajar
dengan Melaka Maju 2010. Masyarakat luar yang berpindah dan terus menetap di
Melaka kerana dapat bekerja di sini atas aspek keselamatan di Melaka dan taraf
hidup yang sederhana. Rumah di Melaka juga jauh lebih murah berbanding
negeri-negeri lain terutamanya di Kuala Lumpur dan Johor Bahru.
Dari aspek kebersihan pula, Melaka sangat
menitikkan kebersihan di bandar dan di setiap kawasan perkampungan. Di samping
itu juga landskap dan tumbuhan sangat dititik beratkan kerana pekerja-pekerja MBMB
ditugaskan untuk menyiram tumbuhan di sekeliling jalan raya.
Orang Melaka terkenal dengan bahasanya yang
agak kasar tetapi masyarakatnya adalah sangat baik hati dan peramah. Kajian
mendapati bahawa ramai respondan yang bersetuju bahawa orang Melaka sangat
mesra. Bagaimanapun kesesakan lalu lintas di Melaka sangat teruk di bandar
kerana tumpuan pelancong tempatan dan pelancong asing tertumpu di sana. Melaka
terkenal dengan negeri yang masih mengekalkan bangunan-bangunan yang lama
kerana Melaka merupakan banda rraya yang bersejarah. Oleh itu, jalan-jalan di bandar
terutamanya di Bandar Hilir tidak boleh dibesarkan kerana bangunan-bangunan
bersejarah dan momen-momen lama perlu dikekalkan.
Kemudahan awam di sini juga tidak begitu
memuaskan kerana bas awam hanya melalui jalan-jalan yang tertentu sahaja dan
ini amat menyukarkan pelancong yang tidak berkenderaan kerana perjalanan mereka
terhad kepada sesuatut empat. Kemudahan LRT juga tidak terdapat di sini seperti
negeri-negeri membangun yang lain. Pada masa yang sama, perkembangan aspek
sosial tidak berada pada tahap yang memuaskan kerana pembangunan yang terlalu
memfokuskan kepada pelancongan juga telah menimbulkan konflik guna tanah di
kawasan kajian dan akhirnya mengakibatkan ketiadaaan medan atau tempat untuk
mempromosikan dan mempamerkan sesuatu warisan budaya.
Implikasi kajian ini adalah untuk mengetahui tentang
destinasi percutian yang wajib dilawati di Malaysia dan ramai yang mengatakan
Melaka dan kajian ini amat menepati slogan melawat Melaka bererti melawat
Malaysia. Umum mengenali Melaka melalui elemen-elemen sejarahnya dan keunikan budaya
kaum seperti Portugis dan Baba-Nyonya yang tiada di negeri-negeri lain di
Malaysia. Secara keseluruhannya, Melaka amat kaya dengan pelbagai sumber jaya
yang merangkumi sumber jaya warisan kebudayaan, semula jadi dan buatan manusia.
Sebahagian besar sumber jaya telah diketengahkan sebagai produk pelancongan
Melaka.
Dalam Laporan Teknikal Rancangan Tempatan
Daerah Melaka Tengah (2000-2015) dijelaskan bahawa terdapat 12 subsektor dalam konteks
pelancongan di Melaka. Setiap subsektor ini telah dikenal pasti mempunyai kelebihan
dan potensi tersendiri dalam menarik kedatangan pelancong ke Melaka. Subsektor tersebut
ialah pelancongan warisan, pelancongan kebudayaan, pelancongan rekreasi (ekopelancongan), pelancongan sukan, pelancongan membeli-belah, pelancongan konvensyen, pelancongan kesihatan, pelancongan pendidikan, pelancongan makanan, pelancongan tani dan program “My Second Home”.
Kajian ini menyimpulkan bahawa ramai yang
memilih Melaka sebagai destinasi pelancongan di Malaysia kerana keunikan bandarnya
yang masih mengekalkan sejarah dari segi bangunan dan landskap dan ini amat menepati
slogan “Melawat Melaka bererti melawat Malaysia”.
5.0
Kesimpulan
Industri pelancongan di Melaka ini sangat memberikan
kebaikan kepada banyak pihak. Ia bukan sahaja diterhadkan kepada penduduk di Melaka
tetapi seluruh rakyat Malaysia menikmati hasilnya. Aspek yang terpenting dalam
pelancongan di melaka adalah aspek sejarah dan warisan. Melaka dikenali sebagai
tempat yang kaya dengan sejarah serta warisan. Inilah yang tidak terdapat di
mana-mana tempat serata dunia. Para pelancong mempunyai matlamat yang sama
datang ke Melaka iaitu mahu melihat kesan dan mendengar cerita tentang sejarahnya.
Pelbagai kaum yang tinggal di Melaka ini telah membentuk banyak budaya yang
berlainan identiti. Percampuran bangsa melalui perkahwinan membentuk budaya
yang baru hasil gabungan beberapa budaya. Pembangunan di negeri ini juga
sentiasa dikawal bagi memastikan warisan dan keaslian pemandangan tidak
terjejas dengan kerancakan pembangunan.
Menyedari kemasukan pelancong yang ramai, pihak kerajaan negeri
tidak hanya memfokuskan kepada satu aspek pelancongan semata-mata. Pelbagai
cabang pelancongan diwujudkan sehingga menjadi 12 subsektor pelancongan utama di Melaka. Pelancongan
warisan dan kebudayaan adalah dua daripadanya. Ini akan menambahkan pilihan
para pelancong dan merancakkan lagi sektor pelancongan di negeri ini. Keramahan
penduduk tempatan juga menjadi faktor perkembangan industri pelancongan di Melaka
ini. Dalam usaha menjadikan Melaka sebagai sebuah lokasi pelancong terbaik
dunia, ianya memerlukan sokongan dan kerjasama daripada semua pihak, khususnya
pihak kerajaan dan penduduk tempatan.
Kesesakan yang berlaku di Melaka ini bukanlah bersifat
kekal. Ianya terjadi ketika cuti hujung minggu, musim cuti sekolah ataupun
cuti-cuti umum lain. Jaringan jalan raya di Melaka dilihat bersistematik. Namun
tidak dapat menampung jumlah kedatangan para pelancong yang datang. Jaringan
jalan raya ini hanya direka khas untuk penduduk tempatan berdasarkan kepada
saiznya yang kecil dan melalui lorong-lorong bangunan. Dicadangkan agar satu
jadual direka untuk penduduk tempatan keluar menjalankan aktiviti. Sebagai
contoh kesesakan biasanya berlaku pada musim cuti sekolah, jadi penduduk
tempatan dinasihatkan keluar pada waktu yang tidak sesak seperti awal pagi
untuk menjalankan urusan harian.
Secara keseluruhan, kajian ini memperlihatkan sikap
keterbukaan yang diamalkan oleh masyarakat Melaka. Para pelancong yang hadir
juga memberikan maklum balas yang positif terhadap industri pelancongan di negeriini.
Sikap keterbukaan yang dimiliki oleh masyarakat Melaka ini memberikan kesan
yang cukup besar kepada perkembangan industri pelancongan. Dengan sikap
keterbukaan inilah sesebuah kemajuan dapat dikecapi tidak kira apa pun perkara
yang dilakukan. Bukan mudah untuk berkongsi segala kemudahan dan kehidupan
dengan masyarakat luar apatah lagi warga asing. Kebanjiran para pelancong yang
datang ke Melaka sedikit sebanyak menjejaskan kehidupan seharian penduduk
tempatan di Melaka ini, antaranya kesesakan jalan raya, kerenah pemandu luar,
kemudahan awam seperti bas yang sesak, sampah yang dibuang pelancong di hadapan
rumah mereka dan banyak lagi. Namun masyarakat Melaka menyedari kehadiran para
pelancong ke tempat mereka membawa seribu rahmat.
Mengikut statistik, industri pelancongan di Melaka ini
berada di tempat yang kedua selepas industri pembuatan. Dasar kerajaan yang
memerintah memainkan peranan yang paling penting dalam menentukan hala tuju
sesebuah kawasan yang diperintah. Melihat banyak sejarah yang dimiliki oleh
negeri Melaka, industri pelancongan di Melaka ini diangkat menjadi sumber kedua
terbesar pandapatan negeri. Perkembangan industri pelancongan ini dilihat
sungguh pesat selepas pengisytiharaan melaka sebagai Bandaraya Warisan Dunia oleh
UNESCO pada 7 Julai 2008 yang lalu. Pelbagai kemudahan perancangan dan kaedah
mempromosi telah dibentang dan dilaksanakan. Ini secara tidak langsung
menguntungkan penduduk tempatan kerana peluang pekerjaan telah bertambah sama
ada bekerja dengan kerajaan ataupun memilih untuk bekerja sendiri. Slogan
“melawat Melaka bererti melawat Malaysia” dilihat tepat kerana Melaka kaya
dengan adat dan warisan bangsa-bangsa yang terdapat di Malaysia.
Rujukan
Jabatan Perancang Bandar dan Desa. (2005). Kajian Awal
Pengekalan Kawasan Warisan Budaya. Kuala Lumpur, Tidak Diterbitkan.
Kris, E. (1996). Heritage tourism, di
halaman internet www.nwhf.no/
Majlis Bandaraya Melaka Bandaraya Bersejarah. (2000). Laporan
pemerkasaan rancangan struktur Negeri Melaka (2000-2020). Melaka, Jabatan Perancang
Bandar dan Desa.
Nurhazni. (2004). Bisnes pelancongan.
PT.
PERZIM. (2002). Endegered Craft. Melaka.
Rumah Media Melaka
Unesco, 1975: Conservation of the cities.
Paris: Unesco Press.
MZ Zainudin,
Muhammad Aidil Adnan, Abdul Muhaimin Mohd Yusri, Mohd Khairul Faiq Mohd Khairi,
Shariful Redzuan Naquiddin Abdullah, Muhammad Hazrul Mohd Norddin