Friday, March 11, 2022

Bina tabiat sejak muda


Perbuatan dan tindakan yang kita lakukan pada masa muda, lazimnya menjadi tabiat yang sukar dibuang ketika umur tua. Contohnya, orang muda yang bangun pada awal pagi setiap hari akan berbuat demikian walaupun umur mencapai 70 atau 80 tahun. 

Cuba kita perhatikan, orang-orang tua yang telah lanjut usianya, selepas solat subuh akan membaca al-quran. Tentulah tabiat ini telah dibawa sejak usia muda.

Semasa remaja atau belia, sebaik-baiknya kita membina tabiat atau kelaziman yang dapat dibawa ke usia tua. Katakan kita suka membuat kebajikan, kalau ada orang susah, tidak ada tempat tinggal atau masalah kesihatan, besar kemungkinan kita juga suka menolong apabila umur tua. 

Seorang rakan saya yang hampir separuh abad masih lagi bersemangat membantu masyarakat, sebahagiannya semakin berkurang. Bila ditanya, rupa-rupanya masa muda dahulu beliau kerap membuat aktiviti sukarela membantu masyarakat yang susah.

No comments:

Post a Comment