Tegur-menegur menjadi amalan biasa dalam masyarakat di kampung. Sebaliknya di bandar, biarpun amalan ini masih menjadi budaya namun semakin terhakis sedikit demi sedikit kerana sifat kehidupan bandar yang berbeza daripada kampung.
Budaya nasihat-menasihati dan tegur-menegur adalah elemen penting dalam amalan ‘menjaga tepi kain orang’.
Terdapat orang yang sangat bersyukur jika dirinya ditegur kerana beliau beranggapan teguran tadi dapat membaiki diri. Terdapat juga sesetengah orang yang pantang ditegur malah dihamburkan dengan kata-kata makian dan sumpah-seranah yang keluar dari mulutnya.
Tegur-menegur ada kaitan yang rapat dengan sifat prihatin.
Imam Malik pernah bercerita tentang keprihatinan seekor kucing kepada ular yang buta. Ketika hendak makan, seekor kucing menyambar sepotong daging dari pinggan Imam Malik.
Lalu beliau mengikut kucing itu sehinggalah ternampak kucing tadi mencampakkan daging tadi ke dalam lubang berbatu yang dihuni seekor ular buta yang sedang kelaparan.
Keprihatinan tidak kenal sama ada manusia atau haiwan sebaliknya setiap yang bernyawa wajar memiliki sifat ini.
No comments:
Post a Comment