Sunday, March 13, 2022

Tip menghafal al-quran


Seorang imam muda dari Palestin telah dijemput menjadi imam solat tarawih di di tempat saya semasa bulan Ramadhan beberapa tahun lalu. Beliau seorang hufaz dan masih muda iaitu 21 tahun. Dalam usia yang muda ini, beliau telah berjaya melengkapkan bacaan al-quran dan bergelar hafiz. 

Saya bertanya kepadanya apakah cara untuk menguatkan hafalan al-quran atau menghafal fakta-fakta penting dalam pelajaran. 

Tip yang diberikannya kepada saya ialah, pertama, menghafal pada awal pagi iaitu dari waktu subuh hingga sebelum waktu zohor. ketika ini otak masih cergas dan apa-apa yang dibaca dan dihafal akan mudah diingat. 

Kedua, minat yang mendalam boleh membantu menguatkan ingatan. Kalau minat kepada belajar, tumpuan kita lebih banyak kepada pelajaran berbanding yang lain. 

Ketiga, baca berulang-ulang kali sehingga ingat. Tip yang dikongsikan ini sangat relevan dan boleh diamalkan dalam proses pengajian kita. 

Banyak lagi teknik yang boleh disesuaikan dengan diri kita seperti membaiki cara menulis nota, belajar berkumpulan atau sentiasa membawa nota untuk dihafal.

No comments:

Post a Comment