Monday, March 28, 2022

Untung menabung dan beli insurans


Negara Taiwan dikatakan sebuah negara yang mempunyai wang simpanan paling tinggi di dunia kerana rakyat negara itu suka menabung. 

Selain menyimpan wang, mereka juga memiliki sekurang-kurangnya dua insurans. 

Untuk menabung dan membeli insurans, kita perlu kuat bekerja, rajin dan produktif. Sebaliknya, jika kita sendiri malas bekerja, malas berfikir dan belajar malah hanya bergantung harap kepada orang lain seperti ibu bapa, tentulah banyak masalah yang akan muncul. 

Orang yang duduk-duduk dan lepak-lepak tidak akan mempamerkan kekuatan dan potensi diri selain dengan mudah disingkirkan daripada persaingan. 

Golongan ini adalah sebahagian daripada masalah, bukannya sebahagian daripada penyelesaian. 

Orang yang rajin selalu untung sebaliknya orang yang malas selalu rugi.


No comments:

Post a Comment