Saturday, March 19, 2022

Hendak 1000 daya


Kita boleh memiliki sikap yang positif, sentiasa bermotivasi, memiliki matlamat yang jelas tetapi semuanya sia-sia dan tidak bermakna jika tidak ada sebarang tindakan untuk memulakannya.

Kita boleh membeli berpuluh-puluh buku motivasi, mendengar berpuluh-puluh kaset dan cakera padat ceramah motivasi atau menulis beribu-ribu tip untuk berjaya, namun usaha-usaha ini hanya sebagai pembakar semangat untuk bertindak. 

Fenomena ini bukan berlaku kepada seorang dua malah berlaku kepada ramai orang. 

Contohnya, seorang penulis buku yang baru sahaja mencetak dan menjual bukunya telah menunjukkan bukunya itu kepada rakan-rakan. Beliau menerima pelbagai ulasan termasuk pujian dan kritikan. 

Ada beberapa orang rakannya yang juga memiliki niat untuk menulis buku dengan tema yang hampir sama tetapi tidak dapat melengkapkan penulisan mereka. Terdapat pula yang sudah separuh menulis tetapi berhenti kerana banyak kekangan. Dan begitulah seterusnya. 

Niat yang baik atau good intention sangat penting tetapi yang lebih penting adalah bertindak melaksanakan niat tersebut. Hendak 1000 daya, tak hendak 1000 dalih.


No comments:

Post a Comment